Apa itu Masyarakat Berstrata
Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015) Masyarakat berstrata adalah masyarakat bersusun lapis yang terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, tingkat dan sebagainya.
Susunan lapisan dalam masyarakat sehingga membawa kepada perbezaan masyarakat dari segi darjat, status, kekayaan dan sosial itu menghasilkan ketidaksamaan dalam bentuk kekayaan, kuasa dan status.
Menurut (Mariappan, 2000) ketidaksamaan dapat dilihat pada sudut politik, ekonomi dan sosial. Maka, individu-individu dan kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat berstrata dapat dibezakan dari segi status sosial, kekayaan, cara hidup, kuasa politik dan taraf hidup sehingga ketidaksamaan peluang hidup ini diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Maka, susunan masyarakat ini di kategorikan sebagai masyarakat berstrata sistem kelas yang mewujudkan mobiliti sosial sama ada pergerakan ke atas atau ke bawah tangga sosial sehingga seseorang individu itu dapat mengubah nasibnya untuk mendapatkan kekayaan, kekuasaan dan prestij.
Justeru, ketidaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat boleh mempengaruhi urusan-urusan kehidupan manusia sama ada di dalam organisasi kekeluargaan mahupun dalam urusan politik, pentadbiran dan ekonomi masyarakat masa kini. Perbezaan yang wujud ini adalah bersifat sejagat kepada semua manusia.
Ini bermakna pembentukan dalam ketidaksamaan sosial adalah satu proses asas dalam setiap kebudayaan masyarakat. Sebagaimana Beteille (1997:11) menegaskan: proses penilaian yang dibuat terhadap kepentingan seseorang individu atau kumpulan sosial berdasarkan kepada sumber-sumber berharga yang dimiliki oleh mereka. Sumber berharga yang dimaksudkan adalah kuasa, kehormatan atau martabat yang berbeza pada setiap masyarakat.
Kita akan membincangkan definisi sistem kelas seperti yang terdapat dalam masyarakat berstrata, di samping membincangkan lima jenis sistem kelas dalam masyarakat dan tentang sistem kasta Hindu dalam tradisi India.
Definisi Sistem Kelas
Menurut, Bernard Barber mendefinisikan kelas sosial sebagai sebagai himpunan keluarga-keluarga. Ini bermakna kedudukan seorang anggota keluarga dalam suatu anggota kelas berkait dengan kedudukan anggota keluarga lain. Apabila seorang ketua keluarga atau anggota keluarga menduduki suatu status tinggi maka status anggota keluarga yang lain akan mendapatkan status yang tinggi pula. Sebaliknya apabila status ketua keluarga mengalami penurunan maka menurun pula status anggota keluarganya.
Pada abad kesembilan belas telah membuka lembaran sejarah kegemilangan di Jerman dengan kelahiran seorang tokoh hebat dunia yang memiliki pengaruh kekal dan kuat terhadap sejarah kehidupan manusia. Kekuatan pengaruh keintelektualannya telah menjadi fenomena global abad kedua puluh kerana gagasan pemikiran falsafahnya tidak hanya dijadikan sekadar rujukan ilmiah sahaja, tetapi segala idea dan teori-teori Marxisme digerakkan dalam bentuk tindakan yang realistik bersesuaian dengan keadaan semasa.
Karl Marx (1818-1883) menduduki tangga kedua puluh tujuh dari seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah (Hart 1993: viii). Salah satu sumbangan besarnya adalah konsep perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada kaum buruh untuk bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi ‘kuda tunggangan’ kaum kapitalis.
Lantaran itu, ajaran Marxisme telah dijadikan pegangan perjuangan kaum buruh hampir ke seluruh dunia. Sebagai sebuah ideologi, Marxisme merupakan inspirasi bagi sebahagian besar gerakan pembebasan sosial dan beransur-ansur menjadi gerakan politik dan sosial di pelbagai tempat dan negara.
Konsep Historical Materalism dan Dialectic Materialism merupakan ideologi utama yang melahirkan konsep kelas, hubungan antara kelas dan perjuangan kelas dalam gagasan pemikiran Marxisme. Marx meneliti sejarah manusia dari dua aspek iaitu :
Faktor ekonomi : memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi manusia meliputi kaedah-kaedah terus dengan faktor ekonomi kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia menghasilkan barangan atau produk untuk memenuhi keperluan hidup dan masyarakat sekelilingnya (Ozinga 1991: 40). Marx mengakui bahawa manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza. Justeru itu, cara dan hubungan pengeluaran turut melalui tahap perkembangan kuasa-kuasa produksi material yang berbeza-beza. Setiap cara pengeluaran digambarkan dengan penguasaan kuasa produktif yang khusus dan satu bentuk hubungan sosial yang awalnya berfungsi untuk membangunkan kuasa tersebut. Aspek utama dalam hubungan tersebut adalah hubungan harta yang akan mewujudkan kelas-kelas sosial. Lantaran itu, muncul dua kelas utama berasaskan jenis-jenis harta yang mempengaruhi pengeluaran keperluan hidup. Satu kelas akan menguasai harta tersebut, manakala kelas lagi satu pula digunakan untuk menghasilkan kekayaan daripada harta tersebut (McLellan 1971: 93).
Marx telah mengemukakan lima tahap cara pengeluaran yang berbeza-beza di mana setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap Komunis Primitif, Perhambaan Kuno (Classical Slavery), Feudalisme, Kapitalisme dan Komunisme (McLellan 1977: 256) mengeluarkan produk keperluan hidup dalam menentukan segala perubahan kehidupan manusia (A. Z. Abidin 1968: 46).
Faktor sosial : Marx menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka bergaul. Namun faktor sosial tidak lengkap tanpa berhubung terus dengan faktor ekonomi kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia menghasilkan barangan atau produk untuk memenuhi keperluan hidup dan masyarakat sekelilingnya (Ozinga 1991: 40). Marx mengakui bahawa manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza. Justeru itu, cara dan hubungan pengeluaran turut melalui tahap perkembangan kuasa-kuasa produksi material yang berbeza-beza.
Setiap cara pengeluaran digambarkan dengan penguasaan kuasa produktif yang khusus dansatu bentuk hubungan sosial yang awalnya berfungsi untuk membangunkan kuasa tersebut. Aspek utama dalam hubungan tersebut adalah hubungan harta yang akan mewujudkan kelas-kelas sosial. Lantaran itu, muncul dua kelas utama berasaskan jenis-jenis harta yang mempengaruhi pengeluaran keperluan hidup. Satu kelas akan menguasai harta tersebut, manakala kelas lagi satu pula digunakan untuk menghasilkan kekayaan daripada harta tersebut (McLellan 1971: 93). Marx telah mengemukakan lima tahap cara pengeluaran yang berbeza-beza di mana setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap Komunis Primitif, Perhambaan Kuno (Classical Slavery), Feudalisme, Kapitalisme dan Komunisme (McLellan 1977: 256). Walau bagaimanapun, pembangunan dan kemajuan terhadap cara dan hubungan pengeluaran turut menyumbang usaha ke arah memacu daya inovasi dan kreativiti manusia melalui penemuan baru seperti penggunaan mesin wap, pembinaan kapal layar dan sebagainya.
Cuma bagi Marx, keadaan tersebut akan menambah tekanan terhadap cara pengeluaran sedia ada kerana sejarah perubahan yang berlaku akan mewujudkan perjuangan kelas iaitu penentangan satu kelas ke atas satu kelas yang lain. Kesannya berlaku revolusi yang akan mewujudkan tahap baru bagi sejarah. Lantaran itu, kemuculan tahap baru akan melahirkan kelas atasan baru (new ruling class) yang akan menentang kelas bawahan yang terdiri dari kelas buruh dan petani. Maka tidak hairanlah jika kita meletakkan cara pengeluaran sebagai perintis terhadap kewujudan kelas sosial. (Basir, 2012).
Oleh yang demikian, konsep Kelas Marx Weber mengaitkan situasi-situasi kelas yang berbeza wujud akibat perbezaan pemilikan, atau kawalan yang dimiliki oleh individu ke atas berbagai sumber berharga yang boleh ditawarkan di pasaran-pasaran ekonomi. Antara pandangan sejarah Marx yang dianggap penting oleh pendukung aliran Marxisme adalah teori perjuangan kelas (Struggle of Classess).
Manakala, mengenai pembahagian kelas, Marx berpendapat pembentukan kelas-kelas sosial yang berbeza dalam masyarakat adalah dipengaruhi oleh kedudukan-kedudukan kelas yang dimiliki oleh individu. Beliau melihat pembentukan tiga kelas sosial utama, kelas pekerja ikhtisas dan kelas pemilik harta.