Cara Menulis Secara Ilmiah

Kaedah Menulis Secara Ilmiah

Penulisan ilmiah adalah penulisan dalam bentuk yang tertentu. Penulisan ilmiah sifatnya adalah analisis dan bukannnya suatu penceritaan yang mendatar. Setiap idea yang dikemukakan boleh berdiri sendin sebagai suatu idea yang jelas.

Pada dasarnya kandungan sesuatu penulisan ilmiah harus merangkumi perkara berikut:

  • Pendahuluan penulisan ilmiah adalah menggambarkan keseluruhan kandungan penulisan tersebut. Pembaca secara sedar memahami hal ini.
  • Sepanjang penulisan, penulis mampu mengutarakan fakta secara analisis.[1]

Sepanjang penulisan, kedudukan idea dan pandangan penulis sendiri hendaklah jelas dan tidak berselindung.[2]

Penulisan ilmiah merupakan jawapan kepada persoalan-persoalan yang sentiasa ada di dalam pemikiran penyelidik iaitu : apa, mengapa dan bagaimana.

Elakkan penggunakan kata-kata yang bombastic tetapi menggunakan bahasa yang tepat dan pcrkataan yang pengertiannya.

  • Bahagian akhir penulisan , penyelidik membuat kesimpulan yang mengambarkan pandangan dan saranan penyelidik terhadap kajian yang dikemukakan sccara ringkas dan padat.

» Read more

Kaedah Penulisan Ilmiah : Langkah-langkah Dalam Penulisan Ilmiah (1)

KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Langkah- Langkah Dalam Penulisan Ilmiah

Menurut Prof Mohd Kamil Abd Majid [1]  terdapat beberapa langkah awal dalam penulisan Ilmiah yang perlu dihalusi para penyelidik. Langkah itu adalah seperti berikut:

  • Memahami masalah sebenar yang hendak dikaji. Masalah tersebut dapat dikesan daripada andaian penyelidik melalui teknik apa, mengapa dan bagaimana‚Ķ..Masalah tersebut perlu kepada penyelesaian dan jawapan secara ilmiah berdasarkan bahan – bahan yang sedia ada melalui pembacaan umum dan data yang diperolehi.
  • Membuat andaian jawapan kepada permasalahan tadi secara rambang
  • Merangka satu bentuk penyelidikan berdasarkan andaian jawapan tadi dan idea awal yang sedia ada. Bentuk kajian ini sama ada secara Maktabi atau Maidani atau Maktabi dan Maidam sekaiigus ( kedua-dua sekaii).
  • Mencari bahan – bahan yang berkenaan yang sesuai dan perlu bagi dijadikan asas dalam menghuraikan jawapan permasalahan tersebut.
  • Menulis hasil kajian tersebut secara menyeluruh berdasarkan bahan-bahan yang diperolehi serta ulasan, pandangan serta analisa sendiri yang berasaskan kepada nilai – nilai pemikiran secara ilmiah dan pandangan secara objektif.
  • Menyunting dan mengedit penulisan bahan berdasarkan kesuaian tajuk tersebut.

Secara kesimpulannya langkah penulisan ilmiah adalah seperli berikut :

-Tentukan masalah

-Mengandaikan jawapan

-Menentukan method kajian

-Menghimpunkan bahan / data

-Menulis bahan secara berobjektif

-Mengeditkan bahan berdasarkan objektif kajian.

 

—————————————————————

[1] Lihat : Mohd Kamil Abd Majid, op.cit. m.s 5

Pemilihan Tajuk

PEMILIHAN TAJUK

  • Risalah / Tesis : Pemilihan tajuk bagi peringkat pengajian tinggi biasanya diserahkan kepada pelajar itu sendiri. Seseorang pelajar boleh menetapkan sesuatu tajuk yang ia mampu hasilkan dengan baik dari segi pengumpulan bahan-bahan dan penulisan.
  • Kertas Kerja : Tajuk kertas kerja ditetapkan oleh penganjur program.
  • Artikel : Tajuk bagi sesuatu artikel adalah terserah kepada penulis sendiri untuk menentukannya. Pemilihan ini berdasarkan permasalahan yang berlaku dan isu-isu terkini yang perlu kepada penyelesaian secara ilmiah .

Bagi memudahkan, lebih baik ditentukan bidang atau ruang lingkup yang luas terlebih dahulu kemudian mengumpul bahan- bahan yang ada kaitan dengan skop yang dicadangkan itu. Kemudian barulah menyusun bahan-bahan tersebut dengan satu gubahan bentuk penulisan yang teratur dan kemas.

Apakah Sumber Penyelidikan ?

SUMBER PENYELIDIKAN

Setelah judul atau bidang penulisan itu dipilih, penulis hendaklah berusaha mengumpulkan bahan-bahan dan mendapat maklumat-maklumat yang langsung berkaitan dengan tajuk berkenaan . Semakin banyak bahan yang dikumpulkan adalah lebih baik. Apabila banyak bahan -bahan yang terkumpul, penulis akan lebih senang menyusun tulisannya. » Read more

Cara Penulisan Ilmiah

1.0 PENDAHULUAN

Teknik penulisan ilmiah merupakan suatu ilmu yang mesti dipelajari dan difahami. Metodologi penulisan ilmiah ini merupakan suatu bidang yang amat penting kepada mahasiswa dan individu yang terlibat di dalam pembelajaran ilmu masa kini. Ilmu yang dipelajari dan difahami tentunya untuk disampaikan kepada pihak kedua sama ada pembaca mahu pun pendengar.

Penilaian sesuatu hasil penulisan dan kajian itu adalah melihat kepada sejauh mana teknik kajian dan persembahan penulisan itu di dalam keadaan yang benar masak dan bernas untuk dimanfaatkan oleh pihak kedua. Bahan dan kajian yang diolah dan dianalisa secara tidak menyeluruh menyebabkan penulisan itu dianggap longgar dan tidak mempunyai penilaian ilmiah yang berautoriti.[1]

» Read more

1 4 5 6 7