Cara Buat Assignment Berkesan

Beberapa tips yang dapat saya kongsikan sebagai seorang student di Open University Malaysia berdasarkan pengalaman sejujurnya anda boleh ikuti tips ini jika ingin memperolehi markah yang tinggi..

1-Baca dengan teliti dan fahami kehendak soalan dan garis panduan yang dikehendaki.

2-Jangan meniru hasil kerja orang lain dengan kata lain tidak original atau plagiat.

3-Jangan meniru sebulat-sebulatnya sesuatu sumber yang diambil itu tanpa anda memahami “apa yang ditiru’.

4-Jangan tulis dalam gaya bahasa yang komples malah menggunakan bahasa seperti bahasa terjemahan.

5-Pastikan fakta yang diambil itu dipersembahkan dalam gaya bahasa anda sendiri dengan cara yang menyakinkan dan lancar.

6-Susunkan fakta yang diambil dari sumber rujukan itu disampaikan dengan cara sendiri yang menunjukkan kita memahami apa yang kita rujuk.

7-Pastikan bahan yang diambil ditulis sumber rujukannya bagi menunjukkan kesahihan bahan tersebut kerana ia membezakan hasil kerja akademik dan tulisan laporan biasa.

Semoga tips ini membantu anda dalam menulis tugasan yang diberikan..

Kelas Mengaji Di Rumah Anda Sekitar Kuching

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Guru datang ke rumah anda di sekitar Kuching, Sarawak ( Bandar Baru Semaring, Satok) . At-Tartil Centre Cawangan Pulau Pinang..Pautan sebelum ini http://zeckry.net/2016/04/05/kelas-mengaji-di-tasek-gelugor-untuk-wanita-dewasa/

Kami sedia menghantar guru ke rumah anda untuk belajar Al-Quran untuk Lelaki DEWASA secara personal..

Hubungi kami di : 013-4963005 (AT-TARTIL CENTRE)  untuk penjadualan.

WAKTU PENGAJIAN : MALAM
TEMPAT : DI RUMAH ANDA KAWASAN SEKITAR KUCHING

Bahasa Oh Bahasa

Bahasa memainkan peranan.Tersilap bahasa lari pengertian.Tak semua guru2 yg.mengajar ilmu kerohanian tau mengolah bahasa.Kebanyakan guna istilah sedia ada dan meniru bulat2.

Walaupun Alquran itu dalam bahasa arab namun sebutan semasa wahyu sampai adalah
tidak berhuruf.Nabi dengar dan nabi ikut bacaan.Allah menetapkan bacaan itu dalam hatinya.

Proses penulisan dilakukan selepas itu melalui huruf2 arab ketika zamannya dan bukan seperti apa yg.kita lihat Alquran yg.tertulis sekarang.Lalu diterjemahkan dalam pelbagai bahasa berdasarkan nahu2 bahasa arab.

Perlu difahami bahawa bahasa arab Quran tak sama dengan bahasa arab pertuturan bangsa arab itu sendiri.Walau apa pun mesej yg.nak disampaikan oleh tuhan itu tidak jauh bezanya.

Allah itu maha pengampun melainkan dosa2 sirik perlu memohon melalui amalan tobat.
Tidak akan Allah hidupkan seorang manusia jika tujuannya langsung tak buat kesilapan.
Ianya tak bermaksud manusia itu perlu buat salah sebanyak mungkin kerana arahan tuhan.
Kesalahan adalah disebabkan permulaan manusia adalah jahil dan Allah mengeluarkan kejahilan itu melalui pembawa berita kebenaran dan bukti2 kejadian untuk difikirkan.

Mengembara lah dimuka bumi ini untuk melihat kesan2 peningalan orang2 terdahulu.Jika tak mampu fikirkan tentang tanda2 diri sendiri bagaimana Allah cipta dan menyusunnya.Mana mungkin yang dicipta mampu mencipta suatu seumpamanya.

Pastinya pencipta itu sendiri tak mencipta dirinya…

Yang faham tu tau le macam mana nak main dipadang.Bagi saja apa padang tak
masaalah.Asalkan namanya padang.Kalau bawa bola jadilah padang bola.

Namun untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang suatu yg.memerlukan daya fikir halus,pengalaman yg.luas,telah melalui tanda2 jemputan majlis adalah memerlukan suatu penyampaian yg.lebih berhikmah dan beradab serta memelihara keagungan seni ilmu.

Walau apa yg.dinyatakan itu benar,namun akan jadi perdebatan dan bangkangan.Cara sains sikologi ada kaedahnya sendiri.cara kerohanian,cara falsafah dan macam2 cara untuk menyedarkan manusia.

Masaalahnya penguna2 kaedah itu tidak bersatu dan ingin membawa kebenaran secara membesarkan sesebuah kumpulan tarikat.

Allah dah buat pun kaedah2 dan teori ilusi dan fantasi untuk pemutihan minda manusia hingga ia mencapai basirah dan menembusi hijab2 asbab dan sunnah tetapnya.

Jika ikut syariat berjalan perlu diatas tanah.Ikut hakikat tanah tu tak wujud dan manusia mampu jalan diatas angin.Dah terbukti pun kepada angkasawan2 yg.melayang layang diudara.

Ilusi dan fantasi dah pun Allah cipta.Dari imej kepada bentuk dapat dirasa dan boleh bertukar jadi gelombang dan berpecah jadi zarah2 berwarna lalu masuk dalam kaca TV.

Sebenarnya manusia yg.membuat teori tu dah terkemudian kemajuannya dari teknologi
ciptaan tuhan.Oleh itu usahlah kata falsafah dan idea tu dari usaha pemikiran bijak pandai untuk memahamkan erti kehidupan yg.fana dan zarah ne.

Kalau nak memahami fantasi dan ilusi,,…cuba bahaskan api,air,tanah dan angin mengikut pendapat yg.asli dari pemikiran sendiri.

Ilmu dan Akal

jika ilmu dan akal itu terhad dan tak mampu mengenalkan insan kepada penciptanya.Lalu ramai yang ingin mencari guru2 yg.dikatakan mempunyai jalan bermakrifah.

Ada menyatakan bahawa hanya Allah mengenal Allah.Mengenal diri mengenal tuhan.Ini semua adalah kata2 hikmah dan syair2 para ilmuan sejak zaman yunani lagi.

Jalan pertama ialah beriman dengan jalan syariat.Melalui amalan zahir sebagai mendesplinkan diri dan mematuhi.Tarikat adalah jalan.Ajaran kitab dan sunnah nabi boleh juga dikatakan sebagai jalan tarikat.Tapi ajaran itu telah bercampur-campur sedangkan para murid sendiri tak ada pedoman asas alquran dan sunnah untuk dijadikan piawaian ajaran para guru.

Hakikat adalah intipati pemahaman dan rahsia amal zahir dan batin.Apa yg.dibuat zahir adalah berurusan juga dengan hal rohani.Barulah buah2 kelazatan amal mula dirasai.

Makrifah tak dapat dipelajari atau diajar.Ia adalah kurnia bergantung pada kehendak Allah.
Berbagai jenis makam makrifah dan darjah2nya.Sejauh mana terbuka marifah,hanya diri
sendiri yg.tau.Menceritakan tanpa izin akan membatalkannya.

Banyak sikit ilmu yang dituntut bukan ukurannya.Ada orang boleh dapat dalam masa sedikit. Ada yg.dah masuk alam kubur baru menyedarinya.

Maka tanya diri sendiri,…sejauh mana telah beriman.Selagi tuhan belum menutup jalannya, selagi itu seruan akan mendekatinya.Tuhan mengetahui pada hati hambanya,bukan pada ucapan lidahnya.

Kepercayaan

Persoalan pokok untuk seseorang nak beragama adalah percaya tuhan.Bukan soal yakin yang dimaksudkan disini.

Jika pendirian seseorang tentang tuhan berbeza bukan suatu masaalah.Setidaknya ia ingin mengetahui sapa tuhan tak bermakna tak percaya.Keraguan dan kepercayaan yg.masih ragu2 membuatkan diri manusia selalu bertanya dan mencari jawapan.

Jika benar tuhan yg.dikatakan itu wujud pastinya aku akan menyesal diakhir nanti.Jika tuhan tidak wujud,..apakah aku berjaya membuat perjalanan kehidupan sendiri tanpa dikuasai oleh sesiapa.Namun aku terikat dengan undang2 dunia yg.menghukum aku jika tertangkap.

Tentang kepercayaan dan pegangan,..tak siapa berhak menghukum melainkan Allah.Itu pun kalau percaya adanya tuhan.

Pengajian orang2 yg.dikatakan mengenal tuhan bermacam-macam persepsi lalu membuat
pendirian tersendiri samada diredahi atau tidak ia sangat menyakini apa yg.ia faham. Ada yg.mengikut cara guru kenalkan tuhan dan ada yg.memikirkan cara guru kenal tuhan.

Saya belum berguru atau mempelajari ilmu secara mendalam.Namun perbahasan ahli tarikat, ahli ilmu ketuhanan dan pendapat2 telah saya fikirkan dan membuat perbandingan dengan kebenaran Al Quran

Pembawa2 fahaman ketuhanan kebanyakan tidak dapat memberi rujukan asas dari fahamannya.Kata2 ahli ilmu tasauf yg, berkonsep syair,kiasan dan perumpamaan sahaja digunakan untuk menguatkan hujah2 mereka,

Ada yg.telah mendalami ilmu sifat 20 namun masih dalam bentuk hafalan yg.belum membawa kefahaman.

Mengeshakan melalui ilmu tentu tak sama melalui amal dan rasa.Namun corak penerangan boleh membuktikan samada mereka telah mengalaminya

1 47 48 49 50 51 54