Kaedah dan teknik penggunaan dalam talian untuk PdP bahasa Arab

Catatan penulis sebelum ini : Cara Berkesan Pengajaran Bahasa Arab
http://zeckry.net/2020/10/19/cara-berkesan-pengajaran-bahasa-arab/

i- Teknik menterjemah dan pembinaan ayat bahasa arab

Teknik ini menggalakan pelajar mencipta karangan mudah berdasarkan isu semasa atau cerita peribadi pelajar dalam bahasa melayu kemdian menterjemahkan ke dalam bahasa arab dengan menggunakan kamus online atau penterjemahan di google kemudian guru memperbetulkan dengan kemahiran guru. Secara langsung pelajar akan sentiasa menambahkan pembendaharaan kata bahasa arab. Teknik ini hendaklah dilakukan secara berterusan dengan memulakan 100 patah perkataan kemudian di naik kepada 50 patah perkataan setelah setiap minggu sehingga mencapai 2000 patah perkataan, kemudian dibentang dalam bahasa arab berdasarkan rumusan yang diseliakan oleh guru untuk mendengar.

ii- Ulasan atau terjemah video pendek dalam bahasa arab

Guru menyediakan video atau filem pendek dalam bahasa arab yang bersumber daripada internet yang mempunyai pengajaran yang baik. Video yang berdurasi 5 minit hingga 10 minit atau video dokumentari bahasa arab dengan membahagikan secara berkumpulan. Misalnya dokumentari 35 minit dibahagikan durasi 5 minit kepada 7 orang pelajar. Teknik ini berkesan jika lakukan secara berkumpulan dan dibentangkan dengan membaca dalam bahasa arab. Teknik ini secara langsung mewujudkan kerjasama dan pembelajaran dua hala guru dan pelajar dalam talian.

Bersambung di http://zeckry.net/2020/10/19/langkah-menyediakan-bahan-pengajaran-dalam-talian-bahasa-arab/

Langkah menyediakan bahan pengajaran dalam talian Bahasa Arab


Catatan penulis sebelum ini di http://zeckry.net/2020/10/19/kaedah-dan-teknik-penggunaan-dalam-talian-untuk-pdp-bahasa-arab/

Langkah persediaan menyediakan bahan pengajaran dalam talian mata pelajaran Bahasa Arab

i- Penyediaan dalam bentuk slaid berwarna dan bergambar

Mengikut kajian dalam Neuro Linguistic Programming (NLP) iaitu gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik) mengatakan 60% daripada manusia, adalah visual.Mereka mahu melihat slaid-slaid bewarna kerana mereka mahu melihat sesuatu yang boleh mereka tonton.Berikan mereka slaid yang terbaik, menggunakan apa jua gambar supaya supaya mereka boleh menonton bagi mempercepatkan pelajaran mereka. Justeru, di dalam slaid dipaparkan guru yang akan menerangkan. Slaid yang ringkas dan padat bukan guru membaca powerpoint, tetapi point yang disampaikan itu adalah ‘power’. (Roslan Ab Hamid, 2020)

ii- Penyediaan video pendek bersesuaian topik

Gaya pembelajaran video dan merangkumi kira-kira 10% manusia adalah auditori, manusia yang mahu mendengar intonasi suara yang jelas. Manusia yang mahu mendengar lenggok bahasa yang baik. Memastikan ‘microphone’ kita baik dan
jelas, supaya sampai kepada mereka dan melekat dalam ingatan. Ini temasuk juga 5% manusia adalah auditori digital. Mereka yang auditori digital mahu kepada informasi sehingga mereka akan kenyang dengan maklumat yang kita hidangkan. Video tersebut guru mesti menerangkan berdasarkan topic pembelajaran dan pembesar suara yang bagus dan jelas digunakan. Selain itu, guru menyediakan video rakaman guru bagi proses pembelajar secara talian untuk pelajar mengikuti.


iii- Penyediaan peta minda bahasa arab

Penggunakan peta minda yang berwarna, gaya belajar adalah sama dengan cara otak kita bekerja, iaitu Radiant Thinking. Radiant Thiking merupakan proses mencari idea ataupun asoasiasi baru berdasarkan gaya pemikiran kita seperti membuat perkaitan antara perkara yang dicatatkan oleh pelajar, misalnya pengalaman peribadi yang berkaitan dengan topik.

Oleh itu, kaedah peta minda adalah berguna bagi mencatat, meringkas dan mengulang kaji pelajaran. Kaedah ini dapat digunakan bagi kesemua gaya belajar, termasuk gaya belajar kinestetik.

Sistem peta minda adalah teknik grafik yang dapat menyelaraskan proses belajar dengan cara kerja otak kita. Menurut (Windura, 2011) sistem ini ditemui dan dipopularkan oleh Dr. Tony Buzan pada awal tahun 1970 an. Kini, ia adalah system pembelajara yang banyak digunakan di seluruh dunia. Sistem peta minda dapat membantu mengoptimumkan potensi dan kapasiti otak kita melalui tiga perinsip pengurusan minda iaitu, menggunakan kedua-dua belah otak kita, belajar teknik belajar (yang efektif dan efisien) atau menggunakan otak kita sebagaimana otak mahu dipergunakan iaitu sesuai dengan cara kerjanya.


Laporan pengalaman penemuan

i- Pengalaman sebelum mencari manfaat penggunaan kemudahan PdP Bahasa Arab secara dalam talian

Perubahan dunia pendidikan ke pendigitalan telah meneroka ilmu teknologi maklumat (ICT) sepenuhnya kepada guru dan pelajar dalam menghadapi keadaan semasa pendamik Covid-19.

Sebelum ini, penggunaan saya dalam bidang teknologi tidak sepenuhnya dalam meneroka bantu pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Walaupun umum mengetahui bahawa teknologi maklumat banyak membantu para pendidik dalam penyediaan alat bantuan PdP untuk pelajar. Pengalaman yang dapat diperolehi dengan penambahan ilmu teknologi
maklumat dan pendedahan kepada web atau aplikasi-aplikasi yang sesuai dan mengasah lagi kemahiran kita semasa penyediaan alat bantuan mengajar dalam talian kerana apa yang kita sampaikan bukan sekadar satu hala.

Manakala, pengalaman selepas penggunaaan kemudahan PdP bahasa Arab secara dalam talian ini, dapat meningkatkan lagi pengetahuan bersesuaian dengan generasi Y dan Z kini terdapat banyak ciptaan Apps yang menjadi trend Gen Y dan gen Z merupakan generasi berpotensi untuk belajar dan mengajar bahasa arab melalui teknologi. Justeru, reka bentuk
apps yang baik akan menarik minat dan mendekatkan gen Y dan gen Z kepada pembelajaran dan pengajaran, tambahan mereka amat mengemari penggunaan apps media sosial seperti Whatapps, Instagram, Twitter dan YouTube. Para pendakwah perlu menjelma di apps yang sedia ada seperti media sosial.

ii- Pengalaman selepas menemui kaedah dan teknik penggunaan PdP Bahasa Arab.

Sebelum penemuan kaedah dan teknik penggunaan PdP bahasa Arab di atas talian, idea saya tidak meluas dan tiada pencambahan idea dalam pengajaran. Selepas menemui kaeadah ini saya memanfaatkan sepenuh dengan apa yang akan saya bawa dalam pengajaran yang banyak membantu dan memudahkan gerak kerja dalam penyediaan kaedah dan teknik pembelajaran dalam bahasa Arab terutama penambahan perkataan-perkataan baru, penekanan kepada pelajar tatabahasa bahasa arab. Aplikasi di internet memudahkan sama ada melalui pelantar web atau aplikasi dalam bahasa arab.

iii- Laporan langkah persediaan sebagai guru untuk menyediakan bahan

Langkah persediaan dalam menyediakan bahan sentiasa mencari tips dan kaedah serta mengkaji cara berkesan untuk diberikan kepada pelajar, beberapa kajian saya lakukan seperti kaedah-kaedah orang lain yang berjaya. Perbincangan bersama guru-guru berpengalaman melalui whatapss dan telegram bagi mendapatkan bahan-bahan dan juga dicipta kendiri. Orang bijaksana berpesan, sesuatu yang telah dilakukan oleh org lain, pasti boleh juga dilakukan oleh orang yang terkemudian, caranya ialah mengikuti jejak-jejak kejayaan orang yang terdahulu, maka caranya saya mendekati mereka, serta bersamadan berada dalam lingkungan mereka itu.

Justeru, kemahiran kita dalam teknologi maklumat (ICT) sangat membantu dan memudahkan kerja kita dalam penyediaan bahan seperti kemahiran dalam membuat slaid, mengedit video, penggambaran, penggunaan peta minda, penggunaan gambar dan video yang sesuai dalam bahan yang akan disediakan mengikut kreativiti.

iv- Justifikasi bagaimana tugasan ini membantu anda sebagai pelajar dan pekerja.

Tugasan ini dapat membantu dari segi kajian dalam pendidikan yang berterusan, percambahan idea serta maklumat sentiasa diperbaharui bersesuaian dengan zaman dan generasi sekarang. Maka kita tidak seharusnya ketinggalan untuk bersama arus teknologi. Selain itu, kesentiasaan kita dalam menuntut ilmu yang tidak putus selagi hayat dikandung
badan bersama-sama mereka yang telah berjaya dalam apa jua bidang agar kita sentiasa mendapat motivasi dan dapat digunakan untuk pelajar.

Semua orang mengharapkan suasana pembelajaran menjadi lebih baik dan menarik. Guru akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajarnya berhadapan dengan kesukaran untuk menguasai sesuatu konsep atau maklumat yang disampaikan. Tugas mereka dapat dimudahkan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran terutama melalui bahan
multimedia yang begitu berleluasa dalam kehidupan moden ini. Melalui teknologi multimedia, animasi, gambar statik, suara, muzik, teks, filem dapat disampaikan serentak bagi membantu kefahaman pelajar.

» Read more

Cara Berkesan Bercakap Di Khalayak

Apakah perkara yang perlu kita perbaiki apabila bercakap kepada audiens samada secara berdepan ataupun secara online?

1-Kena ada tujuan yang jelas. Jangan berliku liku dan berbelit belit sampai orang pening tak tahu kemana halatuju kita dalam ucapan.
.
2-Ucapan ini macam perjalanan. Ada chek point. Dan jangan banyak undur dan tak sampai sampai pada destinasi tujuan.

3-Ucapan yang baik ada strukturnya. Ada “flow of logic” yang bergerak dari satu poin ke poin berikut. Kepala orang yang mendengar akan rasa tenang dan tak serabut.

4-Terlalu banyak maklumat dan informasi di masukkan dalam satu masa. Ia jadikan seolah makan nasi berpinggan pinggan. Jangan macam tu, kena lah ada lauk dan sayur. Kena ada kuahnya . Baru lah berselera untuk dihidangkan.

5-Perlu ada cerita. Jenaka berpengajaran. Kalimat bijak , analogi, metafora dan seumpamanya. Ini adalah sokongan kepada idea, konsep dan informasi.

Baru ada warna warni pelangi indah dalam ucapan yang jadikan para audiens gembira dan mahu lagi dan lagi.

Ucapan paling membosankan apabila diperkatakan tanpa energi. Bercakap monotone – senada tanpa ada variasi tonality. Dalam Public Speaking ini termasuk dalam “voce and manner of speech”
.

Keenam ini memang padu. Speaker syok sendiri. Fokus pada dia, bukan pada audiens. Ini kegilaan yang banyak berlaku. Terbabas angkat diri sehingga lupa subjek yang perlu diperkatakan.

Rahsia Besar Solawat Tafrijiyyah

Selawat ni selalu diamalkan yang saya ambil secara berguru dan berijazah untuk amalan, kesannya sebagai pembukaan pintu rezeki zahir dan batin.

Selawat Tafrijiah turut dikenali dengan Selawat Nariyah, Selawat Taziah dan Selawat Qurtubiah. Kepelbagaian nama pada selawat dengan lafaz sighah yang sama ini mengisyaratkan kelebihan mengamal dan membacakan Selawat Tafrijiah.Selawat ini dinamakan sebagai Selawat Taziah, dinisbahkan kepada seorang Ahlillah yang bernama Sayyid Ibrahim al-Tazi.

Sementara nama Qurtubiyah menunjukkan bahawa seorang ulamak tafsir, Imam Abu Abdullah al-Qurtubi merupakan salah seorang yang menjadikan selawat ini sebagai amalan.Selawat ini dinamakan sebagai Selawat Tafrijiah berdasar kepada kesan daripada amalan ini yang membukakan ‘pintu keluasan’ yang besar dan bakal mengembirakan pengamal.

Selawat ini dinamakan sebagai Selawat Nariyah yang menjadi perumpamaan kepada keberkesanan dan kecepatan hasil diperoleh setelah selawat ini diamalkan.Selawat ini boleh dibacakan ketika seseorang berhajatkan sesuatu. Bilangan bacaan bergantung kepada kemampuan, kesungguhan atau hasrat pendoa.

Walaubagaimana pun, ulamak dan para masyaikh menjadikan angka 4444 sebagai bilangan bacaan selawat ini; tanpa kurang atau lebih.Jumlah 4444 kali selawat tidak semesti disempurnakan bacaan dalam suatu masa. Bacaan selawat boleh dilakukan pada bila-bila masa, lalu dihimpun melengkapi jumlah dinyatakan. Begitu juga, jumlah bacaan selawat 4444 boleh dicukupkan dengan dicampur bilangan dibaca beberapa orang; dilakukan secara berjemaah.Keberkesanan amalan lebih bergantung kepada ‘kekuatan’/fokus zikir.

» Read more

Kekuatan Akal

Kekuatan kita manusia adalah adanya akal. Dalam bahasa sekarang kita panggil minda. .Kunci pada kehidupan adalah minda. Kunci pada minda adalah pertanyaan..Mereka yang berilmu akan dapat bertanya soalan padat padu pada masa yang diperlukan. .

Kata Khalifah Islam ke 4, Ali bin Abi Thalib (599-661), “Ilmu tanpa akal ibarat seperti memiliki kasut (sepatu) tanpa kaki. Dan akal tanpa ilmu ibarat seperti memiliki kaki tanpa sepatu.”.Umar bin Khattab, Khalifah kedua (583-644 M) menyebut, “Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah tenang dan sabar.”.Abu Hamid Al Ghazali (Iman Al Ghazali) (1058-1111) “Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.”.Tugas kita cari ilmu. Kemudian berkongsi. .Jika ada yang mendapat manfaat, bersyukur. Jika ada yang tidak suka dan mencerca apa yang kita sampaikan, bersyukur juga. .

Buya Hamka, (1908-1981), “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”.Bercita cita lah supaya dalam hidup, kita akan sampai ke puncak – setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasah..

Rujukan :

Roslan Ab Hamid. (2020). Roslan Ab Hamid - Public Speaking Guru | Facebook. https://www.facebook.com/PublicSpeakingGuruNusantara/
1 52 53 54 55 56