Rahsia Selimut Ajaib : Bongkar !

Sebelum ini penulis mencatatkan kaitan hantu dan cahaya. Kaitan kali ini kita menyingkap apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik selimut ajaib juga dikenali sebagai pelapik tidur ajaib (Bio Velocity Sleep Mate-BVSM) yang dirumuskan oleh pakar Saintis yang menemukan teknologi BVSM sehingga menterjemahkan tenaga penciptaan dalam penyembuhan badan hanya dengan penggunaan tenaga matahari pada Waktu Dhuha yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dan disuntik ke dalam pelapik tilam BVSM ini. Penulis ingin jelaskan agar umat Islam sendiri yakin bahawa setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Misalnya, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh atau pun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki (termasuk rezeki kesihatan dan penawar penyembuhan).

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Oleh itu, kita dapat menyingkap atau mencungkil rahsia yang diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan (pengacukan molekul-molekul) pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
» Read more