10 Cara Mudah Menulis Penyataan Masalah

Permasalahan adalah ‘jantung penyelidikan”. Ia adalah nukleus yang menggerakkan seluruh fungsi kajian. Masalah kajian perlu dikenal pasti dan ditulis dengan baik dalam bentuk penyataan. Kata mudanya Nyatakan Masalah & Nyatakan Solusinya.

Dalam penyelidikan, penyataan masalah adalah unsur pertama yang akan diberi tumpuan oleh penilai. Masalah yg nk dikaji mestilah penting dan signifikan kepada bidang kajian penyelidik. Masalah tersebut perlu dinyata dan dihurai sebegitu rupa supaya pembaca dan penilai sedar bahawa masalah tersebut sangat penting, mesti dikaji untuk diselesaikan serta memberi implikasi buruk jika dibiarkan tanpa penyelesaian.

Jadi, di sini terdapat 10 cara mudah untuk menulis Penyataan Masalah yang pasti berpadu :

1- Tulis Penyataan Masalah berkaitan Masalah yang ingin diselesaikan dengan penyelidikan atau tesis atau kajian ilmiah atau disertasi yang diwakili OBJEKTIF. Jadi alignment PM dengan OBJEKTIF/RQ sangat penting

2-Tulis PM boleh dimulakan dengan bilangan menulis ikut RQ/Hipotesis. Jika RQ ada 4, kita boleh tulis PM dengan 4 perenggan. 1 Perenggan untuk 1 RQ/Objektif

3-Tulis Penyataan Masalah (PM) menyepadu atau terjemah Pernyataan yang terhasil dari isu-isu penyelidikan yang dibincangkan di bahagian latar belakang sebelum ini

4-Tulis PM bukan diukur dengan banyaknya citation atau bilangan muka surat tetapi, apakah sebabnya KEPERLUAN, SOLUSI dan NILAI dalam proses atau outpun penyelidikan.

5-Tulis Penyataan Masalah (PM) bukanlah :

-Latar Belakang 2.0

-Masalah negara/politik (umum)

-Kalau PHD mesti banyak perkara tulis Penyataan Masalah

6-Tulis PM yang terbaik sempurna bila bab LR telah siap sepenuhnya (byk membaca dan kefahaman luas), Jd jgn tunggu lama nak tulis LR

7-Tulis PM dengan citation 5 tahun terkini bawa maksud perkara/situasi terkini. Jadi relevan dan praktikal untuk dibuat research/solusi

8-Tulis PM tidak terhad kaitkan akademik (artikel/tesis) sahaja, perlu ada sumber dari industri, kerajaan, komuniti dalam dan luar negara

9-Tulis PM libatkan beberapa perenggan, pastikan ianya menyambung dan ianya perlu disusun selari dengan susuna RO/RQ/Hipotesis

10-Tulis PM paling banyak dikomen kerana tidak jelas. Jelas maksudnya boleh difahami dengan tindakan penyelidikan yang bersesuaian.

Rujukan :

Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Bandar Ilmu.