Lelaki Spiderman

lelaki_spidermanSuatu ketika dulu, dia pernah menggemparkan Malaysia dalam cubaan memanjat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pada tahun 1997. Namun, usaha tersebut gagal membawanya sampai ke puncak apabila dia ditahan pada tingkat 60. Dia bukanlah pelakon utama watak Spiderman. Malah, gelaran lelaki Spiderman atau labah-labah manusia diberi kerana keberanian luar biasa melakukan aksi memanjat seperti dalam filem tersebut.

Siapa sebenarnya dia? Spiderman realiti ini dikenali sebagai Alain Robert. Boleh dikatakan keghairahan melihat bangunan pencakar langit menyebabkan dia sering memanjat struktur binaan tersebut meskipun puncaknya mencapai status tertinggi di dunia. Sebelum itu, perlu anda ketahui bagaimana cara lelaki ini mendapat gelaran labah-labah manusia cuba lihat bagaimana labah-labah memanjat dinding. Tiada sebarang alat bantuan bukan? Cara begitu adalah gambaran sebenar kepada perlakuan lelaki Perancis ini tatkala memanjat binaan tertinggi di negara-negara tertentu. Wow, hebat bukan?

» Read more