Macamana Nak Faham Makna Zat

Catatan lepas Macamana Nak Faham Makna Zat ? Sesungguhnya..pengetahuan,kefahaman,daya,usaha,tenaga,pancaindera, kepandaian dan kebijakkan..senang cerita yang ada pada diri kita tu terhad (limited=Taqyiid) ! Jadi macamana nak faham makna zat sebab dia adalah MULTAK (unlimited), kalau diberi kefahaman jadi songsang juga otak kita sebab mmg tak jangkau oleh akal kita yang ada..kan dah gitau td semua yg kita miliki yang kita blh capai tu semua TERHAD…

So, macamana nak faham makna zat..kenapa kita masih mencari-cari sebab DIA yang bersifat wujud…kenapa kita pening2 mencari brg yg kita dapat RASA…belum puas sebab xnampak ke? Mcm2 digali segala ilmu…macam2 melalui jalan untuk mencari jawapan, macamana nak faham makna zat..pecah kepala fikir..berdegung telinga..ambil potong kepala rebus dalam cairan emas pun xde pun faham kalau diri kita tu sendiri yang tidak cuba untuk ambil fahami tentang HAKIKAT DIRI yg bkn duk betul2 peringkat HAMBA padaNya…cam ne hamba tu ?

Ok apa tanda/lambang/simbol yang kita duk sujud tu? Sujud tu tanda HAMBA lah..masa sujud tu tak rasai ke ? kita tu rendah..lemah..bodoh/jahil..miskin…bg kita merasai yang maha kuat tu DIA…yang Maha Tahu tu DIA…yang Maha Kaya tu DIA….Persoalannya bila diluar solat kita mengambil kuasa iblis…kita abik kuasa Allah…menyombong dengan orang sekeliling…rasa cerdik dgn org sekeliling…rasa kaya dengan orang…rasa hebat dan kuat dengan orang sekeliling..zikir malas…selawat ke atas rasulullah SAW malas…nak buat baik pada orang pun tak reti…tak hormat orang sekeliling…duk mengata…sebar berita palsu…menjahamkan generasi baru dengan perangai kita tu..pandai lah pulak ?

Pastu macamana nak faham makna zat sebab byk dah tools/alat untuk yang DIA bagi kita tetap lupa sama ada masa senang atau masa susah…dalam hati kita tu semua masuk sehingga kita fokus pada benda tu sampai kita LALAI pada dia…pastu apa guna duk mencari2 macamana nak faham makna zat ?

Heran bin ajaib…kalau sujud masa solat tu xsama hati tu nk jd rendah semasa diluar solat…patutnya masa sujud je atas batu yg tajam2 baru faham kot ! xlayak nk sujud atas sejadah yg tebal lagi halus yg blh tenggelam dahi tu !

» Read more