Tahniah Tun Mahathir Atas Perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Tahniah Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh setelah Pakatan Harapan memenangi dalam pilihanraya umum PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Kalau dulu Tun menjadi Perdana Menteri keempat, penulis masih lagi dibangku sekolah, remaja dan berada diperantuan Mesir sebagai penuntut Ilmu. Kini penulis di alam kekeluargaan, masyarakat dan bekerja. Apapun penulis telah kagum sejak dahulu lagi dari kepimpinannya dan cetusan-cetusan idea yang sebagai seorang pemerhati, pemikir dan pemimpin yang sentiasa melihat ke hadapan dalam membela nasib rakyat Malaysia dari segi pendidikan dan ekonomi. Setelah tugas Perdana Menteri Malaysia diberikan kepada Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, penulis hanya mengikuti perkembangan beliau di blog http://chedet.cc/

Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut berlangsung di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pelantikan Dr. Mahathir, 92, mencatat dua rekod dalam sejarah negara iaitu sebagai Perdana Menteri baharu yang paling berusia dan orang pertama memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali.

Boleh ikuti tentang Tun di wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia