Persekitaran Makro Dalam Perniagaan

Persekitaran Makro salah satu pembangunan kreativiti dan inovasi dalam multimedia dan produksi filem sedang pesat membangun Multimedia Kreatif merupakan satu industri yang sangat menarik. Industri ini sentiasa berkembang dan segala perkembangannya sentiasa dinantikan oleh khalayak umum.

Oleh itu, perniagaan dalam industri Kreatif Multimedia semakin membina tapak sebagai salah satu industri paling mendapat perhatian di dunia, dengan prospek pengiklanan, animasi hinggalah ke permainan komputer, penerbitan dan juga media interaktif. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keistimewaan industri Multimedia Kreatif ini terletak pada kebolehannya mengadun teknologi dan seni dengan harmoni di dalam satu industri.
Namun, persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangkamasa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang.

Melalui persekitaran makro tersebut, penulis akan menerangkan elemen-elemen persekitaran makro syarikat industri Multimedia dan membincangkan elemen-elemen tersebut memberi kesan ke atas organisasi Les’ Copaque.
Disamping itu, penulis mengemukakan cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi tersebut untuk menguruskan persekitaran makronya dengan berkesan.

» Read more