Kepentingan dan Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajwid

Tulisan sebelum ini penulis telah mengupas sedikit kajian hukum mempelajari tajwid.

Kali ini bincang pula apa kepentingan dan kelebihan mempelajari ilmu tajwid.

Baiklah..Ilmu Tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan seagung-agung kitab, iaitu al-Quran. Jesteru itu, tidak dapat dinafikan lagi tentang faedah mempelajarinya. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Pertama : Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran

Dengan mempelajari ilmu Tajwid, seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkannya. Oleh kerana membaca al-Quran .Lngan tajwid yang betul itu ialah satu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan bacaan adalahhukumnya haram sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa.

Kesalahan dalam bacaan itu dapat dibahagikan kepada dua:

i. Kesalahan Nyata

Kesalahan Nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan, sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (nyata) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata. Kesalahan jenis ini dapat disedari oleh semua orang tidak kira orang awam atau orang yang mahir dalam tajwid. Contohnya mengubah huruf seperti Fa` dibaca dengan Lam dan seumpamannya.

Hukum melakukan kesalahan nyata seperti ini adalah haram secara Ijmak Ulama,tidak kira ia disengajakan atau tidak. Bagi yang tidak sengaja atau tidak tahu, maka tiada dosa ke atas mereka, kerana Allah Maha Pengampun akan kesalahan hambanya.

ii. Kesalahan Tersembunyi

Kesalahan tersembunyi bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahicara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran. Kesalahan tersembunyi (khofi) ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid atau para Qurra’ sahaja dan ia tidak disedari oleh orang awam.

Contoh kesalahan tersembunyi ialah seperti meninggalkan izhar, idgham, ikhfa’, dengung, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tarqiq atau dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja ataumempermudah-mudahkannya. Sebahagian Ulama menghukumkannya sebagai Makruh.

Kedua : Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan berasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Dia tidak akan ragu-ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ia temui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juz itu.

» Read more