Konsep Uqubah Dalam Islam

Syariah Islam terus unggul dengan kesempurnaannya yang dijamin oleh Allah SWT yang menampilkan penyelesaian kepada masalah jenayah yang dihadapi oleh masyarakat manusia. Falsafah yang berteraskan Rabbani telah membuktikan bahawa dalam sejarah kemanusiaan mereka menghadapi masalah jenayah dengan tenang dan berjaya. Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam dengan tegas dan adil yang mengenakan hukuman potong tangan ke atas pencuri, hukuman Qisas ke atas pembunuh di Mekah dan Madinah, banyak membantu mengurangkan jenayah.

Walau bagaimanapun tugasan ini merupakan salah satu usaha pencerahan pelaksanaan hukuman keseksaan menurut pertimbangan syariah dan realiti perundangan serta Masyarakat, walaupun Hudud berdepan pelbagai polemik dalaman dan luaran sebelum dimartabatkan sebagai undang-undang, walaupun dalam negara Islam sendiri.

Oleh itu, hudud bukan sekadar undang-undang jenayah, tetapi dilihat sebagai simbol dan kemuncak kepada pelaksanaan syariah secara menyeluruh dalam negara Islam. Di samping itu, penulis membincangkan mengapa majoriti negara Islam tidak melaksanakan hudud yang merupakan satu bahagian daripada hukuman jenayah Islam, juga menjelaskan pandangan sarjana Islam kontemporari tentang pelaksanaan hukum hudud masa kini. (Zainuddin Jaafar, 1990)

Selain itu, penulis mengemukakan cadangan dalam menangani isu takfir yang lahir daripada polemik hudud yang berpunca kejahilan, pemahaman Islam yang menyeleweng, ketegangan politik kepartian dan kepentingan pengaruh tertentu.

» Read more