Sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor

Sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor.

Kaunseling adalah satu proses interkasi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai terhadap perubahan tingkah laku.

Terdapat empat sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor iaitu :

  • Beriman dan Bertakwa

Seorang kaunselor perlu meletakkan keimanan dan takwa sebagai paksi dalam pengendalian tanggungjawabnya. Sifat keimanan dan ketakwaan akan melahirkan keyakinan yang teguh terhadap pertolongan Allah SWT Nabi Muhammad SAW. sering ditimpa ujian dalam menyebarkan dakwah di Mekah dan di Madinah; namun segala halangan dan kesusahan telah dilalui oleh Baginda dengan meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.

Sebagai contoh, Baginda telah berdoa kepada Allah SWT memohon kekuatan setelah dibaling dengan batu sehingga berdarah dalam dakwah Baginda di Taif.

  • Adil

Adil merupakan salah satu daripada sifat yang perlu ada pada diri seorang kaunselor. Sifat adil bermakna bijak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Nabi Muhammad SAW. telah menyelesaikan masalah perebutan dalam kalangan kabilah-kabilah Arab dalam meletakkan kembali Hajar al-Aswad di Kaabah dengan adil apabila Hajar al-Aswad tersebut telah diletakkan di atas sehelai kain manakala setiap kabilah memegang setiap penjuru kain tersebut bersama-sama.

  • Lemah Lembut

Sifat lemah lembut terhadap sesama manusia mempunyai daya tarikan yang boleh mendekatkan seseorang, sebaliknya sifat kasar akan menjauhkan hubungan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w. sangat lembut dalam hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 159:

Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermesyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu lelah membulatkan tekad, maka bcrtawakkallah kepada AIlah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadanya.

  • Toleransi

Sifat toleransi sangat penting kepada seorang kaunselor. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang kaunselor yang unggul apabila Baginda selalu boleh menerima pandangan, hujah dan cadangan para sahabatnya. Dalam mengaturkan strategi peperangan, Nabi Muhammad SAW. mengambil pandangan sahabat dalam menentukan pemilihan lokasi Perang di Badar, keputusan untuk berperang dalam kawasan Madinah atau di luar Madinah sewaktu Perang Uhud serta strategi penggalian parit dalam Perang Khandaq.

» Read more