Konsep Storytelling Dalam Berniaga

Analoginya cam ni je, Ok kita kan selalu pergi pasaraya kan..mcm kt umah saya ni ada Tesco..kalau kt tempat pasaraya apa ya ? mesti ada kan..

Kita perasan ke tak ? biasanya kt bahagian keperluan harian, diorang letak seperti :

(+) Ikan

(+) Daging

(+) Beras

(+) Minyak Masak

(+) Ayam

dan berbagai lagi diletakkan di hujung hujung pasaraya tersebut. Perasan?

Maka, dari situ kita punyalah pusing jalan-jalan, sambil itu tengok tengok offer lain. Anda percaya atau tidak sambil berjalan sambil dipengaruhi iklan-iklan lain.

Soalan saya, dalam ratusan kali kita berjalan begini. Percayalah. Benda yang tiada dalam list kadang kadang terus muncul dengan tiba tiba. Setuju ke betul?

Dah muncul tu tiba-tiba terambil letak dalam troli tak? Biasanya ramai juga yang ambil ye… Nampak ‘permainan halus’ mereka….dalam senyap, pasaraya ‘berstorytelling’ kepada pelanggan? kan…

Mereka bina laluan yang jauh untuk kita sampai pada barang keperluan tadi kan…

Di sepanjang laluan mereka hiasi dengan pelbagai cerita promosi dan sebagainya. Pelbagai tawaran membuatkan jiwa-jiwa yang tak tahan dengan godaan. Hasilnya troli penuh sebelum sempat beli beras, gula, ikan dan sebagainya.

Jadi konsep storytelling ini begitu lah dalam dunia perniagaan kalau nk faham cara mudah..kalau dah faham kita sambung ikut zaman digital yang terkenal dengan video marketing atau lebih tepat lagi storytelling dalam era video baru. Ramai daripada kita sudah tahu bermula daripada tahun 2020 dan seterusnya video marketing akan menguasai content yang paling utama dalam era ini.

Dato Roslan Ab Hamid

Apabila pulang waktu malam, ketika memasak makanan mereka berhimpun ditepi unggun api. Waktu itulah sang bapa akan bercerita kisah-kisah menarik sepanjang perguruan (pengalaman) pada hari tersebut itulah asal mula storytelling.

» Read more