Nak Masuk Islam ?

Nak masuk Islam tapi tak tahu di mana mau mula ? Persoalan yang sering didambakan oleh beberapa orang yang berminat dengan keindahan Islam yang sering membaca di www.zeckry.net…

Pada awal saya akan tanya mereka ni dengan soalan seperti :

1) Apakah perkara dan sesuatu yang paling terang atau jelas yang anda nampak pada agama Islam ?

Ada yang gitau, ada gak belajar skit2 dari bahan2 di internet saja, tp yang paling suka tengok cara orang Islam beribadah dan menggunakan bahasa-bahasa yang lembut, rasa sejuk teliga dengar ayat-ayat al-Quran. Ada yang suka dengar zikir-zikir di Youtube lagi pun ada translate. Ada juga yang buat perbandingan agama yang dianuti sekarang dengan Islam. Ada yang tertanya-tanya kepada Nabi Isa dijadikan tumpuan untuk disembah, bukan meminta kepada Allah walapun memang ada ALLAH juga, tapi byk praise to Nabi Isa, sehinggakan banyak persoalan sebenarnya dalam kepala. Tambahan tiada orang guide.

Rasa kekosongan pun ada juga rasa nak masuk Islam je..

2) Apa pandangan anda persepsi non muslim terhadap agama Islam ni dikatakan kejam ?

Ringkasnya semua dalam agama ada pelampau, berpunca daripada kurang ilmu, dan pemahaman yang betul. Persepsi Islam itu kejam sangat salah dan berat kalau tuduhan macam tu..yang kejam itu bukan dari Islam..yang kejam tu orang yang takde Ilmu (jahil) cuba belajar betul2 baru nampak dengan jelas.
Islam=selamat=sejahtera=aman damai. So kenapa lihat pada kekejaman bukan melihat kepada keindahan. Dalam agama lain ada juga mencuri tetapi bukan dari agama itu dari penganutnya yang melanggar hukum dan perintah.

3) Ada ke konsep penyembahan dalam Islam ?

Mana ada lah..ia lebih kepada konsep mengabdikan diri(hamba) kepada maha berkuasa..maha pencipta dll..di datangkan nabi SAW tu sebagai utusan bg menyampai kebenaraan dan nabi Muhd itu sebagai contoh tauladan…untuk benar2 kita duduk pada sifat kehambaan…so tade pun unsur penyembahan dalam Islam..istilah sembah2 ni kena ada benda kt depan…Tuhan dalam Islam Ghaibul Guyub..(tak nampak dilihat oleh mata akal mata minda) sebab Alllah dah gitau ” AKU TIDAK MENYAMA/SETARA SEGALA SESUATU” selagi leh nampak dan leh jangkau oleh akal atau leh khayal tu bukan tuhan..makhluk ( barang yang dicipta).

Nak masuk Islam ?

Itu antara soalan yang sering ditanya..ada banyak lagi sebenarnya…so untuk yang mencari2 di mana nak mula bagi non muslim tapi berminat dengan Islam ni boleh saja hubungi untuk bincang2 di http://zeckry.net/whatappas-zeckry/