Persoalan Umat : Perbezaan Pandangan Mazhab

1.0       PENGENALAN

 

Kepelbagaian identiti yang merupakan himpunan komponen-komponen budaya, bahasa, agama, sejarah, geografi dan sosial yang membezakan seorang manusia daripada manusia lain. Namun, komponen yang paling penting bagi identiti Islam yang dikongsi oleh semua Muslim dan membezakan mereka daripada bangsa, puak dan tamadun lain adalah As-Syariah Al-Islamiyyah. (Auda, 2014)

Menurut (Mohd Syariefudin , 2014) Malaysia majoriti penganut beragama Islam di Malaysia mengikuti Mazhab Syafie mempunyai bilangan penganut terbesar, sekitar 60 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Walau bagaimanapun, bermazhab adalah bertujuan memudahkan kita mengamalkan agama dengan fahaman yang sebenarnya kerana kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah. (Bicara Agama, 2011)

Manakala, perselisihan pendapat di kalangan Mazhab Fiqh dan penyimpulan hukum-hakam Syariah dari pelbagai sumber yang bukan dilakukan atas kepentingan tertentu. Tetapi, berlandaskan metode tertentu yang harus dipegang oleh seorang mujtahid agar ijtihad yang dihasilkannya dapat diterima untuk mendapat kesimpulan yang sahih. (Muhammad Amar Adly, 2013)

Justeru, penulis akan menghuraikan empat Mazhab fiqh muktabar dalam Islam yang muncul setelah kewafatan Rasulullah SAW bagi memberi penjelasan dalam perkara-perkara yang tidak dijelaskan secara muktamad setelah dirujuk melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Disamping itu, penulis akan mengupas beberapa sebab berlakunya perbezaan pendapat di antara Fuqaha` dalam Islam dan menganalisis perkara-perkara yang menjadi khilafiyyah pendapat dalam Mazhab serta membincangkan hikmah di sebalik perbezaan pandangan di kalangan Mazhab dengan mengaitkan isu yang menjadi persoalan umat hari ini.

» Read more

Upah Buat Assignment Bahasa Arab Dan Pengajian Islam

Lama saya tidak update Blog ini., kesibukan untuk menyiapkan beberapa assignment yang dihantar oleh beberapa rakan untuk disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Bagi yang tiada masa untuk siapakan kami Al-Ahlam Resource membantu anda..Bidang saya lebih tertumpu kepada Bahasa Arab dan Pengajian Islam..

Saya akan tutup buat sementara menerima tempahan dari student OUM pada 15 Oktober 2016.

Sekiranya berminat terus hubungi di 01111555019 sebelum terlambat.