Penulis


إنَّ الحمدَ لله نحمدُه ونستعينُه ونستهديه ونستغفرُه ونشكرُه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله الملك الحقّ المبين، وأشهد أنّ سيدنا محمدًا صلى الله عليه وسلم، عبده ورسوله الصادق الوعد الأمين من أرسله الله رحمة للعالمين.

أما بعد عبادَ الله فإني أوصيكم ونفسي بتقوى الله العليِّ القدير الذي أرسلَ محمدًا بالهدى ودينِ الحقِّ لِيُظهرَه على الدِّينِ كلِّه وكفى بالله شهيدًا.

أوصيكم ونفسي بتقوى الله العلي العظيم الذي رحمنا ببعثة محمد وأنزل على قلب حبيبه محمد:” ﴿ص  وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ١﴾ “. اص/1.

اللهمَّ صلِّ وسلِّم وبارك على سيِّدنا محمدٍ وعلى ءالِ سيِّدنا محمدٍ المُنْـزَلِ عليه:” لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ” التوبة/ 128

Pembaca yang diingati oleh Allah SWT,

Wacana Az-Zeckry sebagai garapan dari pemikiran penulis yang sentiasa berhajat Allah SWT dan bergantung kepadaNya.  Sesungguhnya, wacana Az-Zeckry juga sebagai penzahiran dan tajalli dari ilmuNya jua untuk menggambarkan semua bentuk dan isi komunikasi penulisan kerana apa sahaja penghasilan Bahasa oleh manusia adalah dikatakan sebagai wacana asalkan ia berfungsi dalam konteks tertentu. Wacana ini digunakan sebagai wasilah untuk menjayakan dan merealisasikan maksud komunikasi tertentu dan ditentukan oleh faktor sosial dan budaya. Az-zeckry sebagai kuniyyah berasal daripada perkataan arab yang bersumber daripada kalimah ذكر  bermaksud ingatan/sebutan.

Firman Allah SWT :

هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا١﴾ [الإنسان: 1

Maka,ayat tersebut membuka kefahaman kepada kita bahwa Allah menyebut : Bukankah telah datang kepada Insan suatu masa yang ia tidak pernah wujud (kita tiada) kita tidak pernah ada pun, Maka kerana DIA teringat..Maka Allah jadikan kita bagi ada sebagai tanda Dia Ingat kepada kita.

Kita diingati tuhan, Allah mengingat kita…Apa tanda? Apa tanda Allah mengingati kita…Apa tanda yg menunjukkan Allah ingat kpd kita..pada awalnya kita tiada.

Hakikatnya, bukan wujud kita, tetapi wujud ingatan Allah terlebih dahulu dalam IlmuNya belum jasa ini dizahirkan..Persoalannya, bila kita sampainya di alam dunia atau alam fana  atau alam zahir ini..atau lebih dikenali sbg alam syahadah..alam penyaksian ? Kita terlupa bahwa kita ni dalam ingatan Tuhan. Inilah yang menjadi persoalan kepada kepada kita sebanyak 31 kali pertanyaan kepada kita :

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ١٨﴾ [الرحمن: 18

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Maka penulis bersyukur kpd allah kerana Allah ingat pd kita sblm kita ada, sblm roh kita wujud, sblm jasad kita ujud, ingatan tuhan terlebih dahulu ada, jd kita syukur sbb..? Dia mengingati kita sbg manusia, Dia tidak ingat kita sbg jenis benda lain. Maka kita beruntung kita jd org islam jd org mukmin.

Persoalannya, nikmat tuhanMu yg mana lagikah yg hendak kamu dustakan ? Dalam surah Ar-Rahman, ayat tersebut diulang-ulang sebanyak 31 kali. Allah SWT tanya kita sebagai soalan ? Apa lagi yg Aku (Allah) bagi kat kamu yang kamu nak kata tak betul sehingga kamu lupa padaku ayat tu peringat kpd kita semua..

Apalagi yg aku bg sbg manusia utk kamu daripada roh hingga ke jasad yg menyebabkan kamu boleh melupai Aku..tu yg dimaksudkan ,sbb tu ayat lain tak diulang2 sbyk macam tu…dia ulang ayat tu spy kita sentiasa INGAT. Maka sempena INGATAN itulah yang ku namai Az-Zeckry sebagai laqab wacana ini.

Walau bagaimanapun, ku umpama cahaya pada pelita. Tau-tau ada. Cahaya itu sendiri tidak tahu bila sumbu dinyalakan atau siapa yang memasang atau nyalaan sumbu yang menyebabkan ia hadir. Lihatlah betapa indah mimpi yang diulit oleh Saudagar Mimpi itu. Mungkin jua kita Saudagar Mimpi itu?

Pembaca yang dikasihi oleh Allah SWT,

Manusia tegak atas pendirian mestilah berdiri atas hakikat sendiri dan bersama-sama yang wajib wujud…Ku tidak perlu menyalahkan pendapat orang lain kerana itu bukanku. Itu cara dia mengenali dirinya dan belum menyampai mengenali yang sebenarnya wujud yang tidak dapat disifatkan. Ku dapati dan aku menyakini bahawa sesungguhnya ada wujud asli dari wujud aku, kerana aku pernah meminta sesuatu dari yang ‘ghaib’ itu lalu diberinya mengikut hajat ku. Jadi aku kenali diri ku wujud kerana wujudnya dan sentiasa bersamanya.

Maka, Aku tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah ayah ku atau ibu, walau pun aku dari darah dagingnya dari sel-selnya yang disalirkan. Ayah ku juga tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah dirinya. Namun hakikat hanyalah berasal dari keduanya. Oleh itu, nama aku dan nama ayah ku tak dapat dipisahkan melainkan aku dilupakan untuk mengenali diri ku. Namun ayah ku tetap mengenali anaknya biar pun wajah semakin berubah. Seorang anak sukar mengenali ayahnya sekiranya ia tidak pernah melihat wajah ibu bapanya sejak kecil. Apabila seorang anak yang terpisah sebegitu lama ditemukan kepada ayahnya,…Maka siapakah yang akan menyatakan bukti dan tanda pengenalan. Si anak mengenal ayah atau ayah lebih dulu mengenali anaknya?

Teruskan meneroka bersama zeckry.net untuk mengerti akan sesuatu dan cahayaNya tidak berpisah. Jika cahaya itu hilang….Adakah cahaya itu berada dalam tempat penghasilannya. Cahaya menjelaskan kewujudan. Umpama cahaya matahari yg.menjelaskan wujudnya matahari.

Namun berbeza dengan bulan yang bercahaya.Sedangkan bulan tiada mempunyai cahayanya seperti dilihat waktu purnamanya. Tapi pantulan bulan itu dapat membiaskan cahayanya sesolah-olah ia mempunyai cahaya.

Akhirnya, setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi. Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga. Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.

Mungkinkah…jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan Tuhan.

ولا حول ولا قوة إلا بالله

Salam ingatan dari,

Setitik Cahaya Yang Menerangi Perjalanan

www.zeckry.net

 

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.