Kes ini telah didengar di mana Plaintif hadir dan diwakili oleh Peguam Syarienya, manakala Defendan hadir sendirian.
Atas persetujuan bersama pihak-pihak, maka Mahkamah perintahkan seperti berikut :-
1. Hak jagaan anak-anak yang berumur, 5 tahun (Lelaki) dan berumur 4 tahun (Lelaki), diserahkan kepada Plaintif berdasarkan 85 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001 ;
2. Defendan diberikan hak lawatan dan membawa anak-anak tersebut berjalan-jalan pada bila-bila masa yang munasabah ;
3. Hak untuk membawa anak-anak tersebut bermalam pada setiap minggu pada hari Jumaat dan Sabtu diberikan kepada pihak Defendan ;
4. Perintah ini berkuatkuasa serta merta mulai hari ini.