Kadang-kadang kita pening untuk mencari contoh tajuk kajian ilmiah. Setelah membelek-belek kertas kajian. Terdetik lak untuk mencatat sebagai panduan. Skit masa lagi penulis cuba catatkan cara mudah menulis tajuk kajian. Sabar menanti
Baiklah..kajian secara ilmiah merupakan suatu usaha untuk menemukan, mengembangkan, dan menguji kebenaran suatu pengetahuan dengan menggunakan metode-metode ilmiah. Para pakar mengemukakan pendapat yang berbeza dalam merumuskan penelitian atau penyelidikan terhadap suatu masalah, kerana ia sebagai usaha murni untuk mencari kebenaran melalui pendekatan ilmiah.
Maka, secara umumnya, penelitian atau penyelidikan ini sebagai suatu proses pengumpulan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan logik untuk mencapai tujuan tertentu. Pengumpulan dan analisis data menggunakan metode-metode ilmiah, samada bersifat kuantitatif dan kualitatif, eksperimental atau non eksperimental, interaktif atau non interaktif. Metode-metode tersebut telah dikembangkan secara intensif dengan kepelbagaian ujikaji sehingga mencapai matlamat.
Dalam hai ini penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Hasan Langgulung dalam hal ini apabila beliau dengan jelas menyatakan kewujudan klasifikasi ilmu adalah usaha segolongan sarjana ilmu untuk menggabungkan berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan ke dalam kelompok-kelompok tertentu supaya mudah difahami.
Memandangkan otak manusia selalu mencari yang mudah dicerna, mudah ingat, mudah dibayangkan, maka digabungkannya fenomena-fenomena yang beraneka ragam ke dalam kelompok-kelompok yang lebih sederhana, semakin kecil jumlah kelompok itu semakin baik, sebab makin mudah dicernakan oleh otak manusia.
Maka muncullah klasifikasi ilmu yang diciptakan di Universiti Harvard pada tahun 1928 yang ilmu-ilmu dikelompokkan kepada sains fizikal, sains sosial, dan sains kemanusiaan. Maka biasanya universiti-universiti juga membentuk fakulti-fakulti menurut kelompok-kelompok ilmu itu, maka dibentuklah fakulti-fakulti sains fizikal, fakulti sains sosial, dan fakulti sains kemanusiaan. [1]
Sesudah itu banyak lagi teori tentang klasifikasi ilmu itu, dan berdasar teori masing-masing dibentuklah fakulti-fakulti menurut kelompok-kelompok ilmu tersebut.
Sebenarnya klasifikasi ilmu sebelum itu sudah ada. Aristotle telah mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu teoretis: tabi’i, matematik, dan metafizik; dan praktis:. akhlak, pengurusan rumah tangga, dan pengurusan kota (politik). Oleh filsuf-filsuf Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan lain-lain cara pengkelompokan yang dibuat oleh Aristotles ini ditiru dan dibuat perubahan seperlunya sesuai dengan teori mereka masing-masing.
Al-Farabi membuat perubahan sedikit, kemudian Ibn Sina Iebih banyak, sedang al-Ghazali membuat bukan hanya mengadakan perubahan tetapi membentuk pengelompokan yang sama sekali lain dari klasifikasi Aristotles, terutama klasifikasi yang dibuatnya telah mengalami krisis dan memilih jalan tasawuf.
Ibn Khaldun yang hidup ratusan tahun kemudian juga membuat klasifikasi yang berlainan, yang dibahaginya ilmu kepada naqli (wahyu) dan aqli (akal) yang masing-masing dibahagi kepada beberapa cabang ilmu pengetahuan. Belakangan ini, terutama setelah seminar pendidikan Islam di Makkah tahun 1977, kemudian diikuti berpuluh-puluh seminar pendidikan dan pemikiran Islam yang di adakan di seluruh dunia, maka muncullah klasifikasi ilmu yang didukung oleh teori dan falsafah masing-masing.
Dalam mukadimah rekomendasi-rekomendasi konfrensi Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam dibuat klasifikasi ilmu sebagai berikut:
Pengetahuan diklasifikasikan kepada dua kategori sebagai berikut:
- Ilmu Ahadi (perennial knowledge) yang berdasar kepada wahyu llahi yang tertera dalam al-Qur’an dan Hadith dan segala yang dapal diambil dari keduanya dengan menekankan bahasa Arab sebagai anak kunci untuk memahami keduanya.
- Ilmu dicari ( Acquired Knowledge), termasuk sains kealaman, dan terapan yang dapat berkembang secara kuantiitatif dan penggandaan, variasi terbatas dan pinjaman antarabudaya selama tidak bertentangan dengan syari’ah sebagai sumber nilai. Harus ada pengelahuan leras yang diambil dari keduanya dengan penekanan ulama pada yang pertama. terutama syariah yang harus diwajibkan kepada semua orang Islam pada semua tingkat sistem pendidikan dari yang paling tinggi sampai yang paling rendah. yang lulus sesuai dengan taraf liap tingkat dan kewajipan belajar bahasa Arab haruslah menjadi bahagian ultma kurikulum teras. Hanya dua inilah yang dapat memelihara peradaban Islam dan menjaga identiti kaum Muslimin.
Ini klasifikasi ilmu yang dibuat dalam konferensi Makkah itu. Tidak perlu ditegaskan di sini bahawa keputusan konferensi itu adalah berdasarkan kertas-kertas kerja yang kemudian telah dibukukan dan diterbitkan. Seperti yang dapat dibaca dalam rekomendasi itu kekhuatiran pada ilmuan Islam bahawa kaum Muslimin dan peradaban Islam akan kehilangan identiti kalau tidak cepat-cepat masalah besar yang menimpa peradaban Islam itu dalam bentuk sekularisasi ilmu, seperti kita lihat pada klasifikasi versi Harvard yang telah disebut di atas segera ditanggulangi. Tradisi Islam tentang ilmu, seperti telah kita terangkan di atas mempunyai asal Ilahi (divine origne), oleh sebah wahyu subjektif (akal), wahyu kosmik (alam jagat) dan wahyu dalam dalam kitab suci, ketiganya menggambarkan reality yang sama, oleh sebab itu pula harus turut serta membentuk klasifikasi ilmu dan selanjutnya harus menjadi teras kurikulum pendidikan dalam segala tahap: rendah, menengah, dan tinggi serta formal dan non-formal.[2]
[1]Lihat : Hasan Langgulung, Kreativiti dan Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur, 1997, m.s 40
[2] Ibid, m.s 41
Apa contoh tajuk kajian ilmiah ?
So, bagaimana dengan contoh tajuk kajian ilmiah ni ? mana yang dirasakan sesuai boleh kembangkan lagi mengikut minat yang membara anda.
Berikut penulis ketengahkan beberapa contoh tajuk kajian ilmiah bagi yang mereka mencari tajuk yang sesuai, mungkin dengan contoh ini dapat dijadikan cetusan idea untuk dikembangkan dalam kajian masing-masing.
CONTOH TAJUK KAJIAN ILMIAH
Konsep Negan Islam Satu Analisa Perlaksaan Islam Di Kelantan
Sistem Ekonomi Islam Satu Kajian Di Bank Islam Malaysia
Konsep Al-Qudha’ Antara Mahkamah Sivil Dan Islam
Konsep al-Ruhi Antara Tasauf Islam Dan Buddha
Konsep Aqal Menurut Al-Ghazali
Konsep Al-Urf Menurut Al-Syatibi
Sistem Syura Menurut Al-Mavvardi
Sekularisme Dan Kefahaman Di Kalangan Masyarakat Melayu Kajian Di Daerah Kangar
Al-Quds Realiti Tahun 2000 Dan Penyelesaian
Kejatuhan Uthmaniyyah Satu Analisa Ilmiah
Takaiul Ijtimae’ Melalui lnsitusi Zakat
Sistem Politik Malaysia Cabaran Perlaksanaan Islam Di Malay sia
Tajdid Al-Feqh Melalui Feqh al-Waqi’
Ijtihad dan Pengamalannya Di Kalangan Ulamak Masa Kini
Sistem Syura Dan Sistem Demokrasi Analisa Secara Perbandingan
AI-Kharaj Menurut Abu Yusuf
Al-Hisbah Dan Pengamalannya Di Zaman Pemenntahan Khulafa’ Al-Rasyidin
Gerakan Kristianisasi Di Malaysia Antara Tahun 1980 -2000
Konsep Maslahah Dan Mafsadah Sebagai Asas Penentuan Hukum
Jenayah Islam Dalam Realiti Tahun 1990 – 2000 Cabaran Dan Penyelesaian
Penglibatan Wanita Dalam Politik
Nasionalisme Di Dunia Arab Kajian Negara Mesir
Peperangan Salib Satu Tinjauan Ilmiah Dengan Perang Serbia Bosnia
Analisa Kejatuhan Baghdad
lnstitusi Wakaf Dalam Konsep Takaful Ijtima’e |
Perlembagaan Madinah Dan Perlembagaan Malaysia Satu Perbandingan
Tajdid Feqh Antara Dan Kontra
Protokol Yahudi Dan Quds
Feqh Umar Al-Khattab
Konsep Ketamadunan Islam Menurut Ibn al-Khaldun
Abu Yusof Dan Teori Al-Kharaj
Feqh Mazahib Dan Keperluan Semasa
Metodologi Feqh Menurut Imam Shafei
Metodologi Feqh Menurut Imam Maliki
Metodologi Feqh Menurut Imam Jaafar al-Sodik
Metodologi Feqh Menurul Imam Ibn Hazm
Teori Keilmuan Menurut Ibnu Rusd
Haruii Al-Rasyid Dan Pembaharuan llmu
Pemikiran Al-Maududi Dan Gerakan Tajdid Di Pakistan
Iqbal Dan Gerakan Tajdid
Metodologi Feqh Menurut Al-Nakha`e
Zulkifli Muhammad Dan Sumbangannya Kepada Gerakan Islam Di Malaysia
Badi`uzzaman Said Nursi dan Kebangkitan Turki
Peranan Hassan Al-Asha’ari Dan Kemurnian Aqidah Ummah
Metodologi Feqh Menurut Imam Hanafi
Metodologi Feqh Menurut Imam Hambali
Metodologi Feqh Menurut Imam Zaid
Ibn Sina Dan Teori Baru Perubatan
Teori Akhlak Menurut Ketokohan
Pemerintahan Umar Abd Aziz : Satu Analisa
Kejayaan Pas Di Era Kepimpinan Ulama`
Al-Banna : Aspirasi Gerakan Islam Sedunia
Al-Afghani Dan Gerakan Tajdid Di Dunia Arab
Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Kota Konstantinaple
Pertembungan Pas Dan Umno Dalam Proses Islamisasi Di Malaysia : Satu Analisa
Perlaksanaan Hudud : Cabaran Dan Penyelesaian Masa Kini
Konsep Sad al-Zarae’ Dan Perlaksanaannya Di Dalam Pemerintahan Umar
Kesempurnaan Sembahyang : Kajian Kes Ke Atas Pesakit Di Hospital Alor Setar.
Pembahagian Zakat Satu Kajian Di Pusat Zakat Walayah Persekutuan
Masjid Sebagai Institusi Ummah Kajian Peranan Masjid Di Daerah Kota Kuala Muda
Tahlih : Kajian Pengamalannya Di Kalangan Masyarakat Melayu Di Daerah Tumpat
Konsep Ahli Zimmah : Kajian Ke Atas Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia
Negara Islam : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini
Al-Khilafah : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini
Wilayah al-Mazolim : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini
Ijma’ Ulamak Masa Kini : Realiti Dan Permasalahan
Wehdatul Ummah : Kesatuan Ahl al-Sunnah Dan Syiah Sebagai Pendekalan al-Taqrib
Gejala Riddah Masa Kini : Kajian Kes Ucapan Penolakan Hukum Hudud Di Kalangan Masyarakat Melayu Kini ( 1990 – 2016 )
Sistem Direct Selling : Satu Kajian Ilmiah Terhadap Sistem Peniagaan Syarikat Gemilang
Rasanya cukup dulu sebagai contoh tajuk kajian ilmiah yang seharusnya kita boleh kembangkan, contoh tersebut sebagai menggerakkan idea anda terus berfikir dan menulis mengikut minat masing-masing.
[…] Susah kan untuk kenal pasti fokus penyelidikan ini. Kenapa sampai beberapa semester, antara masalah yang sering dihadapi pelajar ialah masih belum ada tajuk? So, apakah cara mudah menulis tajuk kajian ni ? Sebelum ni saya ada mencatat contoh kajian ilmiah. […]