Contoh Tajuk Kajian Ilmiah
Contoh Tajuk Kajian Ilmiah

Kadang-kadang kita pening untuk mencari contoh tajuk kajian ilmiah. Setelah membelek-belek kertas kajian. Terdetik lak untuk mencatat sebagai panduan. Skit masa lagi penulis cuba catatkan cara mudah menulis tajuk kajian. Sabar menanti

Baiklah..kajian secara ilmiah merupakan suatu usaha untuk menemukan, mengembangkan, dan menguji kebenaran suatu pengetahuan dengan menggunakan metode-metode ilmiah. Para pakar mengemukakan pendapat yang berbeza dalam merumuskan penelitian atau penyelidikan terhadap suatu masalah, kerana ia  sebagai usaha murni untuk mencari kebenaran melalui pendekatan ilmiah.

Maka, secara umumnya, penelitian atau penyelidikan ini sebagai suatu proses pengumpulan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan logik untuk mencapai tujuan tertentu. Pengumpulan dan analisis data menggunakan metode-metode ilmiah, samada bersifat kuantitatif dan kualitatif, eksperimental atau non eksperimental, interaktif atau non interaktif. Metode-metode tersebut telah dikembangkan secara intensif dengan kepelbagaian ujikaji sehingga mencapai matlamat.

Dalam hai ini penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Hasan Langgulung dalam hal ini apabila beliau dengan jelas menyatakan kewujudan klasifikasi ilmu adalah usaha segolongan sarjana ilmu untuk menggabungkan berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan ke dalam kelompok-kelompok tertentu supaya mudah difahami.

Memandangkan otak manusia selalu mencari yang mudah dicerna, mudah ingat, mudah dibayangkan, maka digabungkannya fenomena-fenomena yang beraneka ragam ke dalam kelompok-kelompok yang lebih sederhana, semakin kecil jumlah kelompok itu semakin baik, sebab makin mudah dicernakan oleh otak manusia.

Maka muncullah klasifikasi ilmu yang diciptakan di Universiti Harvard pada tahun 1928 yang ilmu-ilmu dikelompokkan kepada sains fizikal, sains sosial, dan sains kemanusiaan. Maka biasanya universiti-universiti juga membentuk fakulti-fakulti menurut kelompok-kelompok ilmu itu, maka dibentuklah fakulti-fakulti sains fizikal, fakulti sains sosial, dan fakulti sains kemanusiaan. [1]

Sesudah itu banyak lagi teori tentang klasifikasi ilmu itu, dan berdasar teori masing-masing dibentuklah fakulti-fakulti menurut kelompok-kelompok ilmu tersebut.

Sebenarnya klasifikasi ilmu sebelum itu sudah ada. Aristotle telah mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu teoretis: tabi’i, matematik, dan metafizik; dan praktis:. akhlak, pengurusan rumah tangga, dan pengurusan kota (politik). Oleh filsuf-filsuf Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan lain-lain cara pengkelompokan yang dibuat oleh Aristotles ini ditiru dan dibuat perubahan seperlunya sesuai dengan teori mereka masing-masing.

Al-Farabi membuat perubahan sedikit, kemudian Ibn Sina Iebih banyak, sedang al-Ghazali membuat bukan hanya mengadakan perubahan tetapi membentuk pengelompokan yang sama sekali lain dari klasifikasi Aristotles, terutama klasifikasi yang dibuatnya telah mengalami krisis dan memilih jalan tasawuf.

Ibn Khaldun yang hidup ratusan tahun kemudian juga membuat klasifikasi yang berlainan, yang dibahaginya ilmu kepada naqli (wahyu) dan aqli (akal) yang masing-masing dibahagi kepada beberapa cabang ilmu pengetahuan. Belakangan ini, terutama setelah seminar pendidikan Islam di Makkah tahun 1977, kemudian diikuti berpuluh-puluh seminar pendidikan dan pemikiran Islam yang di adakan di seluruh dunia, maka muncullah klasifikasi ilmu yang didukung oleh teori dan falsafah masing-masing.

Dalam mukadimah rekomendasi-rekomendasi konfrensi Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam dibuat klasifikasi ilmu sebagai berikut:

Pengetahuan diklasifikasikan kepada dua kategori sebagai berikut:

  • Ilmu Ahadi (perennial knowledge) yang berdasar kepada wahyu llahi yang tertera dalam al-Qur’an dan Hadith dan segala yang dapal diambil dari keduanya dengan menekankan bahasa Arab sebagai anak kunci untuk memahami keduanya.
  • Ilmu dicari ( Acquired Knowledge), termasuk sains kealaman, dan terapan yang dapat berkembang secara kuantiitatif dan penggandaan, variasi terbatas dan pinjaman antarabudaya selama tidak bertentangan dengan syari’ah sebagai sumber nilai. Harus ada pengelahuan leras yang diambil dari keduanya dengan penekanan ulama pada yang pertama. terutama syariah yang harus diwajibkan kepada semua orang Islam pada semua tingkat sistem pendidikan dari yang paling tinggi sampai yang paling rendah. yang lulus sesuai dengan taraf liap tingkat dan kewajipan belajar bahasa Arab haruslah menjadi bahagian ultma kurikulum teras. Hanya dua inilah yang dapat memelihara peradaban Islam dan menjaga identiti kaum Muslimin.

Ini klasifikasi ilmu yang dibuat dalam konferensi Makkah itu. Tidak perlu ditegaskan di sini bahawa keputusan konferensi itu adalah berdasarkan kertas-kertas kerja yang kemudian telah dibukukan dan diterbitkan. Seperti yang dapat dibaca dalam rekomendasi itu kekhuatiran pada ilmuan Islam bahawa kaum Muslimin dan peradaban Islam akan kehilangan identiti kalau tidak cepat-cepat masalah besar yang menimpa peradaban Islam itu dalam bentuk sekularisasi ilmu, seperti kita lihat pada klasifikasi versi Harvard yang telah disebut di atas segera ditanggulangi. Tradisi Islam tentang ilmu, seperti telah kita terangkan di atas mempunyai asal Ilahi (divine origne), oleh sebah wahyu subjektif (akal),  wahyu kosmik (alam jagat) dan wahyu dalam dalam kitab suci, ketiganya menggambarkan reality yang sama, oleh sebab itu pula harus turut serta membentuk klasifikasi ilmu dan selanjutnya harus menjadi teras kurikulum pendidikan dalam segala tahap: rendah, menengah, dan tinggi serta formal dan non-formal.[2]

[1]Lihat : Hasan Langgulung, Kreativiti dan Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur, 1997, m.s 40

[2] Ibid, m.s 41

Apa contoh tajuk kajian ilmiah ?

So, bagaimana dengan contoh tajuk kajian ilmiah ni ? mana yang dirasakan sesuai boleh kembangkan lagi mengikut minat yang membara anda.

Berikut  penulis ketengahkan beberapa contoh tajuk kajian ilmiah bagi yang mereka mencari tajuk yang sesuai, mungkin dengan contoh ini dapat dijadikan cetusan idea untuk dikembangkan dalam kajian masing-masing.

CONTOH TAJUK KAJIAN ILMIAH

 

Konsep Negan Islam Satu Analisa Perlaksaan Islam Di Kelantan

Sistem Ekonomi Islam Satu Kajian Di Bank Islam Malaysia

Konsep Al-Qudha’ Antara Mahkamah Sivil Dan Islam

Konsep al-Ruhi Antara Tasauf Islam Dan Buddha

Konsep Aqal Menurut Al-Ghazali

Konsep Al-Urf Menurut Al-Syatibi

Sistem Syura Menurut Al-Mavvardi

Sekularisme Dan Kefahaman Di Kalangan Masyarakat Melayu Kajian Di Daerah Kangar

Al-Quds Realiti Tahun 2000 Dan Penyelesaian

Kejatuhan Uthmaniyyah Satu Analisa Ilmiah

Takaiul Ijtimae’ Melalui lnsitusi Zakat

Sistem Politik Malaysia Cabaran Perlaksanaan Islam Di Malay sia

Tajdid Al-Feqh Melalui Feqh al-Waqi’

Ijtihad dan Pengamalannya Di Kalangan Ulamak Masa Kini

Sistem Syura Dan Sistem Demokrasi Analisa Secara Perbandingan

AI-Kharaj Menurut Abu Yusuf

Al-Hisbah Dan Pengamalannya Di Zaman Pemenntahan Khulafa’ Al-Rasyidin

Gerakan Kristianisasi Di Malaysia Antara Tahun 1980 -2000

Konsep Maslahah Dan Mafsadah Sebagai Asas Penentuan Hukum

Jenayah Islam Dalam Realiti Tahun 1990 – 2000 Cabaran Dan Penyelesaian

Penglibatan Wanita Dalam Politik

Nasionalisme Di Dunia Arab Kajian Negara Mesir

Peperangan Salib Satu Tinjauan Ilmiah Dengan Perang Serbia Bosnia

Analisa Kejatuhan Baghdad

lnstitusi Wakaf Dalam Konsep Takaful Ijtima’e        |

Perlembagaan Madinah Dan Perlembagaan Malaysia Satu Perbandingan

Tajdid Feqh Antara Dan Kontra

Protokol Yahudi Dan Quds

Feqh Umar Al-Khattab

Konsep Ketamadunan Islam Menurut Ibn al-Khaldun

Abu Yusof Dan Teori Al-Kharaj

Feqh Mazahib Dan Keperluan Semasa

Metodologi Feqh Menurut Imam Shafei

Metodologi Feqh Menurut Imam Maliki

Metodologi Feqh Menurut Imam Jaafar al-Sodik

Metodologi Feqh Menurul Imam Ibn Hazm

Teori Keilmuan Menurut Ibnu Rusd

Haruii Al-Rasyid Dan Pembaharuan llmu

Pemikiran Al-Maududi Dan Gerakan Tajdid Di Pakistan

Iqbal Dan Gerakan Tajdid

Metodologi Feqh Menurut Al-Nakha`e

Zulkifli Muhammad Dan Sumbangannya Kepada Gerakan Islam Di Malaysia

Badi`uzzaman Said Nursi dan Kebangkitan Turki

Peranan Hassan Al-Asha’ari Dan Kemurnian Aqidah Ummah

Metodologi Feqh Menurut Imam Hanafi

Metodologi Feqh Menurut Imam Hambali

Metodologi Feqh Menurut Imam Zaid

Ibn Sina Dan Teori Baru Perubatan

Teori Akhlak Menurut Ketokohan

Pemerintahan Umar Abd Aziz : Satu Analisa

Kejayaan Pas Di Era Kepimpinan Ulama`

Al-Banna : Aspirasi Gerakan Islam Sedunia

Al-Afghani Dan Gerakan Tajdid Di Dunia Arab

Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Kota Konstantinaple

Pertembungan Pas Dan Umno Dalam Proses Islamisasi Di Malaysia : Satu Analisa

Perlaksanaan Hudud : Cabaran Dan Penyelesaian Masa Kini

Konsep Sad al-Zarae’ Dan Perlaksanaannya Di Dalam Pemerintahan Umar

Kesempurnaan Sembahyang : Kajian Kes Ke Atas Pesakit Di Hospital Alor Setar.

Pembahagian Zakat Satu Kajian Di Pusat Zakat Walayah Persekutuan

Masjid Sebagai Institusi Ummah Kajian Peranan Masjid Di Daerah Kota Kuala Muda

Tahlih : Kajian Pengamalannya Di Kalangan Masyarakat Melayu Di Daerah Tumpat

Konsep Ahli Zimmah : Kajian Ke Atas Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Negara Islam : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini

Al-Khilafah : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini

Wilayah al-Mazolim : Konsep Dan Perlaksanaan Masa Kini

Ijma’ Ulamak Masa Kini : Realiti Dan Permasalahan

Wehdatul Ummah : Kesatuan Ahl al-Sunnah Dan Syiah Sebagai Pendekalan al-Taqrib

Gejala Riddah Masa Kini : Kajian Kes Ucapan Penolakan Hukum Hudud Di Kalangan Masyarakat Melayu Kini ( 1990 – 2016 )

Sistem Direct Selling : Satu Kajian Ilmiah Terhadap Sistem Peniagaan Syarikat Gemilang

Rasanya cukup dulu sebagai contoh tajuk kajian ilmiah yang seharusnya kita boleh kembangkan, contoh tersebut sebagai menggerakkan idea anda terus berfikir dan menulis mengikut minat masing-masing.

 

 

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Contoh Tajuk Kajian Ilmiah”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.