Abstrak

Kali ini zeckry.net mencatatkan mengenai hal-hal berkaitan dengan penyelidikan dan beberapa langkah penting dalam penulisan kajian ilmiah atau tesis.

Tips kali ini penting dalam penulisan kajian ilmiah yang dipanggil abstrak.

Menurut Ahmad Sunawari Long (2014), Abstrak bermaksud Sinopsis laporan kajian yang mengandungi permasalahan, objektif, metodologi, hasil dan implikasi kajian.

Adakah abstrak menggambarkan (reflects) secara tepat kajian yang dijalankan ? Adakah abstrak merumuskan secara ringkas permasalahan dan objektif kajian, kaedah dan reka bentuk kajian, dapatan utama kajian dan rumusan dan kesimpulan kajian. ?

3 Cara Penting Menulis Abstrak

1-Abstrak hendalah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman yang berikutnya.

2-Abstrak mestilah ringkas dan padat ditulis dalam satu paragraf serta tidak melebihi 300/350 patah perkataan dalam satu halaman sahaja.

Abstrak tidak sama dengan sinopsis atau ringkasan tesis.

3-Mesti mengandungi masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelidikan dan keputusan yang diperolehi.

Sekiranya kajian yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan dikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.

Ada beberapa contoh disini :

Contoh 3 Perkara Penting Menulis Abstrak

Kajian ini membincangkan nilai-nilai Tasamuh dan persepsi pelajar-pelajar bukan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap undang-undang jenayah Islam. Signifikan kajian ini adalah kerana undang-undang jenayah Islam sering dilihat dari aspek hukumannya sahaja. Manakala aspek-aspek tasamuhnya jarang diketengahkan. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam.

Oleh itu, abstrak dapat memudahkan kita dalam membuat kajian ilmiah, makalah dan skripsi. Dengan abstrak, semua perkara penting kita menemui dari awal sehingga menghindari penulisan karya ilmiah tersasar jauh dari pokok perbincangan yang telah ditetapkan sebelum ini terletak pada abstrak.

Perlu diingatkan, abstrak sebagai pemudah cara bagi pembaca jurnal atau artikel ingat 3 perkara penting menulis abstrak tadi kerana semua point-point penting telah dijelaskan pada awal sehingga kesimpulan. Pembaca akan lebih mudah membayangkan apa saja isi dari karya ilmiah tersebut.

Selain itu, jika abstrak disusun dengan menarik, sudah tentu menarik minat pembaca untuk mengetahui lebih lanjut. Abstrak juga seumpama kulit buku. Jika tidak menarik, pasti pembaca akan malas untuk membaca isi keseluruhan dari karya ilmiah tersebut

Tuntasnya, ingat dulu 3 perkara penting menulis abstrak kita akan bincang apa kelebihannya pada posting akan datang.

Ada juga Universiti mengatakan bahawa Abstrak mestilah berinformasi dan merangkumi enam komponen utama seperti ilustrasi dibawah :

 

 

Kesimpulannya,

Abstrak anda akan berkesan jika ada item-item ini :

Buat abstrak berkesan

Include:
Intro/prob statement
Objective
Method
Result/Findings/Discussion
Conclusion

 

Rujukan

[zotpress items=”{5090062:T929IC2C},{5090062:68YEEIK9}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.