Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015) Masyarakat berstrata adalah masyarakat bersusun lapis yang terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, tingkat dan sebagainya.
Susunan lapisan dalam masyarakat sehingga membawa kepada perbezaan masyarakat dari segi darjat, status, kekayaan dan sosial itu menghasilkan ketidaksamaan dalam bentuk kekayaan, kuasa dan status.
Menurut (Mariappan, 2000) ketidaksamaan dapat dilihat pada sudut politik, ekonomi dan sosial. Maka, individu-individu dan kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat berstrata dapat dibezakan dari segi status sosial, kekayaan, cara hidup, kuasa politik dan taraf hidup sehingga ketidaksamaan peluang hidup ini diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Maka, susunan masyarakat ini di kategorikan sebagai masyarakat berstrata sistem kelas yang mewujudkan mobiliti sosial sama ada pergerakan ke atas atau ke bawah tangga sosial sehingga seseorang individu itu dapat mengubah nasibnya untuk mendapatkan kekayaan, kekuasaan dan prestij.
Justeru, ketidaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat boleh mempengaruhi urusan-urusan kehidupan manusia sama ada di dalam organisasi kekeluargaan mahupun dalam urusan politik, pentadbiran dan ekonomi masyarakat masa kini. Perbezaan yang wujud ini adalah bersifat sejagat kepada semua manusia.
Ini bermakna pembentukan dalam ketidaksamaan sosial adalah satu proses asas dalam setiap kebudayaan masyarakat. Sebagaimana Beteille (1997:11) menegaskan: proses penilaian yang dibuat terhadap kepentingan seseorang individu atau kumpulan sosial berdasarkan kepada sumber-sumber berharga yang dimiliki oleh mereka. Sumber berharga yang dimaksudkan adalah kuasa, kehormatan atau martabat yang berbeza pada setiap masyarakat.
Kita akan membincangkan definisi sistem kelas seperti yang terdapat dalam masyarakat berstrata, di samping membincangkan lima jenis sistem kelas dalam masyarakat dan tentang sistem kasta Hindu dalam tradisi India.
Definisi Sistem Kelas
Menurut, Bernard Barber mendefinisikan kelas sosial sebagai sebagai himpunan keluarga-keluarga. Ini bermakna kedudukan seorang anggota keluarga dalam suatu anggota kelas berkait dengan kedudukan anggota keluarga lain. Apabila seorang ketua keluarga atau anggota keluarga menduduki suatu status tinggi maka status anggota keluarga yang lain akan mendapatkan status yang tinggi pula. Sebaliknya apabila status ketua keluarga mengalami penurunan maka menurun pula status anggota keluarganya.
Pada abad kesembilan belas telah membuka lembaran sejarah kegemilangan di Jerman dengan kelahiran seorang tokoh hebat dunia yang memiliki pengaruh kekal dan kuat terhadap sejarah kehidupan manusia. Kekuatan pengaruh keintelektualannya telah menjadi fenomena global abad kedua puluh kerana gagasan pemikiran falsafahnya tidak hanya dijadikan sekadar rujukan ilmiah sahaja, tetapi segala idea dan teori-teori Marxisme digerakkan dalam bentuk tindakan yang realistik bersesuaian dengan keadaan semasa.
Karl Marx (1818-1883) menduduki tangga kedua puluh tujuh dari seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah (Hart 1993: viii). Salah satu sumbangan besarnya adalah konsep perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada kaum buruh untuk bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi ‘kuda tunggangan’ kaum kapitalis.
Lantaran itu, ajaran Marxisme telah dijadikan pegangan perjuangan kaum buruh hampir ke seluruh dunia. Sebagai sebuah ideologi, Marxisme merupakan inspirasi bagi sebahagian besar gerakan pembebasan sosial dan beransur-ansur menjadi gerakan politik dan sosial di pelbagai tempat dan negara.
Konsep Historical Materalism dan Dialectic Materialism merupakan ideologi utama yang melahirkan konsep kelas, hubungan antara kelas dan perjuangan kelas dalam gagasan pemikiran Marxisme. Marx meneliti sejarah manusia dari dua aspek iaitu :
Faktor ekonomi : memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi manusia meliputi kaedah-kaedah terus dengan faktor ekonomi kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia menghasilkan barangan atau produk untuk memenuhi keperluan hidup dan masyarakat sekelilingnya (Ozinga 1991: 40). Marx mengakui bahawa manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza. Justeru itu, cara dan hubungan pengeluaran turut melalui tahap perkembangan kuasa-kuasa produksi material yang berbeza-beza. Setiap cara pengeluaran digambarkan dengan penguasaan kuasa produktif yang khusus dan satu bentuk hubungan sosial yang awalnya berfungsi untuk membangunkan kuasa tersebut. Aspek utama dalam hubungan tersebut adalah hubungan harta yang akan mewujudkan kelas-kelas sosial. Lantaran itu, muncul dua kelas utama berasaskan jenis-jenis harta yang mempengaruhi pengeluaran keperluan hidup. Satu kelas akan menguasai harta tersebut, manakala kelas lagi satu pula digunakan untuk menghasilkan kekayaan daripada harta tersebut (McLellan 1971: 93).
Marx telah mengemukakan lima tahap cara pengeluaran yang berbeza-beza di mana setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap Komunis Primitif, Perhambaan Kuno (Classical Slavery), Feudalisme, Kapitalisme dan Komunisme (McLellan 1977: 256) mengeluarkan produk keperluan hidup dalam menentukan segala perubahan kehidupan manusia (A. Z. Abidin 1968: 46).
Faktor sosial : Marx menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka bergaul. Namun faktor sosial tidak lengkap tanpa berhubung terus dengan faktor ekonomi kerana kehidupan sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia menghasilkan barangan atau produk untuk memenuhi keperluan hidup dan masyarakat sekelilingnya (Ozinga 1991: 40). Marx mengakui bahawa manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza. Justeru itu, cara dan hubungan pengeluaran turut melalui tahap perkembangan kuasa-kuasa produksi material yang berbeza-beza.
Setiap cara pengeluaran digambarkan dengan penguasaan kuasa produktif yang khusus dansatu bentuk hubungan sosial yang awalnya berfungsi untuk membangunkan kuasa tersebut. Aspek utama dalam hubungan tersebut adalah hubungan harta yang akan mewujudkan kelas-kelas sosial. Lantaran itu, muncul dua kelas utama berasaskan jenis-jenis harta yang mempengaruhi pengeluaran keperluan hidup. Satu kelas akan menguasai harta tersebut, manakala kelas lagi satu pula digunakan untuk menghasilkan kekayaan daripada harta tersebut (McLellan 1971: 93). Marx telah mengemukakan lima tahap cara pengeluaran yang berbeza-beza di mana setiap masyarakat perlu merentasinya iaitu tahap Komunis Primitif, Perhambaan Kuno (Classical Slavery), Feudalisme, Kapitalisme dan Komunisme (McLellan 1977: 256). Walau bagaimanapun, pembangunan dan kemajuan terhadap cara dan hubungan pengeluaran turut menyumbang usaha ke arah memacu daya inovasi dan kreativiti manusia melalui penemuan baru seperti penggunaan mesin wap, pembinaan kapal layar dan sebagainya.
Cuma bagi Marx, keadaan tersebut akan menambah tekanan terhadap cara pengeluaran sedia ada kerana sejarah perubahan yang berlaku akan mewujudkan perjuangan kelas iaitu penentangan satu kelas ke atas satu kelas yang lain. Kesannya berlaku revolusi yang akan mewujudkan tahap baru bagi sejarah. Lantaran itu, kemuculan tahap baru akan melahirkan kelas atasan baru (new ruling class) yang akan menentang kelas bawahan yang terdiri dari kelas buruh dan petani. Maka tidak hairanlah jika kita meletakkan cara pengeluaran sebagai perintis terhadap kewujudan kelas sosial. (Basir, 2012).
Oleh yang demikian, konsep Kelas Marx Weber mengaitkan situasi-situasi kelas yang berbeza wujud akibat perbezaan pemilikan, atau kawalan yang dimiliki oleh individu ke atas berbagai sumber berharga yang boleh ditawarkan di pasaran-pasaran ekonomi. Antara pandangan sejarah Marx yang dianggap penting oleh pendukung aliran Marxisme adalah teori perjuangan kelas (Struggle of Classess).
Manakala, mengenai pembahagian kelas, Marx berpendapat pembentukan kelas-kelas sosial yang berbeza dalam masyarakat adalah dipengaruhi oleh kedudukan-kedudukan kelas yang dimiliki oleh individu. Beliau melihat pembentukan tiga kelas sosial utama, kelas pekerja ikhtisas dan kelas pemilik harta.
Lima jenis sistem kelas dalam masyarakat
Kelas sosial timbul disebabakan perbezaan dalam penghormatan dan status sosialnya. Misalnya, seorang anggota masyarakat dipandang terhormat kerana memiliki status sosial yang tinggi, sebaliknya seseorang anggota masyarakat dipandang rendah karena memiliki status sosial yang rendah.
Contoh : Pada masyarakat Bali, masyarakatnya dibagi dalam empat kasta, yakni Brahmana, Satria, Waisya dan Sudra. Ketiga kasta pertama disebut Triwangsa. Kasta keempat disebut Jaba. Sebagai tanda pengenalannya dapat kita temukan dari gelar seseorang. Gelar Ida Bagus dipakai oleh kasta Brahmana, gelar cokorda, Dewa, Ngakan dipakai oleh kasta Satria. Gelar Bagus, I Gusti dan Gusti dipakai oleh kasta Waisya, sedangkan gelar Pande, Khon, Pasek dipakai oleh kasta Sudra.
Oleh itu, berdasarkan karekter lapisan sosial, kelas Sosial atau golongan sosial mempunyai erti yang relatif lebih banyak dipakai untuk menunjukkan lapisan sosial yang didasarkan atas kriteria ekonomi. Terdapat lima jenis lapisan dalam kelas sosial iaitu :
-Kelas kapitalis: Kelas ini terdiri daripada keluarga-keluarga kaya yang berpengaruh (Rockefeller, Carnegie), CEO, dan pemilik bisnes yang besar dan mewah. Kekayaan mereka banyak bergantung kepada aset-aset seperti saham, bon, sekuriti, dan harta tanah. Kerana mereka memiliki cara pengeluaran (means of production), mereka menyediakan pekerjaan dan menentukan nasib untuk golongan masyarakat yang lain.
-Kelas Menengah Atasan: Kelas ini terdiri daripada golongan profesional (seperti doktor, peguam), pemilik bisnes, atau mereka yang menguruskan perbadanan-perbadanan (corporations) yang dimiliki oleh kelas kapitalis. Kekayaan mereka lebih banyak bergantung kepada gaji eksekutif yang tinggi berbanding pemilikan aset. Kelas ini berpendidikan tinggi dan ramai yang mempunyai ijazah pasca siswazah dan mampu menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi.
-Kelas Menengah: Kelas ini terdiri daripada mereka yang bekerja keras dan mempunyai gaji yang sederhana seperti usahawan kecil, guru, jururawat, dan sebagainya. Mereka ini merasai keselamatan kerja (job security) tetapi masih diancam oleh inflasi dan cukai. Dengan menggandakan usaha, mereka mampu memperbaiki nasib mereka dan mencapai status yang lebih tinggi.
-Kelas Buruh: Kelas ini terdiri daripada pekerja-pekerja yang melakukan tugas-tugas rutin yang memerlukan penyeliaan seperti pekerja kilang, kerani, buruh kasar, dan sebagainya. Mereka biasanya tidak berpendidikan tinggi dan kerana itu kurang berupaya untuk mencapai status yang lebih tinggi. Rezeki mereka amat dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dan mereka mungkin dibuang kerja jika berlakunya kemelesatan ekonomi.
-Kelas Bawahan: Kelas ini terdiri daripada mereka yang bergelut dengan kemiskinan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap yang menjanjikan gaji yang stabil. Kadangkala, mereka terus terkeluar daripada masyarakat kerana pengangguran atau gejala sosial seperti dadah atau rempit. Taraf pendidikan mereka amat rendah, dan tidak menghairankan jika ada di antara mereka yang buta huruf.
Justeru itu, menurut (Mariappan, 2000) ketidaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat dapat mempengaruhi urusan-urusan kehidupan manusia sama ada di dalam organisasi kekeluargaan mahupun dalam urusan politik, pentadbiran dan ekonomi masyarakat masa kini. Perbezaan yang wujud ini adalah bersifat sejagat kepada semua manusia. Ini bermakna pembentukan dalam ketidaksamaan sosial adalah satu proses asas dalam setiap kebudayaan masyarakat.
Sistem kasta Hindu dalam tradisi India
Menurut sejarah, tamadun India adalah tamadun tertua di dunia. Sejarah India dimulai dari peradaban Lembah Indus yang menyebar di bahagian barat Laut Benua India. Laut Benua India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Ia terbahagi kepada dua wilayah utama iaitu India utara dan India Selatan oleh pergunungan Vindhya. India Utara terbentang sehingga ke kawasan Himalaya manakala India Selatan terbentang keKannyakumari. Lembah Indus adalah dari tahun 3300 sampai 1700 SM. Peradaban zaman perunggu runtuh di pertengahan milenum kedua SM dan diikuti dengan zaman Besi India. Pada abad ke-6 SM, Mahavira dan Gautama lahir. Dalam masyarakat tamadun india boleh bahagi kepada dua jenis iaitu Indo-Arya dan Dravida. Indo-Arya adalah masyarakat di India Utara manakala Dravida adalah masyarakat di India Selatan.
Sistem kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita. “Kasta” berasal dari bahasa Portugis “caste” yang bererti pemisah, tembok, atau batas. Sejarah kasta yang ditubuhkan pada masyarakat Hindu berawal dari kedatangan Bangsa Portugis yang melakukan pengarungan samudra ke dunia timur yang berdasarkan atas semangat Gold (memperoleh kekayaan), Glory (memperoleh kejayaan) dan Gospel (penyebaran agama).
Sistem kasta merupakan satu institusi yang unik dan mengalami perkembangan yang panjang di mana secara semula jadi masyarakat dilihat dalam keadaan berkelas. Merurut pendekatan tradisi, terdapat teori ‘trivamsa’, iaitu teori yang menekankan peranan sistem kasta. Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Kasta utama iaitu Brahmin (bangsawan), Kshatriya (pahlawan), Vaishya (pedagang) dan Sudra (petani), dengan golongan Harizan sebagai kasta terbawah sekali.
Kasta bermaksud suatu stratifikasi yang berasakan kepada tradisi di lndia. Pelbagai teori diketengahkan tentang proses pengindiaan di Asia Tenggara.
Bangsa Aria berusaha untuk tidak bercampur dengan bangsa Dravida yang merupakan penduduk asli India. Mereka memanggil bangsa Dravida sebagai anasah, yang membawa maksud tidak berhidung atau berhidung pesek dan dasa yang bererti raksasa. Untuk memelihara kemurnian keturunannya, sistem pelapisan (kasta) diwujudkan yang bersumber pada ajaran agama.
Bangsa Aria berjaya mengambil alih kuasa politik, sosial dan ekonomi. Namun, dalam kebudayaan berlaku percampuran (asimilasi) antara Aria dan Dravida. Percampuran budaya itu melahirkan kebudayaan Weda. Kebudayaan inilah yang melahirkan kebudayaan dan agama Hindu atau Hinduisme. Daerah perkembangan pertamanya di lembah Sungai Gangga yang kemudian disebut Aryawarta (negeri orang Aria) atau Hindustan (tanah milik orang Hindu).
Untuk mempertahankan kekuasaannya di tengah kehidupan masyarakat, bangsa Arya berusaha menjaga kemurnian ras. Dalam erti kata lain, mereka melarang perkahwinan campur dengan bangsa Dravida. Untuk itulah, bangsa Arya mencipta sistem kasta dalam kemasyarakatan. Sistem kasta merujuk kepada kedudukan, hak dan kewajiban seseorang dalam masyarakat.
Oleh yang demikian, secara amnya, pembahagian kasta dalam masyarakat India terbahagi kepada lima pecahan yang besar iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, Sundra dan Panchama/Chandala (Maola, 2013).
-Brahmin: Brahmin adalah golongan yang pertama atau golongan yang menduduki tahaptertinggi dalam hierarki sistem kasta. Golongan ini merupakan golongan pendeta danpemimpin rohani. Mereka ini mempunyai kemampuan untuk memiliki suatu naluri yang tajam terhadap nilai-nilai hidup yang terpenting kerana amalan yang tinggi dari sudutkerohanian. Malah lebih jauh daripada itu, mereka juga merupakan pemimpin yangntelektual. Golongan ini adalah golongan pendeta-pendeta agama iaitu lapisan yang tertinggidan golongan ini adalah vegetarian. Mereka sangat dihormati oleh masyarakat dan dihormatiserta mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesuatu komuniti mereka dan daripadamerekalah terbentuknya sami-sami dan guru agama. Di samping bertugas sebagai guru, mereka juga bakal menjadi hakim dan bakal menjadi perdana menteri atau ketua dalamsesuatu pemerintahan dalam sesebuah negara (“Kasta”, 2011). Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.
Peranan kaum Kshatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.
Kesimpulan
Tuntasnya, masyarakat berstrata tersusun daripada perbezaan darjat, ketidaksamaan wujud adalah disebabkan kekayaan, kuasa dan status serta disebabkan perbezaan status pengetahuan dalam sesebuah masyarakat yang dapat melawan dan berubah dengan kuasa pemikiran dan pengetahuan.
Oleh itu, jika dilihat pada sumbangan a tamadun India yang telah diberikan oleh mereka boleh dimanfaatkan sehingga hari ini dan membuktikan bahawa orang India merupakan golongan yang bijaksana dan produktif. Antara sumbangan yang masih dimanfaatkan sehingga ke hari ini ialah agama, seni halus dalam bidang tarian, muzik dan drama, teknologi dan banyak lagi.
Ketamadunan yang dibina membuktikan bahawa mereka mempunyai identiti tersendiri, yang membolehkan mereka berdiri teguh dan terus maju. Namun ini tidak menjadikan mereka golongan yang sombong dan kedekut untuk tidak berkongsi kerana tamadun India merupakan antara tamadun yang paling banyak mengadakan hubungan dengan tamadun luar lain.
Secara menyuluruh, tidak dinafikan bahawa kita dapat mempelajari banyak nilai dan pengajaran daripada ketamadunan India sehingga memberi kesan kepada masyarakat kita di Malaysia.
Rujukan
Alo Liliweri, M. (2005). Prasangka dan Konflik. Yogyakarta: LKis Yogyakarta.
Ambedkar, B. (1947). History of Indian Currency and Banking. Thacker anda Company L.T.D.
Basir, I. I. (2012). Karl Marx dan Konsep Perjuangan Kelas Sosial. International Journal Of Islamic Thought, 27-28.
Darusalam, G. (2014). Tamadun Islam dan Tamaduan Asia. Selangor: Open Universiti Malaysia.
Dennis, W. (2003). Max Weber: Sebuah Khazanah Terj. A. Asnawi. Yogyakarta: Ikon Teralitera .
Deshpande, M. S. (2018, Jun 14). History Of The Indian Caste System and Its Impact On India Today. Didapatkan dari Digital Commons Calpoly Education: http://digitalcommons.calpoly.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1043&context=socssp
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mariappan, K. (2000). Buku teks Ketidaksamaan Sosial. Universiti Sains Malaysia.
Mohamad Yusuf Ismail et.al. (2009). Manusia, Masyarakat dan Budaya. Selangor: Open University Malaysia.
Shalaby, A. (2001). Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam. Terj. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Yusof, R. (2004). Penyelidikan Sains Sosial (Edisi Kemas Kini). Selangor: PTS Publications.