Di mana kebenaran ?
Sejak zaman sahabat, tabi’ tabiin. salefossoleh,ulama’ muktabar hinggalah ke hari ini perdebatan pertelingkahan ttg fahaman spiritual tidak pernah tamat…sehinggalah terbentuknya aliran2, mazhab dll .
Ada yg masih kekal dan ada yg telah lama lupus..Masing2 dgn hujjah dan kupasan tersendiri yg diperkuat dgn kitab-kitab yg ditulis oleh tokoh-tokoh yg tidak kurang tinggi ilmu pelbagai bidang, kewarakan dan kisah hidup yg sgt indah.
Saya percaya dalam setiap hati mukmin bhw tiada siapa yg ingin sesat dan ingin menyesatkan orang lain. Naik turun satu mazhab atau aliran mengikut kajian saya amat bergantung kpd kecenderungan pemerintah waktu itu.
Sebagai contoh Zaman Pemerintahan Al-Mukmin yg terkenal wara’ dan sgt tinggi ilmunya mazhab anutan beliau dan pembesar serta rakyat jelata (kiranya mazhab rasmi) adalah Muktazilah..begitu juga beberapa khalifah yg menyusul. Begitu ramai ulama yg mendokong aliran ini sehingga menjadi ‘mainstream’ kebanyakan rakyat.
Pada masa tersebut terdapat evolusi pemahaman tentang ajaran Islam yg mula membentuk aliran pemahaman Ahlisunnah Wal jamaah (Aliran Al-Ashariyah) yg di susun atur lebih baik oleh beberapa ulama’ spt Imam Hambali dll. (Sebelumnya telah ada cuma belum terorganised).
Kadangkala perbezaan ini antara golongan ulama’ yg berbeza mazhab atas beberapa perkara spt Al-Quran itu Qadim atau Hadis (baru) menjadi hangat dan kuasa politik digunakan utk ‘melupus’ mazhab tersebut dan ini melibatkan penangkapan dan penyiksaan yg agak teruk.
Pada satu tahap ada ulama’ dan pengikut aliran Al-Ashariyah di hukum bunuh dan ditindas. Kita tidak boleh mengatakan zalim kerana ‘mainstream’ rakyat dan pihak pemerintah (government) adalah muktakzilah dan ‘pembaharuan’ ini ditakuti mengancam perpaduan empayar Islam !! Jadi siapa yg bersalah di sini? Anda boleh judge pemerintah dan rakyat yg salah/sesat jika anda mengadilinya mengikut ‘view’ mazhab ‘mainstream’ pada masa kini.
Aliran muktazilah musnah bersama2 dgn keagungan empayar Baghdad akibat diserang oleh Monggol. Monggol menakluk hampir semua empayar Islam kecuali Mesir. mesir mengambilalih khilafah Islamiyah dan ditakdirkan pada masa tersebut fahaman Al-Asyaariyah/ahlusunnah wal jamaah mula menjadi ‘mainstream’..akhirnya Pemerintahan Khalifah Islam dan rakyat jelata/ulama’ menerima Ahlusunnah wal Jamaah dan kemudiannya didokongi lagi oleh ulama’ spt Iman AsSayuti dll. Aliran Muktazilah dianggap sekarang sebagai menyesatkan akidah
Begitu juga Negara Acheh Darul Salam yg pernah digelar serambi Makkah..Dalam catatan sejarah mengatakan ‘mainstream’ fahaman rakyat dan pemerintah pada masa tersebut mengikut fahamn sufi Al-Qodiriah dan juga Ibnu Arabi..Kebanyakan ulama’, rakyat pengikut aliran2 tariqoh tersebut, pandai berbahasa Arab dan kehidupan amat waraq dan makmur.
Ulama’ pada masa tersebut amat mendalam ilmu tauhid dan fiqh dan kebanyakannya menuntut lama di Makkah. Jadi tiadapun pertikaian besar dan tiada isu besar penyesatan
Kemudian datang seorang Ulama’ tersohor iaitu Syeikh Ar-Raniri yg membawa aliran sufi Al Ghazaliyah yg amat hebat hujjah dan tinggi ilmu usuluddin dan fiqh mendampingi raja pd masa tsbt. pengajaran beliau amat menarik raja/sultan pd ketika itu yg menyebabkan beliau mempengaruhi pegawai-pegawainya dan segolongan ulama’ agar mengikuti ajaran Raniri..
Raniri berpendapat fahaman mainstream pd masa tersebut sesat dlm soal ketuhanan. Perdebatan demi perdebatan berlaku dan Raniri menunjukkan ‘kehebatannya’.Tak lama slps itu Raniri mempengaruhi Sultan agar mengharamkan aliran mainstream tsbt ke seluruh negara. akibatnya beribu2 kitab di bakar, pengajian2 ditutup, ulama’ diancam, ditangkap bersama2 ramai rakyat.
Rakyat pada mulanya amat tidak bersetuju tetapi hasil dari perubahan ‘silibus’ secara total selama bertahun2 maka rakyat mula menerima. Tidak lama kemudian sekumpulan ulama Acheh dari Makkah datang mengadap Sultan dan meminta berdebat dgn Raniri menyebabkan beliau ‘tersedar dari tanggapan salah’ yang mengakibatkan beliau belayar pulang ke makkah.
Imam al-Ghazali RA suatu masa dulu adalah seorang ‘professor di raja’ di Nizam alMulk Baghdad adalah yg ilmunya tiada tandingan. Perdebatan dan hujjah beliau mengatasi semua golongan Al-Ra’yu (Golongan Filosofi/Akal) dan ulama’ aliran Sufi..
Tetapi pd kemuncak karier beliau timbul ‘krisis kepercayaa/atau krisis ilmu’ dimana beliau merasakan bahawa segala ilmu yg beliau kuasai selama ini belum menjamin beliau bebas dari siksaan kubur/neraka sehinggalah beliau meninggalkan semua jawatan dan berkelana dan menganalisis semula ilmu-ilmu tersebut dgn amalan2 kesufian.
Beliau mengatakan bahawa ilmu Sufi mampu menyelamatkan manusia dari siksaan Allah. Beliau dikatakan berjaya mengintegrasikan dgn baik/sistematik ilmu usuluddin,fiqh dan tasauf yg bukan shj mampu membangunkan spiritual malah dalam sains & teknologi serta pentadbiran. Karya beliau menjadi panduan selama lbh 700 tahun dan mempengaruhi pengajaran islam di pondok2 di Nusantara sebelum tahun 1970an.
Pada masa kini kitab2 ‘tua’ di pondok2 yg melahirkan ramai ulama tersohor spt To’ kenali. To’ selehong. tokku Paloh dll dikatakan ‘tidak sesuai’ (walhal mereka mengaji lama di Makkah dan menjadi ulama’ di sana). Hadith2 di dalamya dikatakan banyak yg hadith dhaif dan kata2 ulama’..
Ulama2 “kaum Tua’ adalah juga pendokong pelbagai2 thoriqah..Apabila rakyat Melayu Islam beramai2 memasuki sekolah2 Melayu /Inggeris pada awal tahun 1970 an pengajaran agama adalah dlm bentuk baru, ringkas dan mudah. Kitab2 ‘ulama tua’ dipinggirkan. Ini mengakibatkan aliran fiqh suffiah mulai lenyap dan dlm pada yg sama aliran kesufian dianggap ‘asing’ dan ketinggalan zaman
Sejurus slps merdeka…kebanyakan golongan parti Islam (PAS) memperjuangkan kebebasan mutlak (bebas dari kuffar & pemerintahan sekular) menentang pemerintah baru yg lebih Pro-British..
Kebanyakan golongan ini mengambil idealisma Ikhwanul Muslimin pimpinan Asyahid Hassan Al Banna dan Syed Qutb yg percaya ‘pembebasan dari unsur Syriq’ adalah satu cara paling tepat, cepat dan benar menentang pemerintah Pro-British sekular di Mesir. Mereka berpendapat ulama’ Al-azhar yg mengamal sistem ‘ulama tua’ tidak dapat menimbulkan semangat jihad yg tinggi.
Secara tak langsung ‘peminat2 Islam’ meninggalkan amalan ‘Golongan Tua’ dan secara tidak langsung Toriqah sufi mula lenyap dari ‘mainstream’..Penuntut2 yg pulang dari Timur Tengah tidak lagi menekan aliran Tasauf (kerana di al-Azhar juga semakin lemah)..Syilibus baru yg diimplemen di sana lebih menekankan pengkhususan ilmu (spt Usuluddin, hadith) dan tidak lagi menyeluruh dan mengambil masa yg lama. Kerajaan dan sekolah2 agam tidak lagi membiayai penghantaran utuk pengajian agama yg lama spt di maahad2 di luar negara.
Pada masa kini ‘aliran kesufian’ dianggap ‘asing’ di Malaysia dan pengikut/peminat2nya tidak lagi di kalangan ulama’ mainstream. Ada pensyarah2 Fakulti di universiti Tempatan yg ‘menyesat’kan Al-Ghazali kerana banyak menggunakan hadith dhaif dan kata2 ulama.
Ulama2 terkenal spt Ibnu Sina mula dikenali dikategori sebagai Pakar Perubatan (bapa kedoktoran) walhal belaiu dikatakan pakar hadith menghafal beribu2 hadith dan pencapaian serta kitab beliau tentang kerohanian dan tenaga lama amat terkenal suatu masa dulu. Kitab beliau banyak yg telah musnah bersama2 kemusnahan kepercayaan masyarakat kpd aliran spiritual.
Ilmu spiritual juga mengalami ‘evolusi’ dan pengajarannya juga mengikut kesesuaian zaman. Tabi’ tabiin menjadi menjadi pengasas agar ianya menjadi berstruktur dan kemudiannya diperkuat oleh Syeikh Abd Qadir Jilani dan lain..kemudian dimurnikan lagi oleh Al-Ghazali.
Pada ketika mana ilmu kesufian ditinggalkan oleh umat Islam..fahaman dan karya2 al-Ghazali, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd dikaji oleh saintis Barat untuk memahami tenaga, ikatan nuklear, keseimbangan dan kekuatan..
Hasilnya kita ketinggalan dlm aspek :
1. Sains dan teknolgi
2. Pengeksploitasi minda
3. Perpaduan
Jadilah masyarakat kita lalai, takut, tidak kreatif dan ikut telunjuk shj..Apa masalah yg kita hadapi dalam semua aspek kehidupan seperti pendidikan, sains dan teknologi, pemerintahan dan ekonomi adalah berpunca dari ‘ketakutan’ kpd kekuatan spiritual/minda/akal yg gunung-ganang, malaikat sendiri kagum.
hampir semua pencipta hebat di Barat semuanya percaya spiritual/minda yg kuat punca kreativiti dan kemajuan.