Islam dimaksudkan SELAMAT ? Apa yang SELAMAT ? QALBU (hati) Qalbu macamana yang selamat ni..yang di dalamnya tidak diletakkan BENDA lain..camney tok x faham?

Hati ibarat cermin..makin lama tak digilap lama2 jadi debu..jadi berlumut…jadi berkarat..jd keras..jadi batu…sampai tak nampak lagi diripun yg kacak gilak…camya lah ulama polah perumpamaan..Apabila kita melupai Allah dalam setiap gerak dan diam….

Penggilapnya bukan sabun yg paling mahal….bukan berus tembaga….kerna di hati itulah tempat yang suci/ftirah asal..

Camney Allah mok letakkan segala ilmu dan hikmahNya mun bukan di tempat yang suci..seperti cermin yang bersih yang dapat memantulkan segala keindahanNya..kesucianNya..kebesaranNya…keagunganNya…

Camtoklah senang ceritakan, HATI tok adalah tempat menerima semua isyarat..Apabila masuk sesuatu melalui mata (apa-apa yang kita pandang) terus masuk ke hati dan terima..apabila masuk melalui telinga, nya terima..masuk melalui sentuhan tangan nya terima..masuk melalui sebutan nya terima..masuk dengan menghidu nya terima….Aiih camney tok sik faham lah…

Baiklah..kita boleh cium bau apa? Dalam banyak bau..bau apa kita boleh cium..Siapa disitok yang pernah cium bau…semua orang penah mencuim segala bau nak ?

Apa yang kita boleh cium apa ? Dua benda je..busuk dengan wangi…kita tidak boleh cium lebih daripada dua bauan ni..faham tak?

Mun bau segek busuk dan segek gik wangi..Maka, busuk dan wangi tok mok cerita apa ? selama kita ada hati ? cuba kita madah…busuk yang kita membau..wangi yang kita membau…mok cerita apa ?

Mun wangi mok cerita apa? mun busuk mok cerita apa? Walhal tentang iman kita kepada Allah sebab kita tidak boleh lari daripada dua bauan ni…

Bagaimana pula dengan penglihatan pula..kita boleh tengok apa ? Kita tengok dua benda juga..kita jangan merepak banyak2..gitau dua dah..satu tengok rupa satu tengok bentuk..bukan ada lebih daripada ini..

Selama kita duk tengok rupa dan selama duk tengok bentuk hati kita terhadap tuhan tu macamana ? Islam bukan yang kita duk sangka-sangka yang kita duk angan-angan..bukan lah..Islam hati yang selamat memandang dan terus mengingati Allah atas apa yang orang tu pandang…atas apa dia dengar atas apa yang dia sentuh..dia terus kembali kepada Allah dengan menyebut La Ila Ha Illah..tu sebutan..

Allah berfirman:

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Daripada Aku kamu datang…Kamu tu nak faham macamana ? kita saja ke ? saya nak tanya…wangi ni mai dari mana..wangi ni mai dari minyak wangi ke mai dari Innaillah…wangi ni p ke mana..wangi ni balik hilang cam tu ka..dia p kepada إِلَيْهِ رَاجِعون

Apa yang kita faham tentang wangi ? busuk ni mai dari mana pula? Dia mai dari Innaillah dia balik ke mana ? balik kepada إِلَيْهِ رَاجِعون ..

Kita terima wangi…kita terima busuk..kita boleh faham..yang satu ni indah..yang satu ni kelam kabut..kita boleh jaga diri atas wangi dan busuk. Kita boleh letak diri kita jadi hamba atas wangi dan busuk..tetapi seandainya kita beriman..wangi pun tak de makna..busuk pun tiada makna..selagi kita tidak melihat bahawa itu adalah tanda Allah memperkenalkan diri Dia kat kita..tiada nilai wangi busuk..So nak buat apa?

Maka, kalau kita boleh tahu ni lah tanda Tuhan ingat kat kita..wangi pun bermakna busuk pun bermakna..bila bau wangi kembali kepada tuhan..kerana apa? Memilih yang elok untuk kita..kalau busuk kembali kepada Tuhan mengenang diri kita rupa-rupanya bukannya bagus sangat..
Tapi kalau ini tak faham..wangi dan busuk bukan ada nilai..nampak je macam reti…rupanya tak reti apa..kalau begitu sama tak lembu bau wangi dan lembu bau busuk..apa ada dekat dia..cuba bagitau..

Sama juga lah lembu tengok siang tak reti apa…kita pun tengok siang tak reti apa juga..lembu tengok malam tak tau apa..kita tengok malam tak tahu apa juga..sama tak kita dengan lembu..bukan ada nilai apa pun sama macam lembu bukan reti beza apa pun…tetapi kalau boleh bau wangi terus ingat kat tuhan SUBHANALLAH..Maha Suci Allah Ya Tuhan…

Dapat bau busuk SUBHANALLAH..Maha Suci Engkau Tuhan..mengeluarkan wangi dan busuk tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak…mengetahui wangi ni multaq datang daripada Allah..mengetahui busuk mutlaq datang daripada Allah..

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.