Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang. Melalui persekitaran makro tersebut, analisa dilakukan kepada sebuah syarikat pilihan untuk melihat kesan persekitaran makro kepada organisasinya. Selain itu penambahbaikan diberi sebagai cadangan kepada perniagaan sedia ada.

1.0       Pengenalan

Usahawan abad ke-21 dianggap wira perusahaan bebas. Ramai daripada mereka telah menggunakan ini sebagai inovasi dan kreativiti untuk membina sebuah perusahaan berjuta-juta dolar daripada perniagaan baru ditubuhkan.  Keusahawanan adalah proses  dinamik dimana kita mampu mewujudkan kekayaan tambahan. Fungsi usahawan adalah untuk mereformasi atau merevolusikan corak pegeluaran oleh mengeksploitasi ciptaan atau, secara umum, kemungkinan teknologi belum dicuba untuk menghasilkan komoditi baru atau menghasilkan sesuatu yang lama dengan cara yang baru. Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal. Ia terbahagi kepada 4 unsur iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik dan perundangan.

Tugasan pada kali ini memerlukan saya menganalisis sebuah syarikat besar bagi memahami persekitaran makro di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Syarikat pilihan saya adalah Bukit Merah Arowana Holding Berhad. Ia diusahakan oleh Encik Law Cheng Kiat, yang berusia 64 tahun. Beliau telah membuka sebuah kolam ternakan ikan arowana yang besar sejak 20 tahun lalu. Dengan jumlah pekerja seramai 70 orang yang menjaga premis tersebut membantu beliau bagi menjalankan operasi pemantauan setiap hari. Beliau memelihara ikan ternakan yang bernilai tinggi dari jenis  Golden, Highback, Super Red dan  Bluebase. Harga ikan arowana yang paling mahal adalah Super Red berharga 400USD (RM 1308.40) seekor manakala kesemua yang lain berharga 200USD(RM 654.40) seekor. Hasil ternakannya kini di eksport ke China, Hongkong, Vietnam, Thailand dan Jepun.

2.0       Elemen persekitaran makro.

Persekitaran makro diwakili dengan 4 faktor iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi serta politik dan perundangan.

2.1       Sosio-budaya.

Elemen persekitaran makro yang pertama ialah sosio-budaya. Persekitaran ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat.

Destinasi eksport ikan arowana mendapat permintaan tinggi dari China, Hongkong, Vietnam, Thailand dan Jepun kerana populasi masyarakat disana majoriti berbangsa cina dan beragama Budha. Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa-bangsa yang lain, ikan Arowana adalah  simbol kepada tuah, keuntungan, kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Ia mampu membawa kesihatan, kegembiraan dan tuah selain mengusir semangat jahat.

2.2       Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan mana-mana perniagaan yang baru diteroka. Persekitaran ekonomi makro merangkumi jumlah semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan, diedarkan, dijual dan digunakan. Usahawan perlu analisis persekitaran ini di peringkat global, nasional dan tempatan di mana mereka mengendalikan perniagaan. Usahawan bergabung dengan pemegang saham untuk memantau, ramalan, menilai dan keadaan ekonomi makro tidak memberi kesan atau usaha baru.

Industri penternakan ikan arowana ini  berpotensi memberi pulangan keuntungan lumayan kepada  pelabur, maka banyak syarikat telah menceburkan untuk membuat pelaburan sama ada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan. Bagi Bukit Merah Arowana Holding Berhad, keluasan kawasan yang mencecah 200 hektar (500 ekar) itu sewajarnya dimanfaatkan sebagai kawasan pertumbuhan industri ternakan ikan arowana. Maka di bawah bajet Negara pada tahun 2014, Datuk Najib Tun Razak telah memberi keutamaan mengenai komoditi yang juga merupakan salah sebuah sektor pertanian yang menjadi pemangkin negara.

2.3  Teknologi.

Cabang ilmu tidak memperkatakan seni industri , sains gunaan, kejuruteraan, proses, Rekacipta atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan pengimbasan dan pemantauan dari masa asas menyelidik melalui pembangunan produk dan pengkomersilan. Teknologi perubahan mengambil masa dua bentuk iaitu rekacipta tulen dan inovasi bagi proses.


Rekacipta tulen merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru adalah berbeza drpd melakukan teknologi atau produk yang sedia ada. Atas sebab ini, rekacipta biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai pesaing di peringkat awal dan selalunya monopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang di lakukan ciptaan. Tetapi terdapat kelemahan dengan ciptaan kerana tidak ada pasaran di peringkat awal. Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran baru dan peluang untuk perniagaan. Sebagai contoh penggunaan alat-alat pengukuran  digunapakai dalam memelihara dan memulihara ikan arowana supaya mendapat kualiti air yang tepat diperlukan bagi pembiakbakaan ikan arowana adalah dengan mengekalkan suhu air, 29 hingga 31 darjah Celcius, pH air pada kadar 6.5-8.5, Oksigen terlarut 5ppm, tahap kealkalian 60-100 ppm, CaCO3 kadar kejernihan air, 100ppm bacaan ketebalan dinding 30 sentimeter serta kadar larutan Ammonia ialah 1ppm.


Manakala inovasi bagi proses merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, produk formulasi  dan pembuatan, bahan dan pengedaran. Ini akan menjadi dibincangkan secara terperinci lanjut dalam bahagian mengenai pengenalan peluang.Walaubagaimanapun, ia adalah satu kelebihan yang besar dan peluang jika usahawan tahu maklumat ini. Tidak hanya bergantung kepada iklim semulajadi, usahawan juga perlu bijak dalam membuat iklim tiruan bagi menyesuaikan ikan dalam keadaan sekeliling. Sebagai contoh pengeraman secara In-Vitro digunakan bagi menjamin peratusan hidup anak-anak ikan arowana.Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan dengan pemantauan yang ketat dan sukatan air yang tepat.

2.4       Politik dan Perundangan.

Elemen terakhir dalam persekitaran makro adalah politik dan perundangan. Segmen politik dan perundangan persekitaran makro adalah arena kumpulan kepentingan yang berbeza bersaing untuk perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana usahawan menjalankan kuasa politik mereka. Untuk tahap besar, usahawan perlu mengambil diberi nama unsur politik dan perundangan  usaha baru. Mereka perlu mematuhi dan mematuhi dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di mana perniagaan beroperasi.

Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan di antara satu negara dan lain. Usahawan-usahawan isu-isu global harus sedar halangan perdagangan, cukai, tarif dan risiko politik, serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Mereka menghalang aliran bebas sumber dari negara lain sebagai perlindungan bagi industri negara rumah itu.

Sebagai contoh keluhan Encik Law, pengusaha ikan arowana Bukit Merah ini mengatakan terdapat masalah dalam pemasarannya ke Amerika Syarikat.  Hal ini kerana, kerajaan negara itu mempunyai undang-undang yang agak ketat terhadap pengimportan haiwan-haiwan yang semakin pupus. Beliau berharap dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat memandangkan permintaan terhadap ikan hiasan ini lebih luas, tambahan pula negara kita merupakan satu-satunya pengeluar ikan hiasan `Asian arowana’ yang utama di rantau ini

Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah CITES.

Secara umumnya, politik kestabilan negara di mana perniagaan beroperasi menyediakan peluang untuk usahawan untuk memulakan usaha baru atau mengembangkan perniagaan mereka . Mereka kadang-kadang menambah kos pada kerja dari segi kertas kerja, ujian, pemantauan dan pematuhan. Oleh yg demikian, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan teliti untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada.

Seperti kehendak Akta Syarikat 1965 adalah, hanya syarikat awam (berhad) sahaja yang dibenarkan menganjurkan skim kepentingan dan skim tersebut hendaklah didaftarkan di SSM serta perlu mamatuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, yang bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam aktiviti-aktiviti skim pelaburan yang ditawarkan.

3.0        Kesan Persekitaran Makro Kepada Organisasi

Kesan persekitaran makro merupakan kesan yang berlaku selepas pengenalan elemen-elemen tersebut dalam bidang perniagaan. Usahawan yang mengeksport hasil produk dan perkhidmatan harus menghadapi dan  bersemuka cabaran-cabaran ini.

3.1       Kesan: sosio-budaya.

Kesan elemen persekitaran makro yang pertama adalah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku.

Projek pembiak bakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.

Hal ini adalah untuk menarik pelabur bagi mengembangkan lagi tapak, pasaran dan penjenamaan negara Malaysia sebagai sebuah pengeksport utama ikan arowana di rantau Asia. Selain itu, syarikat Encik Law ini turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka serta nama Bukit Merah sebagai lubuk emas yang mampu memberi hasil pulangan yang tinggi hanya dengan mengeksploitasi sumber tempatan dan penambahan teknologi.

3.2       Kesan: Ekonomi.

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke dua ialah ekonomi di mana persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat.

Dalam sektor penternakan ikan arowana ini dalam tempoh lima bulan sahaja terlibat dalam perdagangan induk,  Encik Law mampu menjana pendapatan lumayan. Dia membuka kolam ternakan dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk melabur, dan pada masa sama masih menjual induk ikan. Kata Encik Law lagi, hasil anak ikan  dipawah 50 peratus untuk syarikat dan 50 peratus lagi untuk pelabur. Ketika ini beliau  menguruskan kolam yang bernilai RM4 juta.

Industri ikan perhiasan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 43 peratus sejak tahun 2000-an, mencecah RM783 juta pada tahun 2010 dan dijangka mencapai RM1 bilion pada tahun 2015 dengan Arowana membolot RM250 juta daripada jumlah keseluruhan. Masa depan industri ikan arowana sangat memberangsangkan oleh sebab permintaan dunia terhadap Arowana dijangka meningkat pada kadar 2.5 hingga 4 peratus setahun.

3.3       Kesan: Teknologi.

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke-3  ialah teknologi. Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada usahawan atau syarikat.

Sebelum ini secara semula jadi, ikan arowana membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.  Namun melalui kaedah In-Vitro atau pembiakbakaan yang dilakukan dengan teknologi terkini membantu peningkatan kadar persenyawaan anak-anak ikan arowana di bawah pemantauan kajian dan pembangunan (R&D). Maka perancangan teliti melibatkan ilmu-ilmu teknologi perlu dilakukan sebelum proses ternakan terdapat beberapa faktor yang perlu dititik beratkan seperti pemilihan tapak, pengapuran, pembajaan, pengeraman, pembiakan, dan akhir sekali pemantauan

Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah celcius dengan memasang pemanas elektrik. Melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eraman semula jadi. Manakala untuk tujuan pembiakan, induk arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu kemudian disusuli proses pembiakan melalui larva atau telur ikan. Ia dirawat dan dieramkan sehingga menjadi matang. Pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

3.4       Kesan: Politik dan undang-undang.

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan termasuklah undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai.   Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain.

Persaingan adalah sengit dari segi eksport antara Malaysia, Singapura dan Indonesia.  Hal ini kerana masih ramai penternak tempatan gagal memenuhi syarat Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies terancam (CITES) walaupun ia membuka peluang pasaran antarabangsa yang luas dan kita perlu bertindak segera bagi menguasai pasaran arowana global.Di peringkat dunia permintaan terhadap ikan hiasan mencecah nilai AS$7 bilion (RM26.6 bilion) setiap tahun dan Amerika Syarikat merupakan pasaran yang terbesar namun menghadapi halangan perdagangan dari pihat CITES, Bukit Merah Arowana Holding Berhad  berharap dapat mengeksport kira-kira 25 peratus daripada pengeluaran ikan arowananya ke negara itu.

Melalui kerjasama antara Jabatan Perikanan dengan perkhidmatan kargo Malaysia Airlines telah memudahkan ikan perhiasan dieksport dari Lapangan Terbang Antarabangsa. Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di KLIA bertanggungjawab mengeluarkan sijil kesihatan ikan, sijil asal usul dan permit lain yang dikehendaki untuk mengimport dan mengeksport ikan. Sebelum ini sebahagian besar eksport ikan perhiasan dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

4.0       Cadangan Pengurusan Elemen Persekitaran Makro

4.1       Cadangan: Ekonomi

Cadangan pertama untuk menguruskan elemen persekitaran Makro dalam sesebuah organisasi adalah  aspek ekonomi. Sebagai contoh pemasaran melalui e-talian dapat mempercepatkan proses penjualan. Perkhidmatan eksport diperbaiki dari sudut pembungkusan dan perkhidmatan penghantaran agar lebih cepat dan selamat. Kaedah ini mampu mengurangkan risiko kematian ikan arowana semasa dalam proses penghantaran. Isu-isu berkaitan penambahbaikan dalam elemen makro mampu meningkatakan permintaan eksport arowana ke luar negara seterusnya meningkatkan kadar ekonomi negara. Bagi menjamin mutu penghasilan baka ikan-ikan perhiasan yang bermutu tinggi bagi pasaran eksportnya,  peranan komited harus diberikan seperti dengan memperuntukkan 10 peratus daripada keuntungan syarikat setiap tahun untuk menjalankan usaha Pembangunan dan Penyelidikan (R&D).

Selain itu promosi aqua fair  seperti job fair boleh diadakan bagi memperkenalkan ikan-ikan arowana atau ikan air tawar yang lain kepada seluruh Negara. Pembabitan negara-negara sekitar dalam kerjasama memperkenalkan ikan arowana mampu meningkatkan kepopularannya malah meluaskan lagi pemasaran.

4.2 Cadangan: Teknologi

Cadangan ke dua untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih konsisten dan efisen. Organisasi atau syarikat juga perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia. Ia bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran.

Bagi meningkatkan kualiti ikan arowana, cadangan aktiviti penyelidikan dalam bidang bioteknologi molekul dan penentuan foligenetik ikan air tawar. Dalam bidang bioteknologi enzim, penyelidikan boleh ditumpukan untuk menyaring mikro organisma yang boleh berupaya mereputkan komponen-komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan. Dalam bidang pembiakan ikan pula, pencarian kaedah pembiakan terkini serta menghasilkan induk, benih dan baka berkualiti seperti kacukan dan saiz produk. Selain itu program pemilihan genetik ikan juga penting untuk menambah produktiviti ternakan ikan. (Jabatan Perikanan, 2008)

4.3 Cadangan: Sosial dan budaya

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi ialah aspek sosial budaya iaitu demografi dan kebudayaanKotler et al, (2008) mengatakan  bahawa demografi berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi, lokasi geografi , dan pengagihan pendapatan penduduk (Mily, 2011). Manakala arah aliran sosial pula berkaitan dengan mod dan cara kehidupan seseorang, kelas sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara. Usahawan perlu bijak memantau perubahan gaya hidup, citarasa dan pilihan rakyat untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

Dalam mencari keuntungan, usahawan juga mempunyai tanggung jawab besar  terhadap penjagaan alam sekitar. Ia juga menyimpan inventori spesies ikan di perairan darat Malaysia dan memulihara biodiversiti hidupan air. Dalam membesarkan saiz perniagaan, usahawan juga harus memberi kembali jasa kepada penduduk sekitar dengan membuka sektor pekerjaan, memberi bantuan, penyediaan prasarana kepada masyarakat setempat. Dari sudut perniagaan pula, promosi boleh dilakukan dengan tidak hanya kepada konsep kepercayaan pembeli tetapi juga sebagai taraf social juga. Ikan arowana dengan harga yang mahal member nilai kekayaan kepada pembelinya.

4.4 Cadangan: Politik dan undang-undang.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Ruang isu-isu sintesis adalah saling berkaitan. Halangan perdagangan dan tarif dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang didagangkan lakukan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Bukit Merah Arowana Holding Berhad iaitu kesukaran menembusi pasaran ke Amerika Syarikat, mereka boleh membiakkan ikan itu dalam jumlah yang besar, membuka peluang pelaburan kepada rakyat Amerika seterusnya menghapuskan persepsi lama bahawa ikan arowana adalah ikan yang diancam kepupusan. Meyakinkan mereka bahawa proses pembiakbakaan merupakan teknologi terkini yang mampu meningkatkan populasi ikan arowana di dunia. 

5.0         Kesimpulan

Berdasarkan kajian analisa terhadap proses perniagaan terhadap Bukit Merah Arowana Holding Berhad dapatlah disimpukan bahawa persekitaran makro mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat. Persekitaran makro terdiri 4 buah aspek iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik dan perundangan. Sosio-budaya memngetengahkan isu demografi penduduk dan aliran sosialnya. Manakala ekonomi menunjukkan kadar ekonomi semasa, kesan kepada pengenalan elemen makro. Teknologi pula ditentukan dengan tahap kreativitian dan inovasi sesebuah teknologi dalam peralatan dan proses penternakan. Politik dan perundangan mengetengahkan isu-isu seperti halangan perundangan, risiko politik, perjanjian perdagangan, cukai dan peraturan yang kesemuanya bukanlah memberi keuntungan malah menyukarkan proses perdagangan.

Namun melalui cadangan pengurusan elemen persekitaran makro yang telah diberikan sedikit sebanyak mungkin dapat meningkatkan dan menambahbaikkan mutu pemasaran yang sedia ada. Ekonomi misalnya tidak harus tertumpu kepada proses ternakan saja, namun boleh ditingkatkan melalui pengiklanan dan pemasaran. Manakala teknologi pula perlu menghalusi setiap aspek pemproses dengan membuat lebih banyak R&D. Sosio-budaya pula harus peka dalam isu alam sekitar serta masyarakat setempat. Aspek terakhir dalam elemen persekitaran makro pula adalah politik dan perundangan. Halangan yang diterima boleh diubah dengan usaha yang lebih gigih serta pematuhan syarat dengan tepat. Dengan kombinasi ke empat-empat elemen pasti dapat menghasilkan kejayaan kepada seseorang usahawan.

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:XKASCGFF},{5090062:PXUUNSS6}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.