Dr Azizul Azli

Petang semalam kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.

Ada keletihan ketara diwajahnya.

Paling penting adalah pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.

Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.

Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran ‘bersedia’.

Apa maksudnya?

Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.

Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.

Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong. Wabak penyakit ini sangat memberi kesan kepada wabak ekonomi dunia.

Kita sedang tak ada duit.

Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.

Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.

Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

Apa yang saya nak sampaikan,

Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.

Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.

Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.

Bersedia, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.

Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.

Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.

Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincangan keluarga.

Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.

Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Catatan :

Dr,Azizul Azli Ahmad

Seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah. Seringkali diundang mengendalikan seminar mengenai hartanah kepada masyarakat awam dan pelajar universiti.

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:GMD5398K}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.