Carian di google untuk mendapat jawapan bg persoalan kenapa pilih belajar di OUM atau lebih dikenali sebagai Open University Malaysia yg ada di seluruh negara bagi yang bekerjaya. Kerja sambil menambah ilmu...belajar sepanjang hayat..Ikuti jawapan bersama Safiek Mokhlis (2020) berkongsi pengalaman belajar di Open University Malaysia.
Pengalaman yang saya lalui sepanjang bergelar pelajar OUM. Alhamdulillah saya telahpun bergraduat pada tahun 2017 dengan ijazah Sarjana Pendidkan (MEd). Di sini saya akan fokuskan kepada empat perkara berikut seringkas yang mungkin: jangka masa pengajian, tutorial, tugasan dan peperiksaan akhir. Banyak faktor lain, tetapi empat perkara ini merupakan faktor utama yang akan menentukan pencapaian keseluruhan.
Firstly, jangka masa pengajian, yuran dan beban kredit. Satu kelebihan OUM ialah penawaran yang fleksibel khusus untuk pelajar bekerjaya. Oleh kerana saya mengambil MEd berteraskan semangat pembelajaran sepanjang hayat, maka saya tidak menetapkan tempoh masa untuk menamatkan pengajian. Berdasarkan skema pengajian MEd, pelajar perlu mengambil 3 kursus setiap semester.
Sebaliknya saya hanya mendaftar 2 kursus sahaja setiap semester, kecuali di semester akhir saya mendaftar 3 kursus. Beban kredit yang lebih rendah bukan sahaja meringankan beban yuran tetapi juga lebih tumpuan boleh diberikan untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan mengulang kaji untuk peperiksaan akhir. Walau bagaimanapun, tempoh pengajian akan menjadi lebih panjang (7 semester, berbanding tempoh asal 5 semester) dan perlu mengekalkan motivasi sepanjang pengajian.
Secondly, tutorial. Jangan ponteng tutorial! Yuran yang dikenakan bukannya murah jadi gunakanlah sebaiknya untuk memaksimumkan pengalaman pembelajaran di OUM. Sangat penting untuk membaca terlebih dahulu modul atau buku sebelum menghadiri tutorial. Jika ada yang tidak jelas, catatkan dan boleh bertanya ketika tutorial.
Third, penyediaan tugasan. Markah tugasan setiap kursus yang mempunyai peperiksaan akhir adalah sebanyak 60%. Untuk mendapat gred yang cemerlang, perlu dapatkan markah tugasan sekurang-kurangnya 50%. Lebih selesa jika markah tugasan dapat melepasi 55%. Contohnya, jika mendapat markah tugasan 55%, bermakna hanya memerlukan markah sekurang-kurangnya 25/40 atau 62.5% (B) dalam peperiksaan akhir.
Untuk mendapat gred yang cemerlang, berikan tumpuan sepenuhnya untuk menyediakan hasil tugasan yang berkualiti. Mulakan lebih awal dan jangan tunggu saat akhir supaya ada masa yang mencukupi untuk membuat penambahbaikan secara berterusan (dengan kata lain, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah ditulis).
Safiek Mokhlis (2020).
Fahami kehendak soalan tugasan dengan betul dan ikuti rubrik yang telah disediakan. Jangan hanya bergantung kepada modul semata-mata sebaliknya pelbagaikan bahan-bahan rujukan terutamanya artikel jurnal yang melaporkan dapatan kajian-kajian terkini. Gunakan sepenuhnya kemudahan pangkalan data perpustakaan OUM untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan. Kuasai kemahiran penulisan laporan mengikut format APA.
Fourth, persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir. Peringkat pertama, saya akan membaca keseluruhan modul untuk mendapatkan “feel” dan gambaran menyeluruh. Kedua, saya akan baca sekali lagi dan mencatatkan nota. Ketiga, saya membaca nota yang telah ditulis dan jika tidak jelas saya merujuk kembali kepada modul. Keempat, saya fokuskan pembacaan bahagian-bahagian yang dirasakan penting dan saya jangka keluar dalam peperiksaan. Ini gaya saya yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri jadi gunakan gaya pembelajaran yang dirasakan bersesuaian dan memberi impak maksimum.
OK finally jadi apa yang saya peroleh sepanjang pengajian MEd di OUM dengan mempraktikkan empat perkara di atas? Saya dapat:
1.Dermasiswa Yayasan Canselor OUM di tahun kedua pengajian dengan syarat perlu kekalkan CGPA 3.8 sepanjang tempoh biasiswa. Jadi saya tidak perlu membayar yuran untuk 3 semester (hanya bayar yuran pemprosesan setiap semester). Dermasiswa ini atas budi bicara OUM dan tidak perlu memohon.
2.Saya berjaya bergraduat dengan CGPA 4.00.
3.Pass with Distinction (Lulus Cemerlang) dicatatkan dalam skrol ijazah dan transkrip. Nilai tambah untuk Resume.
4.University Book Prize berupa cek bernilai RM750. Rezeki untuk anak-anak.
5.Kepuasan. Bukan mudah untuk belajar dan pada masa yang sama memenuhi komitmen keluarga dan tuntutan kerjaya. Semoga menjadi contoh terbaik untuk anak-anak.
Sumber :
[zotpress items=”{5090062:BKAP9WK8}” style=”apa”]
Tahniah tuan.. Inspired.. Sy skrg sem 2 dalam MPM, OUM.. Doakan kami semua.
Tuan kalau gagal math boleh sambung ke?
bo9leh saya tuan nk sambung tidak menjadi halangan
Hi nk tnya..umur 19 boleh tak ambil degree pengajian islam kat OUM sbb sya lepasan stam
boleh je buat permohonan di OUM yg berdekatan
kalau ada STAM baik pergi MEDIU dik
Laku ke sijil oum ni..naya ohh kalau tak laku yuran mahal pulak tu?
Mcm mn saya nak dapatkan pengetahuan mengenai OUM
boleh hubungi atau pergi ke OUM yang terdekat di kawasan kita byk cawangan
Salam tuan…saya berniat sambung belajar di OUM course BMMG tapi saya berkerja shift..4 hari kerja 2 hari cuti.:.weekend jarang dapat cuti…adakah nie boleh jadi halangan utk saya join class online @ Tutorials..mohon bagi pandangan tuan..terima kasih
Wslam..boleh je tade masalah yang penting boleh uruskan masa dengan baik dan teratur dengan masa kerja saja. Boleh saja puan sambung di oum yang berdekatan
sy 19 thn. oum ni terbuka utk siapa2 shj kan? skrg oum buat pembelajaran secara online ke? dari google meet atau apa2? atau kene pergi ke oum juga?
ya boleh asal ada spm atau stpm atau diploma, blh buat permohonan ke http://www.oum.edu.my, stakat ni memang online ada e-learning web dia nanti
Terima kasih atas posting dan tips..saya baru masuk belajar di oum tidak pernah masuk mana2 pengajian setelah habis spm..jadi ketika sem pertama ini saya sangat terkejut dgn tugasan2 yg perlu buat..3 course saya ambil.. jadi bila nak sampai deadline assignment saya jadi kelam kabut nak buat tambahan assignment yg perlu buat essay..jadi jika saya fail sem pertama ni boleh sambung lg atau k3na start dari awal?
kena ulang subjek yang gagal
untuk diploma ada utk part time ke ?
mmg part time je kt OUM ni
Exam dan modul dalam Bahasa Melayu atau English?
dwi bahasa
Hii nk tnya..klu lepasan stam kan umur 19 sya nk smbung OUM boleh tak..
blh buat permohonan dengan segera
Alhamdulillah..tahniah dan beruntung la tuan dapat Lulus dengan cemerlang.
Sekarang saya di semester ke-3 ambil jurusan BOSHM ijazah safety. setakat ni dah tempuhi 2 semester ni alhamdulillah saya dah mencapai 3.96 cgpa. agak-agak takde peluang lagi la saya nak dapat cgpa 4.00 ni kan?
Tuan, susah tak degree smbil bekerja?
Belajar sambil bekerja di Open University Malaysia (OUM) memang mencabar, tetapi sangat berbaloi! OUM direka khas untuk pelajar yang sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga. Mereka menawarkan pembelajaran fleksibel melalui platform dalam talian, jadi anda boleh menguruskan masa belajar mengikut kesesuaian jadual anda. Anda juga tidak perlu bimbang tentang kos yang tinggi, kerana OUM menyediakan pelbagai bantuan seperti biasiswa Yayasan Canselor yang membolehkan pelajar berjaya seperti Safiek Mokhlis, yang menerima biasiswa kerana mengekalkan CGPA yang tinggi.
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang cabarannya, ramai pelajar OUM berkongsi bahawa kuncinya adalah disiplin dan perancangan yang baik. Anda boleh mulakan tugasan awal dan gunakan sepenuhnya kemudahan OUM seperti perpustakaan digital untuk bahan rujukan terkini. Walaupun mencabar, OUM memastikan anda mendapat pengalaman pembelajaran berkualiti yang diiktiraf. Jadi, apa tunggu lagi? Sertai OUM dan ubah masa depan anda hari ini!
Hi , tumpang tanya.Sekiranya berpengalaman kerja dan spm crdit score bagus. Boleh trus sambung degree trus ke ?
untuk lebih jelas mohon tuan pergi OUM yang berdekatan
Peluang pekerjaan bagi course barcelor teaching primary education cerah kah yaa?
stakat ini cerah lagi..
Saya nk bertanya adakah course pengajian islam ini agak sukar utk yg bukan dari latar belakang bekerja atau belajar syariah
insyallah blh diikuti boleh bertanya lecture boleh bincang di forum, gorup2…secara langsung dpt tambah kawan2..telah ramai yg berjaya dgn cemerlang wpun xde basic
Salam Tuan,
Saya nak tanya 1 soalan. Tapi macam lebih kepada meminta pendapat. Saya graduated dalam bidang Tourism & Hospitality (dip & deg dalam bidang sama) Saya sangat berminat untuk menjadi tenaga pengajar. Jadi sekarang ni saya keliru patut ke saya amik PGDT (Postgrad Dip in Teaching) or terus proceed continue Master. Harap tuan boleh beri sedikit pendapat. Terima kasih. Saya sangat hargai.
Salam tuan,
Saya nak mintak pendapat tuan. Saya graduated dalam bidang tourism minor hospitality (both diplome & deg) Saya berminat nak jadi tenaga pengajar. Patut ke saya sambung PGDT (postgrad diploma in teaching) or saya patut pursue Master je? Saya agak buntu nak buat keputusan. Harap tuan boleh bagi sedikit pendapat. Amat saya hargai! Thank you
sambung PGDT (postgrad diploma in teaching) kalu jd pengajar sbb penentuan keprofesionalan sebagai pengajar dlm bidang tu…taraf dia lebih kurang master beza dia lebih nampak profesion perguruan
kalau oum ni gagal 1 matapelajaran masa exam bole graduate? or kena buat exaam semula?
kena ulang…smua kena lulus
salam tuan, nak tanya graduate dgn cgpa 4.00 ni kene maintain pointer 4.00 daripada awal sem ke?
ya standardnya begitu lah, 3.90 ke atas ok dah tu
Salam, Encik.
Saya juga sedang belajar di OUM dan nak bertanya mengenai Dermasiswa Yayasan OUM tu. Alhamdulillah dapat kekal result yg cemerlang untuk tahun pertama. Jadi, adakah sememangnya dermasiswa tersebut akan dapat secara automatik tanpa perlu membuat apa2 permohonan?
wsalam
terima kasih melawat. kena sll alert dgn maklumat dari OUM dan kekalkan prestasi. lazimnya permohonan perlu dibuat apabila buka nanti.
memang ok sgt OUM ni ramai rakan sy grad n dpt naik pangkat..