Amalan sedekah muallaf di Kuching untuk pembangunan Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (Perkach) turut membantu dalam kemajuan Ilmu dan pembangunan Islam di Kuching khasnya dan di Sarawak pada umumnya.
Tabung Aidul Adha 2020 dilancarkan sebagai dana menggemilangkan aktiviti Ibadah Qurban 2020 untuk dimanfaatkan dengan sasaran golongan MUALLAF yang miskin di Kuching dalam meningkatkan Syiar Islam.
Saudaraku…Saudara kita…Muallaf bertabahlah bahawa PERKACH memahami perasaan kalian, setelah masuk Islam anda :
- Diusir oleh kaum keluarga
- Tidak lagi mendapat harta warisan
- Anda diejek dan diuji sangat hebat
Bersabarlah…kerana Allah memuliakan Kalian di Akhirat, Allah memasukkan Kalian dalam Syurga tanpa hisab.
Semoga Allah memuliakan di dunia dan di akhirat. Di dunia Allah selamatkan daripada kemusyrikan dan di akhirat kalian di selamatkan dari api neraka Jahannam.
YA ALLAH…YA RAHMAN YA RAHIM…berkatilah dan rahmatilah mereka2 yang telah membelanjakan sebahagian harta mereka sama ada dengan berwakaf, bersedekah, berzakat dan berinfaq semata-mata keHadratMU Ya ALLAH..serta kepada mereka yang menggunakan titik peluh mereka demi untuk menyuburkan keindahan Islam setiap detik,siang dan malam.. Ya Allah dengan keberkatan segala amalan sedekah ini, musnahkanlah segala malapetaka yang kami tidak tahu, hapuskanlah segala virus atau kuman yang memusnahkan tubuh badan kami Ya Hayyu Ya Qayyum. Ameen ya Razzaq..Ameen ya Mujib..Ameen
Ya Allah hakikatnya mereka ingin menzahirkan berdirinya IMAN yang ada di dalam hati mereka semata2 kepada hadrat MU Ya Rahim….terimalah segala amalan soleh mereka..permudahkanlah kehidupan mereka..jika mereka sakit sembuhkanlah..jadikan mereka adalah zuriat yang terpuji dan zuriat yang sentiasa mengharap keredhaanMU ya Rahim…
Ya rahman Ya Rasulullah…Suburkan dan tambahkan harta2 mereka tanpa henti yang didatangkan dengan tanpa disangka2 dan dijangka dengan suluhan SIFAT ENGKAU YANG MAHA BERSIFAT RAHMAN… AR-RAHIM.. Ya Wahhab ,Ya Razzaq…mudah2kan ganjarannya terus mengalir dengan kekal selama2nya yang akan menjadi cahaya menerangi alam barzakh.
Dari Zaid ibn Arqam berkata: aku bertanya atau mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah pengorbanan ini?
Jawab baginda: Sunnah bapa kamu yakni Nabi Ibrahim as. Mereka bertanya lagi: Apa yang kami dapat daripada berkorban?
Jawab baginda: Bagi setiap bulu (haiwan korban) ada kebaikan Mereka bertanya: Bagi bulu biri-biri?
Nabi menjawab: Bagi setiap bulu biri-biri ada kebaikan. HR Ahmad dan Ibn Majah
Oleh itu, kalau nak tangkap ayam, jangan kejar nanti kita penat dan ayam pun lari. Taburlah beras atau makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang. Begitulah Rezeki,
Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu.
Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang.
Tetapi tanamlah bunga?. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.
Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang,
tetapi kawanan yang lain juga datang :
lebah,
pepatung.
dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.?
Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. ?Ketika kita menginginkan?
Kebahagiaan dan Keberuntungan,
Tanamkan kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran, Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang anugerah langsung dari Tuhan.
KEMPEN SEDEKAH SERINGGIT AIDIL ADHA 2020
Sertai Kempen SEDEKAH SERENDAH RM1.00 bagi menjayakan IBADAH QURBAN MUALLAF di Kuching 1441H/2020.Moga pengorbanan titisan darah yang keluar dari seekor sapi akan menjadi saksi buat kita semua sebagai PEMBELA kepada yang melakukan kebaikan kepada umat Islam dan mengemilangkan syiar Islam.
Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (2019).
Salurkan sumbangan anda demi keindahan Islam sejagat.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PPM-005-13-22032019) atau PERKACH merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Sumbangan boleh dibuat melalui JomDonate atau terus ke PERKACH :
PERKACH memfokuskan program kemasyarakatan dan kebajikan masyarakat asnaf dalam 8 golongan dalam Islam yang memfokuskan kepada golongan muallaf khasnya di Kuching dan Sarawak amnya.
Walau bagaimanapun, PERKACH merupakan salah satu tenaga penggerak aktiviti sosial Islam dalam keilmuan dan pelaksanaan Syiar Islam untuk pembinaan sahsiah dan menyebarkan seruan kebaikan serta kesedaran kepada semua masyarakat untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan.
Jazakallahu Khair..Terima kasih yang menyumbang demi Keagungan,Kebesaran dan Keindahan Islam di Bumi Kenyalang ini.