Sebelum ni saya telah mencatatkan amalan ibu duit siri pertama di http://zeckry.net/2020/05/01/amalan-ibu-duit-siri-pertama/

Hari ini saya akan sambung cerita bagaimana saya mendapat amalan ibu duit yang melalui perjalanan yang sukar dan perit yang memungkinkan menyalahkan qada dan takdir dengan pelbagai persoalan dalam diri kenapa aku susah ? orang lain senang saja rezekinya…apa-apapun ada hikmah disebalik kesabaran yang kita tempuhi…

Baiklah, pengajaran dari kerugian sebanyak itu sudah cukup bagi saya walaupun tidak sehebat rakan-rakan saya di luar sana mengalami kerugian yang lebih teruk dan bergadai golok bahkan hilang arah, disingkir orang, keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya. Semuanya kerana mencari ibu duit !

Pengalaman belajar dari kesilapan dengan terjebak dengan aktiviti tersebut saya terpaksa berkenala hampir setahun dan hasil dari itu telah mengajar saya dan pembukaan kepada mengenal Allah jua..Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih diberi peluang dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

Maka, disini saya telah mengambil kesimpulan itulah ‘permainan dunia dan senda-gurau atau ‘dunia ini adalah ilusi’ bagi mereka yang tidak mengenali dirinya. Sesungguhnya dunia ini kita hadapi dengan bermacam-macam ujian dan pancaroba yang sering kita alami dalam kehidupan dan dapat mengenal taktik-taktik Yahudi menguatkan ekonominya dan menghancurkan ekonomi orang Islam serta meruntuhkan perpaduan sesama orang Islam hanya dengan wang.

Penulis ketika itu mengalami kesusahan dan keperitan dalam kehidupan dengan tekanan hutang, hilang punca pendapatan dan macam-macam lagi. Siapakah kira harus persalahkan adakah kerana qada` dan taqdir walaupun kita berusaha untuk mencari wang kemudian melabur yang akhirnya hancur lebur.

Maka dari peristiwa saya mula berkenala dan memikirkan tentang diri dan alam ini…mengkaji dan mengusulkan diri terperi ini…perasaan keinsafan yang membuak-buak telah timbul…dari mana diri ini datang ke mana akan pergi…dari hari ke hari sehinggakan keadaan makanan dan bekalan terputus kepada siapa lagi harus dipinjamkan wang semuanya telah disingkirkan oleh kawan-kawan yang dulu rapat kini sudah terputus dan jauh. Tambahan pula hidup diperantauan kepada siapa lagi kita harus meminta pertolongan, sebagai orang Islam pastinya dengan doa kepada Allah SWT..seolah-olah sering merintih dan mengeluh dengan usaha kita selama ini yang banyak terkorban dan sia-sia saja.

Masa itu duit yang ada pada saya pun dah semakin hari semakin susut seolah-oleh hilang arah lagi dan fikiran buntu nak berniaga apa lagi..buat itu tak kena..ini tak kena..asyik ‘terkena’ saja !

Keadaan saya ketika itu teramat buntu dah tidak tahu nak buat apa-apa lagi seperti ‘mayat hidup’ terpaksa ‘mengikat perut’ demi menjaga anak bini ketika itu..dulu kami berniaga macam-macam asyik terkena juga dan sering tidak menguntungkan dalam perniagaan yang dijalankan.

Pada tahun 2004 saya pernah juga menjual kayu kokka dan tasbih kokka secara online seketika dulu dengan menggunakan laman web http://atefah.net masa itu…beberapa tahun kemudian timbul fatwa mengatakan ‘kepercayaan kepada khurafat’ dikatakan timbul kepercayaan dalam masyarakat dan demi menjaga akidah umat Islam sejagat.

Sepatutnya masyarakat kita hendaklah kembali kepada pengetahuan ilmu dalam mempercayai benda itu berbanding Allah yang Maha Kuasa kerana saya menganggap kayu kokka itu sebagai perantara sama seperti ubat yang kita makan apabila sakit setelah kita menjumpai doktor. Kemudian perniagaan tersebut dihentikan memandangkan ketika itu sudah banyak saingan di luar dan harga pun semakin susut dan jatuh. Serba tak kena buat itu tak kena ini tak kena ! Pencarian amalan ibu duit diteruskan jua tanpa putus asa…!

Akhirnya, bermulalah saya menenangkan dan mengosongkan diri selalu pergi berkelana di maqam Saidina Hussain dan maqam Sidi Ahmad Dardir di Kaherah..memohon doa kepada Allah SWT dengan berkat cucu Rasulullah SAW atau d Mesir lebih dikenali dengan kalimah ‘Madad Ya Saidina Hussain’ di kalangan masyarakat tempatan.

Setelah hampir seminggu saya berulang-alik mengosongkan diri atau istilah Ghaibul-Ghuyub di makam tersebut. Pada hari ke-7 di waktu pagi selepas subuh kebiasaan saya duduk di maqam Saidina Hussain dari subuh hingga ke waktu maghrib.

So..bagaimana kesudahan mencari amalan ibu duit ? walaupun beberapa ‘petunjuk/hint’ ikuti selanjutnya di bawah :

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

3 thoughts on “Amalan Ibu Duit Siri Kedua”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.