Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the imagify domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rank-math-pro domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rocket domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Faktor yang mempengaruhi kebolehan menguasai kemahiran membaca bahasa Arab — Wacana Zeckry

Dalam membina kemahiran membaca bahasa Arab dalam kalangan pelajar, terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi kebolehan tersebut antaranya:

Guru yang mahir

Guru yang mahir amat membantu pelajar dalam meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam menguasai pembacaan dalam bahasa Arab. Memandangkan petikan-petikan dalam bahasa kebiasaanya tidak terdapat baris. Maka guru berperanan mendedahkan kepada kemahiran untuk menyebut perkataan dengan betul, memberi pengenalan makna perkataan, menambahkan kefahaman makna ayat dan mengeluarkan isi-isi penting.

Pendekatan holistik yang digunakan di sekolah Kementerian Pendidikan sekarang adalah memasukkan baris pada buku teks bagi menarik minat pelajar membaca kerana buku teks cetakan tempatan. Kaedah pembelajaran dahulu kebanyakan buku teks yang digunakan oleh pelajar aliran agama arab adalah menggunakan buku teks terus dari negara arab yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di negara arab seperti Mesir dan Arab Saudi. Maka kemahiran guru dalam membaca dengan betul menjadi ikutan kepada pelajar sewaktu itu.

Penggunaan kamus

Selain daripada bantuan guru, penggunaan kamus adalah sangat penting dalam melahirkan kemahiran membaca bahasa Arab kerana bantuan kamus mendedahkan tentang perkara yang berhubung dengan perkataan dari beberapa sudut seperti menyebut perkataan dengan betul dan mengenali makna perkataan dengan tepat serta mengikut baris yang tepat. Oleh itu, peranan penggunaan kamus dapat membekalkan kepada penggunaan bahasa yang baik. Terdapat beberapa kamus yang boleh digunakan oleh pelajar dalam menguasai bahasa. Antaranya kamus Arab-Arab, kamus dwibahasa iaitu kamus Arab-Melayu dan kamus Arab-lnggeris.

Kamus Arab-Arab dapat membantu pelajar untuk menyebut perkataan dengan betul dan dapat memberi kosa kata yang banyak. Ini kerana setiap perkataan yang dicari akan diterangkan dengan beberapa perkataan yang lain. Dengan banyak melihat kamus seperti ini, kosa kata akan dapat dipertingkatkan. Kamus ini juga menjadi kesukaran kepada pelajar yang baru belajar bahasa Arab kerana memerlukan terjemahan perkataan yang dicari. Kemungkinan mereka tidak dapat memahami perkataan yang menerangkan makna yang dicari kerana tidak memahami perkataan yang menerangkan makna tersebut. Kamus seperti ini banyak membantu mereka yang berada di peringkat sederhana dan tinggi.

Kamus Arab-Melayu pula banyak membantu pelajar di peringkat permulaan bagi mencari makna perkataan yang dikehendakinya. Pelajar dapat mencari makna perkataan yang dicarinya dengan mudah dan tepat. Sebaliknya, menjadi masalah kepada pelajar untuk menyesuaikan makna yang didapatinya itu dengan kehendak makna ayat. Ini tidak menjadi masalah besar kerana hanya yang penting ialah pelajar dapat mengetahui makna asal perkataan yang dicarinya.

Walau bagaimanapun kepelbagaian kamus ini akan dapat membantu pelajar menguasai bahasa dengan cepat dan baik.  Kamus Arab-Melayu yang terkenal seperti Kamus Marbawi sangat membantu untuk peringkat permulaan. Penggunaannya telah terbukti dapat membantu pelajar menguasai bahasa. Kamus ini banyak digunakan di pusat pengajian pondok, sekolah Arab dan di peringkat universiti. Penggunaan kamus tersebut lebih mudah dan senang untuk mendapatkan makna asal perkataan. Pelajar hanya perlu mengetahui perkataan tunggal yang hendak dicari.

Begitu juga pelajar yang baru belajar. Mereka digalakkan menggunakan kamus yang senang untuk mencari perkataan, iaitu kamus yang disusun mengikut huruf perkataan dengan tidak mengira pola perkataan. Kamus seperti ini memudahkan pelajar mendapatkan perkataan yang dicari. Dengan mengumpul banyak perkataan, pelajar akan dapat menguasai bahasa dengan baik. Selepas mampu mengetahui makna perkataan, pelajar digalakkan menggunakan kamus Arab-Arab bagi mempercepatkan proses penguasaan bahasa.

Pelajar dapat menguasai bacaan dengan baik sekiranya dapat memberi analisis atau ulasan terhadap bahan yang dibacanya. Sekiranya pelajar tidak mampu menceritakan maksud bahan yang dibaca, ini menunjukkan dia tidak memahami bahan tersebut. Interaksi perasaan pelajar yang ketawa apabila membaca bahan kelakar dan sedih apabila membaca bahan sedih menunjukkan kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibacanya (Husaini, 2014).

Bantuan Alat interaktif

Bantuan gaya interaktif melalui bentuk permainan pasti mendapat kecenderungan yang boleh memahirkan membaca bahasa Arab. Terdapat beberapa ciri khas utama iaitu suara, gerak, gambar, garis dan tulisan. Permainan bahasa termasuk pada kategori yang menitikberatkan suara dan gerak. Contoh permainan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas adalah Zid Mufradatik. Permainan ini bertujuan untuk mengenal dan menghafaz kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, yang mencakupi Isim, Fi’il dan Harf.

Cara permainan ini yang mana pelajar dibahagi kepada kumpulan, dan setiap kumpulan mengutus beberapa peserta mengikut sesuai kesepakatan bersama. Pelajar yang mengikuti permainan berdiri di hadapan pelajar lain. Kemudian, pengajar memulakan permainan dengan menyebut salah satu kalimat (Isim, Fi’il dan Harf) kepada pelajar yang berdiri di bahagian hujung kiri atau kanan. Pelajar yang dipilih melanjutkan kalimat lainnya dengan memulakan daripada huruf akhir daripada kalimat yang disebutkan oleh pengajar, dan begitu pula dengan pelajar lainnya mengikut giliran (LillyPad, 2019).

Alat Bantu teknologi maklumat dan komunikasi

Tidak dapat dinafikan bahawa alat bantu mengajar berupa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyumbang banyak impak positif. Menurut (LillyPad, 2019) VLE Frog mempunyai pelbagai aplikasi, seperti Site, Assignment, FrogPlay, Frog Boost dan widget-widget lain, yang dapat membantu guru membuat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih menarik dan interaktif di dalam kelas. Dengan penggunaan alat bantuan pendidikan mengikut zaman yang dapat menarik pelajar dengan sesuatu bahasa asing. Semestinya minat untuk terus membaca bahasa Arab dapat dipupuk dari awal sehingga kemahiran ini akan terserlah apabila pengajian bahasa Arab peringkat tinggi.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.