Terdapat dua kaedah mengajar kemahiran membaca iaitu penerapan pengajaran mengikut mode dan penerapan pembelajaran mengikut peringkat bacaan.
i- Penerapan pengajaran mengikut mode merupakan kaedah pengajaran membaca secara nyaring dan senyap. Pembacaan secara nyaring penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Pembacaan secara nyaring bertujuan memantapkan kefasihan membaca dan menyebut perkataan Arab di samping menekankan aspek makhraj huruf. Dalam menerapkan pengajaran membaca secara nyaring, guru perlu sedar bahawa pelajar tidak dapat menguasai sesuatu bahan bacaan dengan baik melainkan setelah memahami artikel itu terlebih dahulu.
Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang membaca artikel yang diberikan secara senyap disusuli dengan perbincangan tentang makna dan gaya bahasa. Manakala penerapan bacaan secara senyap pula Matlamat utama pembacaan adalah untuk melatih pelajar memahami apa yang dibaca.
Manakala proses pengajaran membaca secara senyap pula, pelajar disediakan dengan beberapa soalan dan dikehendaki menjawab soalan tersebut selepas selesai membaca sama ada secara bertulis atau lisan. Bentuk soalan yang disediakan adalah tidak langsung. Ini bertujuan untuk melatih pelajar berfikir secara mendalam semasa menjawab apa yang telah dibaca.
Soalan disediakan dengan pelbagai jenis dan berperingkat- peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Ini sangat penting kerana ia dapat meningkatkan minda pelajar dalam proses membaca. Tujuan ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan dan menguji maklumat yang diperolehi. Dalam mengajar kemahiran membaca secara senyap, guru boleh menggunakan buku teks atau bahan bacaan lain sebagai bahan bacaan pelajar. Pelajar diminta membaca satu tajuk dengan bacaan senyap, cepat dan pada waktu tertentu. Selepas selesai dari pembacaan, pelajar diminta menjawab pelbagai soalan. Tujuannya adalah untuk menguji kefahaman pelajar. Guru menulis soalan di atas papan hitam atau di atas kad indeks dan diberikan kepada pelajar. Soalan yang disediakan hendaklah mudah difahami dan jelas. Guru hendaklah membuat perbincangan dengan pelajar tentang apa yang tidak difahami.
ii- Penerapan pembelajaran mengikut peringkat bacaan dengan sentiasa menggunakan bacaan-bacaan yang ringan sama ada melalui berilustrasi, bergambar atau bervisual seperti komik dalam bahasa arab, cerita-cerita pendek dan penuh pengajaran atau kisah-kisah al-Quran yang lebih mendekati, Kepentingan guru yang mahir adalah penting dengan banyak menerangkan, walaupun teks atau cerita-cerita tersebut ringkas tetapi dapat memberi kesan. Kefahaman tentang fungsi otak kanan dan kiri perlu disedari. Jika kita mengkaji dalam seharian kita jarang menggunakan otak kanan. Menurut Windura (2012), kegiatan otak kanan yang berkaitan dengan muzik, gambar, warna, fotografi dan sebagainya. Sedangkan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti menulis, membaca, berbual dan mendengar kita sedang menggunakan otak kita.
Oleh itu, penggunaan perkataan yang berwarna dan bergambar serta bahasa yang mudah dalam bacaan bahasa Arab adalah berkesan dalam kaedah mengajar kemahiran bahasa Arab. Jika kita lihat orang yang suka membaca mereka membiasa membaca novel, ia terdiri daripada tulisan tetapi mempunyai daya imaginasi yang sudah pasti pengaktifan fungsi otak kiri dan kanan telah berlaku kesimbangan dan menarik minat kita untuk sentiasa membaca.