Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), teknologi maklumat dan komunikasi bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Manakala dalam buku Memahami Islam melalui teknologi maklumat dan komunikasi (2000) memberikan maksud Teknologi maklumat dan komunikasi ialah gabungan dari teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. ICT menggabungkan dan menyepadukan telekomunikasi dan pengkomputeran, bersama-sama dengan bahagian-bahagian utama elektronik pengguna dan penyiaran (Earnie Elmie Hilmi, 2014) .
Jadi, ICT merupakan teknologi yang menggunakan kedua-dua teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, telefon, komputer, dan lain-lain. Justeru, penyediaan bahan dakwah pastinya mempunyai empat hubungan di antara teknologi maklumat dan komunikasi iaitu:
i- Kemahiran Teknologi Terkini
Pendakwah zaman sekarang semestinya berkemahiran dengan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) atau celik ICT. Ini kerana generasi Y dan Z sangat dekat dengan telefon pintar atau ICT yang telah menjadi sebahagian keperluan dalam hidup mereka. Menurut Khairul Azmi Mohamad (2000) teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memperlihatkan beberapa ruang yang dapat dimanfaat oleh umat Islam seluruhnya bagi memperkukuh ukhuwah. Menurut Norkumala kegagalan para pendakwah mendekatkan diri dan mempelajari teknologi menyebabkan kurang keberkesanan dalam aspek penyampaian serta kefahaman dakwah, sekali gus menjadi asbab kepada ketinggalan umat Islam (Zuarida Mohyin).
Disebabkan kepentingan yang dinyatakan inilah menyebabkan pendakwah perlu celik ICT untuk berdakwah di alam maya dan agar tidak ketinggalan zaman dan juga memudahkan untuk berdakwah kepada masyarakat dan menegur secara berhemah dan berkesan. Misalnya, memiliki blog atau web, akaun facebook, twitter, instagram, telegram dan sebagainya untuk lebih dekat dengan masyarakat. Sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, semasa menjawat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan memberi respon kepada isu-isu semasa berdasarkan kajian terkini berkaitan dengan masyarakat dan agama Islam melalui Bayan Lil Nas dan Kafi yang menjadi salah satu rujukan masyarakat Islam di Malaysia.
ii- Kemahiran Psikologi
Komunikator memiliki ilmu kejiwaan atau kaunseling, ilmu ini penting dalam dakwah, Menurut (Earnie Elmie Hilmi, 2014) bahawa ilmu psikologi sangat berguna kepada pendakwah kerana beberapa sebab di antaranya :
a- Menzahirkan tanda dan hasil yang berfaedah kepada iman dan penghayatan agama seseorang.
b- Membantu dalam memahami dalil agama dan tafsir yang sesuai dengan minda semasa.
c- Menambah maklumat untuk memahami rahsia hukum syarak yang boleh membawa kepada penambahan iman.
d- Membantu pendakwah memahami jiwa golongan sasaran, penumpuan golongan sasar dan cara mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah. Misalnya, komunikator dapat menggunakan kemahiran seperti kemahiran melayan, mendengar dan bertindak dalam berdakwah.
Kemahiran ini amat baik digunakan dalam berdakwah kerana itu akan membantu pendakwah membina hubungan dengan orang yang diseru dan seterusnya setelah kepercayaan terbina dalam hubungan ini, maka dapatlah pendakwah meneroka apa yang menyebabkan seseorang bertingkah laku demikian (Hushim Salleh dan Melati Sumari 2006: 86-87).
Justeru, memahami kemahiran psikologi di zaman anak genarasi Z secara analoginya misalnya sekiranya kita ingin anak-anak berhenti bermain, jangan berkata: “Dah,sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaa”. Kemudian ingatkan kembali:”Dua minit lagi yaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah waktu main sudah habis”. Dengan cara seruan tersebut pasti mereka akan berhenti bermain. Analogi lain misalnya anak-anak sedang berkelahi atau menyebabkan keadaan riuh rendah pada sesuatu tempat, dan kita ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? angkat tangan”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam untuk memberi perhatian.
iii- Kemahiran Komunikasi Berkesan
Kemahiran ini boleh diperolehi, sekiranya pendakwah atau komunikator mempelajari kaedah berkomunikasi dengan baik, tenang dan menawan hati sehingga membangkit perasaan pendengar yang mesti mempunyai elemen, pertama: penyampai bicara (speaker), kedua : sasaran pendengar (audiens) sebagai orang menumpukan perhatian untuk mendengar kata bicara yang disampaikan oleh speaker. Dan ketiga : pesan ucapan, malahan mesej ucapan mesti mengandungi kandungan yang disampaikan itu memberikan inspirasi menambat hati pendengar atau membosankan dan membuang
masa yang diberikan kepada pendengar.
Menurut (Roslan Ab Hamid, 2020) kajian yang telah dilakukan oleh University Minnesota, mereka mendapati apabila seorang penyampai itu bangun berdiri dan menyampaikan ucapan 46% audiens akan mula tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penyampai tersebut dan 26% bersedia untuk bersedia mengetahui lebih lagi.
Justeru, komunikator mesti memahami tentang minda manusia mempunyai minda sedar, minda bawah sedar dan lapisan critical area. Penguasaan dalam bidang ini yang disebut juga sebagai roh hati nurani yang suci dan hening yang terhasil daripada amalan-amalan dalam agama seperti solat tahajjud, istighfar dan selawat kepada Rasulullah SAW. Oleh itu, dengan melakukan pembersihan jiwa pasti ia akan memberi kesan yang boleh menerobosi hati pendengar. Bak kata, hati yang berkata, maka hati jua yang mendengar.
Walau bagaimanapun, pendakwah bukan sekadar memberi penerangan atau menyampaikan bahkan dipenghujungnya mesti ada call to action (CTA), penyampaian yang tidak terlalu panjang, terlalu panjang, membebel, tidak ada penyudahnya atau tidak ada dalam ruang masa yang diberikan ibarat terkeluar daripada ‘pagar’ perbincangan yang sepatutya.’
Oleh itu, kemahiran ini wajar dipelajari oleh pendakwah yang kadang-kadang ilmunya banyak tetapi sukar menyusun secara bersistematik akhirnya gagal membawa generasi Y dan Z untuk terus bertindak atau call to action sedangkan penggunaan media seperti youtube, instagram dan facebook yang kebanyakannya adalah golongan Y dan Z yang memerlukan kepada dakwah bil hal sepertimana yang dibawa oleh pendakwah terkenal di tanah air Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew.
iv- Kemahiran Dakwah
Kemahiran ini berperanan utama dalam memahami apa itu dakwah. Tanpa pemahaman yang baik, dakwah tidak dapat disampaikan dengan betul. Metodologi dalam berdakwah perlu dikenalpasti agar sasaran dakwah dapat menerimanya dengan baik.
Menurut Abd Aziz Mohd. Zin (1997), dakwah pada abad ke-21 hendaklah dilakukan dengan pendekatan yang agak berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang, kerana abad tersebut mempunyai cirinya yang tersendiri. Namun demikian, pengalaman hari ini dan masa lepas boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang selepas panduan utama, iaitu al-Qur’an dan Sunnah.
Oleh itu, inovasi teknologi maklumat dan gagasan gelombang globalisasi yang didominasi oleh Barat, telah banyak memberikan cabaran yang besar buat dakwah Islamiah. Maka dengan sebab itu, usaha dakwah perlu dipergiat berdasarkan
kemudahan teknologi yang diusahakan oleh manusia. Meskipun, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi banyak didonimasi oleh masyarakat Barat, namun itu tidak menghalang umat Islam daripada menggunakannya untuk
kepentingan dakwah Islamiah.
Menurut (Ab Aziz Mohd Zin et al. 2006: 95) perspektif dakwah masa kini menekankan kemahiran para pendakwah melakukan perkara-perkara berikut di antaranya :
i- Mengukuhkan diri dengan ilmu pengetahuan masa ini, disampaing teras ilmu pengajian Islam.
ii- Membuat pemerhatian tentang keadaan masyarakat sebagai sasaran dakwah.
iii- Membuat kajian berdasarkan isu, persoalan atau masalah yang berlaku dalam masyarakat.
iv- Meningkatkan pengeluaran produk dakwah berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta media massa.
Menganalisis bahan multimedia dakwah untuk generasi Y & Z
Pada pandangan saya, bahan multimedia dakwah untuk generasi Y dan Z seharusnya berpadu yang dapat membangkitkan emosi positifnya agar dakwah yang disampaikan memberi kesan yang mendalam. Oleh itu, bahan mulitmedia dakwah yang berkesan bagi generasi Y dan Z, penulis berpendapat berdasarkan kepada kajian Neuro Linguistic Programming (NLP) iaitu
gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik) yang menyebut 60 % daripada manusia adalah visual. Mereka lebih meminati atau mahu melihat slides berwarna, mereka mahu melihat sesuatu yang boleh tonton. Kemudian 10% manusia adalah auditori yang mahu mendengar intonasi suara dan mendengar lenggok bahasa yang baik.
Seterusnya, 5 % mereka yang auditori digital yang mahu kepada infomasi dan 25 % lagi adalah mereka yang bersifat kinestatik, mereka memerlukan pergerakkan yang dirasakan perlu untuk mereka hayati dari penyampai mesej.
Namun, kini terdapat banyak ciptaan Apps yang menjadi trend Gen Y dan gen Z merupakan generasi berpotensi untuk belajar dan mengajar ilmu agama melalui teknologi. Justeru, reka bentuk apps yang baik akan menarik minat dan mendekatkan gen Y dan gen Z kepada penyebaran dakwah.
Penggunaan apps untuk berdakwah amat sesuai kepada gen Y dan gen Z. Justeru, reka bentuk yang mempunyai keupayaan untuk berkolaborasi amat penting kerana mereka amat mengemari penggunaan apps media sosial seperti Whatapps, Instagram, Twitter dan YouTube. Para pendakwah perlu menjelma di apps yang sedia ada seperti media sosial.
Seterusnya, para pendakwah juga perlu melibatkan diri dalam menyumbangkan konten kepada pakar teknologi maklumat untuk membangunkan apps mengikut kehendak dan keperluan pengguna.
Oleh yang demikian, sebagai sukarelawan badan dakwah saya akan berkobolari secara berjemaah dalam penciptaan Apps bagi penyampaian dan penyebaran dakwah melalui teknologi terkini adalah selaras dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Apps merupakan salah satu teknologi yang boleh digunakan sebagai alat untuk penyebaran dakwah terutamanya kepada generasi Y dan generasi Z dalam pelbagai bentuk visual seperti video, peta minda dan slaid
berwarna .
Gen Y dan gen Z merupakan pengguna tegar kepada teknologi ini. Justeru, jika dakwah tidak disebarkan melalui apps, maklumat atau ilmu pengetahuan berkaitan dengan agama akan sukar diperoleh melalui trend teknologi masa kini. Namun begitu, dalam berdakwah melalui apps, reka bentuk yang sesuai dengan kehendak pengguna adalah penting. Reka bentuk antaramuka, interaksi dan seni bina maklumat yang baik menyebabkan apps diguna pakai secara meluas.
Kesimpulan
Konklusinya, Komunikasi adalah pertukaran maklumat, komunikasi dengan dakwah dalam Islam sangat berpengaruh dalam menyampaikan ajaran Islan, mendidik masyarakat dan mengajak ke jalan kebenaran yang Allah SWT perintahkan. Oleh itu, penyebaran dakwah masakini telah merentasi secara terbuka dan mudah dicapai dengan kepantasan teknologi
maklumat zaman kini. Ini memberi cabaran besar kepada pendakwah atau komunikator dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak penerima dakwah supaya mesej yang disampaikan dengan lebih berkesan.
Maka, saya menekankan pendakwah seharusnnya menggunakan teknik-teknik yang mesti dilatih dan dipelajari seperti NLP atau dikenali sebagai Neuro Linguistic Programming iaitu gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik).
Walaupun NLP dibangunkan oleh Richard Bandler dan Joh Grinder pada tahun 1970 yang melambangkan manusia sebagai seluruh sistem minda-badan berkait dengan proses neurologikal, bahasa dan strategi tingkah laku yang telah dipelajari (Dilts, Grinder, Bandler, & DeLoziier, 1980). Teori tersebut walaupun telah lama diperkenalkan dan dipelopori tetapi ia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi penerima mesej kita sampaikan dengan berkesan kerana ia membangkitkan pancaindera yang sesuai dengan generasi Y dan Z masakini.
Begitu juga dengan penggunaan Apps atau bahan dakwah yang ke arah pengdigitalan yang dapat menarik perhatian agar generasi Y dan Z terus melakukan tindakan yang baik dan berakhlak mulia berasaskan ajaran Islam yang memerlukan kreativiti dan seni berdakwah.
[…] Baca lagi di http://zeckry.net/2020/10/16/bahan-dakwah-generasi-y-dan-z/ […]