Pandemik Covid-19

Menurut Roy Anthony Rogers (2020) pandemik COVID-19 telah menganggu rantaian bekalan global menyebabkan perdagangan Malaysia sejak April 2020 menyusut 16.4 peratus kepada RM133.24 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu. Wabak ini merupakan salah satu musibah dahsyat yang pernah dialami dalam sejarah moden dunia.

Walaupun impak wabak itu tidak hanya dalam bidang kesihatan tetapi termasuk ekonomi serta politik antarabangsa. Kebanyakan negara dunia mengisytiharkan sekatan atau lockdown untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19. Ia menjejaskan ekonomi dan aktiviti perniagaan harian.  Penganalisis ekonomi menggelarkannya sebagai the great lockdown di mana ekonomi dunia terjejas teruk. Menurut World Economic Outlook, pada April lalu pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2020 dijangkakan jatuh tiga peratus. Terdapat penganalisis berpendapat ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan paling serius selepas Zaman Kemelesetan Besar atau Great Depression pada tahun 1930-an.

Melindungi industri muda

Industri muda merupakan industri baru yang masih belum berkembang. Berbanding dengan industri maju, industri muda mempunyai daya saing yang rendah. Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga.

Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaran masih tinggi daripada industri barang import. Industri muda masih belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Pasarannya masih terhad dan keupayaan pengeluarannya masih di bawah tingkat optimum.

Sekatan terhadap kemasukan barang import seperti tarif import dan kuota dikenakan untuk membolehkan industri muda tempatan berkembang dan berkeupayaan bertanding dengan industri asing. Contoh industri muda adalah industri kereta Proton di Malaysia.

Mempelbagaikan ekonomi tempatan

Kebanyakan negara sedang membangun mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional/ kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatannya.

Usaha mempelbagaikan ekonomi negara, khasnya memajukan industri perkilangan, bertujuan mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu, menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, dan menstabilkan ekonomi negara.

Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi negara, kerajaan melaksanakan dasar menyekat import barangan yang bersaing dengan keluaran tempatan seperti mengenakan tarif import atau kuota import, dan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barangan eksport negara di pasaran antarabangsa. iv Untuk mengurangkan pengangguran

Memperbaiki Imbangan Pembayaran Defisit (Negatif)

Masalah imbangan pembayaran defisit wujud apabila nilai import sesebuah negara melebihi nilai eksportnya. Kebanyakan negara membangun mempunyai jumlah perbelanjaan import melebihi jumlah pendapatan eksport.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan harus berusaha mengurangkan nilai import dan meningkatkan nilai eksport. Nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing. Galakan-galakan eksport seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.