Sidang Jumaat Yang di kasihi Oleh Allah SWT,

Khatib berpesan kepada diri dan kepada semua jemaah sekalian untuk kebersamaan meningkatkan keimanan, mengukuhkan ketaqwaan kepada Allah SWT melalui ketaatan dan mencintai Rasulullah SAW sebagai kekasihNya untuk diikuti, melalui keilmuan dan kefahaman kita terhadap ajaran agama Islam yang kita anuti. Hasilnya, kita semua dapat menjauhi diri daripada kemungkaran yang langsung, tiada nilai di sisi Allah SWT. Akhirnya membinasakan diri kita sendiri. Mudah2-an kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai,dirahmati oleh Allah SWT dan Rasul-RasulNya serta orang2 yang benar.

Tajuk Khutbah hari ini adalah: Ramadhan Proses Kembali Kepada Fitrah

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh berbilion kaum muslimin di penjuru dunia hadir kembali. Bulan yang dianggap sebagai bulan maghfirah yang penuh dengan keampunan dari-Nya.  Sesungguhnya, Puasa di bulan Ramadan dapat mengubah perilaku manusia agar lebih dekat kepada penciptaNya. Pada bulan ini, manusia sebagai insan ciptaan Tuhan sekali lagi, dianugerahkan dengan berbagai pahala yang melimpah ruah. Menurut pakar ilmu falak tempatan, Umat Islam di seluruh negara dijangka mula berpuasa fardu Ramadan 1442 Hijrah pada 13 April ini (selasa ini) kerana anak bulan diramal kelihatan pada petang 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442H, berpandukan kaedah ru`yah atau cerapan bulan di angkasa.

Jika jangkaan itu tepat, sekali gus kita akan menyaksikan lebih 1.9 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia, buat julung kalinya dalam sejarah, mula berpuasa Ramadan serentak pada tarikh berkenaan.

Walau bagaimana pun, penetapan rasmi tarikh 1 Ramadan 1442 tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu pada petang 12 April 2021 (hari Isnin).

Sidang jumaat yg dirahmati Allah,

Umat Islam terdahulu, dikenali sebagai Salafus Soleh telah menunjukkan kesungguhan dan istiqamah mereka dalam melakukan amalan penyucian diri. Kebiasaan mereka bersedia enam bulan lebih awal untuk menanti ketibaan bln Ramadhan. Persediaan yang paling jelas dengan 2 bulan sblm Ramadhan lagi, dgn memperbanyakkan amalan-amalan seperti berzikir, berselawat, solat sunat mutlak, amalan bersedekah, puasa sunat, membaca al-quran dan berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan.

Itulah antara amalan orang2 alim dan soleh dalam mengukuhkan ketaqwaan kepada Allah SWT sebagai proses penyucian jiwa/rohani, kerana roh kita ini yang akan mengadap Allah SWT kelak. Seandainya jiwa itu kotor, akibat mengikut hawa nafsu dan dosa. Apakah layak kita hadapkan dan pertemukan kepada Yang Maha Pencipta..Yang Maha Suci dengan sedemikian rupa. Sedangkan dulu, Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam keadaan yang fitrah bersih dan suci.

Contoh yang mudah kita faham, Adakah patut kita berikan sesuatu kepada seseorang dalam bentuk yang amat menjijiikan dan kotor, sedangkan orang itu pernah memberikan kpd kita dengan sesuatu benda yang paling bernilai, bersih lagi suci…Patutkan kita membalas sedemikian?

Alangkah teruknya perangai kita kalau sedemikan. Begitu hal kita sebagai hamba kepada Allah SWT yang bertaqwa dan terpilih akan menghadap YANG MAHA SUCI dengan hati kita yang suci. Sekali lagi, persoalan khatib, layakkah kita menghadapnya dengan hati/jiwa yg tidak SUCI? Hati yang penuh dengan rasa dendam, rasa hebat, rasa sombong, rasa dengki dan rasa Aku saja yang betul, orang lain semua salah ! Bak kata Imam Ghazali, hati busuk,keras dan mati, walaupun jasadnya masih hidup!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Di antara tugas utama diutuskan Nabi2, Rasul2 dan sampai kepada kita sekarang ni melalui ulama` dan orang2 soleh hadir kepada kita adalah untuk mengajak melaksanakan perintah Allah SWT dan menyelamatkan diri kita daripada kerosakan, kebinasaan yang akhirnya menjerumuskan ke dalam neraka Jahannam. Kalau kita faham, Islam itu maknanya, selamat dan sejahtera supaya diri kita tidak rosak dan binasa di dunia sekarang dan akhirat kelak.

Buktinya, melalui amal ibadah sama ada melalui solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi fahamkah kita apakah amalan besar yang terkadung dalam dua kalimah syahadah itu sendiri sebagai asas/rukun Islam iaitu mengandungi zikirullah (sebut Allah) dan selawat ke atas Rasulullah.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Oleh itu, segala amal ibadah yang diperintahkan dalam Islam, selain mendapat pahala yang dijanjikan, tetapi yang penting adalah sebagai proses mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menyucikan rohani supaya bagus perangai dan budi pekerti. Apabila hati bersih, rohani suci dan akal yang tajam serta sihat, kita dapat membuat pilihan antara dua perkara sama ada baik atau buruk.

Dikatakan hati yg bersih, seseorang itu dapat menjauhi perkara yang mungkar dan seseorang itu betul membuat pilihan dalan sesuatu tindakan. Jika betul pilihannya dengan apa yang Allah mahu, maka itulah dipanggil Insan Kamil (sempurna) kerana melakukan segala kebaikan dan bagus budi pekertinya. Dalam masyarakat org melayu dulu kita terkenal dengan idola orang yang BUDIMAN.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Puasa adalah cara yang paling berkesan dan diakui oleh mana-mana agama untuk penyucian jiwa dan menegah diri dari terjerumus ke dalam hawa nafsu serakah yang boleh merosakkan diri sesorang itu apabila menjadi hamba kepada nafsunya yang menyebabkan jauh dengan Allah SWT, akhirnya diazabkan oleh Allah di akhirat kelak.

Dalam Islam, ayat seruan tentang puasa, selalu kita dengar kepada orang beriman untuk menunaikan ibadah puasa:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٨٣

Maksudnya,Wahai orang yg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

Bulan Ramadhan sebagai latihan penyucian jiwa kita, semestinya kita merebut pelbagai ganjaran luar biasa yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui amalan-amalan sunat seperti solat tarawih dengan sempurna, aktiviti tadarus al-Quran, Qiamul lail. bersedekah dan berbuka puasa berjemaah.

Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah:

Setiap amalan anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu kebaikan pahalanya menyamai 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman : kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untuk-KU dan Akulah yang akan memberi pahalanya, kerana orang yang berpuasa telah meninggalkan keinginan (syahwat) dan makannya kerana-KU. (HR Imam Muslim).

Sidang Jumaat Yang Dirindui oleh Allah SWT

Sekali lagi mimbar mengajak hadirin sekalian, marilah kita mempersiapkan diri dengan amal soleh dalam menyambut Ramadan bakal menjelma kerana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk semua manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila telah datang awal malam bulan Ramadan, diikatlah syaitan dan jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu yang tertutup, lalu terdengarlah seruan; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadan).” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi)

Kekasih-kekasih Allah yang dirahmati,

Khatib ingin mengingatkan, marilah kita lakukan amal ibadah dalam bulan ramadhan dengan bersungguh-sungguh dengan rasa keimanan yang tinggi. Sekiranya kita tidak memenuhi dengan perkara-perkara kebaikan di hati kita, maka, perkara-perkara yang lalai dan tiada manfaat kepada agama dan diri, kita akan penuhi ke dalam hati kita atau dengan perkara2 yang bukan Allah mahu !!!

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu ”

(HR al-Bukhari dan Muslim )

Semoga persiapan dengan perancangan amalan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini, untuk melakukan segala amal ibadah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membentuk diri agar mencapai INSAN KAMIL atau kembali ke FITRAH SUCI yang asal.

Antara bentuk atau cara untuk penyucian jiwa antaranya:  Menunaikan segala fardhu dan kewajipan, Menunaikan solat tarawih,sunat-sunat rawatib, Membanyakkan zikir,istighfar, berselawat, khatam al-Quran berkali-kali dan meperbanyakkan bersedekah sama ada melalui surau ini atau golongan miskin yg bermanfaat dalam masyarakat di kampung kita ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Akhirnya, Khatib sekali lagi mengingatkan, sesetengah antara kita, terdapat mereka yang tidak solat lima waktu dengan sempurna agar dapat berusaha untuk memenuhi rukun Islam dengan sempurna. Menurut pandangan kebanyakan ulama, mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah, tetapi tidak diberi pahala kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Marilah bersama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut: 69

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ٦٩

Dan mereka yang bersungguh2 utk (mencapai keredhaan) Allah, allah akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sesungguhnya allah beserta orang yang berbuat baik. (69)

Khutbat ini disampaikan di Surau Darul Hasanah, Kuching, Sarawak

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.