Beginilah kehidupan peribadi ulama tafsir yang pernah hidup di zaman kita, Sheikh Ali As-Sobuni.

Beliau baru sahaja wafat tahun lepas iaitu pada 19 Mac 2021.

Baru-baru ini anak beliau memuat naik status di media sosial menceritakan kehidupan peribadi ayahnya yang sangat menginspirasikan kita semua.

Anak beliau menulis :

“Tempat ini mempunyai memori yang sangat banyak. Sewaktu ayahku masih hidup, beliau berada di sini siang malam.

Setiap hari seawal jam 3 pagi, ayah akan bangun untuk solat tahajjud terlebih dahulu. Selesai solat, aku akan dengar suara tapak kakinya berjalan dengan berhati-hati kerana takut mengganggu kami tidur.

Kemudian ayah akan duduk di perpustakaan dan menyalakan lampu mejanya dan akan mula menulis.

Sebelum azan subuh berkumandang, ayah akan bangun dan mengambil kunci kereta dan sejadah untuk solat di masjid dan akan baca al-Quran sebanyak 3 juzuk bersama temannya di masjid.

Setelah pulang ke rumah, ayah akan sarapan bersama kami dan akan kembali untuk menulis sehingga jam 10.30 pagi. Kemudian beliau akan terus tidur sebentar (qailulah).

Begitulah rutin harian ibadah ayahku.”

Anak beliau menceritakan lagi bahawa ayahnya banyak kali akan bangun tidur dan terus menuju ke perpustakaan untuk menulis dan apabila anak beliau bertanya bahawa ayahnya tidak letih kah bangun tidur semula, sedangkan ayah sudah hampir terlelap tidur?

Lalu ayahnya menjawab :

“Waktu itulah kefahaman akan datang untuk aku menafsir ayat al-Quran, aku takut kefahaman tersebut hilang begitu sahaja, sebab itulah aku bangun dan terus menulis.

Sahabat sekalian, para ulama adalah individu yang mesti kita contohi kehidupan mereka kerana mereka merupakan individu yang sangat ikhlas memperjuangkan agama ini.

Kredit : Hala Sabouni

By Abu Zeckry

Zeckry.net merupakan sebuah platform penyelidikan dan jaringan ilmiah yang berperanan sebagai Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) dalam bidang Sains Sosial Islam. Berasaskan keperluan kepada pendekatan yang lebih berakar pada warisan keilmuan Melayu-Islam dan responsif terhadap cabaran kontemporari, Zeckry.net menghimpunkan penyelidik, penulis, dan pemikir dari seluruh Alam Melayu. Zeckry.net bukan sekadar laman web. Tetapi sebagai ekosistem penyelidikan, pemikiran, dan penerbitan yang memperjuangkan pendekatan Islamik dalam sains sosial yang kontekstual dan membumi di rantau ini. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.