Sebagai penilai tesis PhD/DBA/MPhil/MSc, saya temui pelbagai gelagat calon semasa menghadapi ujian lisan atau viva voce exam.
Di antaranya;
- Calon dengan confident menyatakan bahawa instrumen kajian dibeli dan dimuatkan bagi mengumpul data. Bila ditanya, adakah instrumen itu sesuai untuk model kajian, memenuhi objektif kajian dan jurang ilmu. Calon terdiam…terus…muka confident hilang…penilai faham…
- Calon merupakan seorang korporat dalam bidang pengkomputeran dan pernah berkhidmat di luar negara. Boleh dikatakan beliau adalah pakar rujuk bagi kajian PhD yang dibuat. Dalam sesi soal jawab, penilai menyatakan bahawa calon bukanlah pakar kerana calon tersalah mentafsirkan latarbelakang, permasalahan kajian dan definasi. Penilai dengan selamba menyatakan bahawa dia berhenti membaca chp 2 dan chp seterusnya kerana chp 1 calon sangat lemah…emm…
- Calon mengumpul data dari beberapa buah universiti dan menyatakan bahawa beliau berjaya mengumpulkan 300 data pensyarah perubatan yg mempunyai kelayakan akademik PhD. Setelah diselidik, calon tersalah faham penggunaan title Dr perubatan dan Dr PhD. Unit sumber manusia universiti berkenaan menyatakan bahawa hanya 10 orang pensyarah perubatan berkelayakan PhD…habis…gelabah…
- Calon gagal membuktikan cara mengumpul data, analisa data dan interpretasi data. Semuanya kelam kabut. Calon tidak tahu kenapa tajuk kajian dipilih…macam kerja orang lain…semua chp tidak faham…sudah…
- Calon ditanya kenapa kajian dipilih dan dibuat. Dengan yakin, calon menyatakan, beliau telah merujuk pada “satu artikel terbaik” bagi menyiapkan PhD beliau. Cuba confirm, “hanya 1 artikel sahaja”, jawapannya “ya”, emmm…diselidik lagi, calon guna rujukan hanya pada 1 artikel yg bukan indexed, bagi menyiapkan 1 tesis…
- Calon buat kajian usage of technology, dan bila dirujuk pada model kajian, tidak ada variable usage of technology…cam mana tu…calon challenge balik, sampai meninggikan suara. Calon diberi amaran untuk jaga tingkahlaku, dan diberikan penerangan…calon pasrah.
- Calon dengan penuh yakin bahawa kajiannya adalah pertama sekali dijalankan. Penilai buka internet, dan jumpa banyak kajian seperti calon telah dijalankan. Betul Prof, kajian saya adalah pertama di dunia…Penilai share dengan calon, search dari search engine…berlambak beb…calon terkedu…
Begitulah sebahagian pengalaman saya bersama rakan-rakan sewaktu menilai tesis.
Semoga apa yang saya coretkan di atas, boleh diambil sebagai sumber rujukan dan teladan kepada para pelajar.
Saya doakan agar para pelajar dipermudahkanNya segala urusan pembelajaran dan lulus dengan jayanya.
Ameen ya Rabbalalamin.
Prof Dr Norzaidi Mohd Daud