Kat Kedah memang femes la citer ni..tanya la orang2 Yan mesti tau punya..cerita ni sangat sensasi.

Bercerita kisah misteri ni mengingatkan aku pada satu kisah yang menarik pada lewat tahun 90-an dulu. Masa tu aku masih remaja lagi, dan selalu jugak lepak2 dgn pakcik2 aku yang akan open table klau diorang balik kg sama2 terutama musim raya..Dorang ni memang pandai bercerita dari hal dunia nyata sampailah ke alam mistik. Paling menarik adalah kisah sebuah restoran yang terletak di Jalan Bukit Besar – Yan Kedah.

Kisah restoran ni dah femes satu Malaysia, pernah kluar dlm majalah Variasari, Mastika dan lain2 majalah misteri. Tapi yang bestnya ramai yang kena usik tu bukan orang tempatan, tapi orang luar.

Pernah satu kejadian satu keluarga dari Pahang yang melalui jalan berkenaan pada lewat malam sesudah pulang dari Langkawi. Akibat perut terasa lapar mereka mencari-cari jika ada kedai di kawasan bendang berkenaan. Pada masa tu femes la dengan restoran masakan ala thai.

Tiba di satu kawasan bendang (awal pembinaan jalan potong/bypass) mereka sekeluarga nampak sebuah kedai dipenuhi dengan lampu2 neon, orang pulak ramai, lantas tanpa membuang masa mereka singgah di restoran berkenaan. Melihat dekorasi dalaman, memang menarik ala2 zaman silam gitu. Tapi yang menariknya menu sangat lah banyak, tapi mereka hanya memesan mee dan nasik goreng sahaja kerana risau lambat disiapkan pesanan berikutan orang yang ramai.

Sesudah pesanan sampai, mereka terkejut kerana rasa makanan mereka sangat sedap dan tidak pernah dirasai sebelum ini. Seperti biasa apabila selesai makan maka mereka membayar dan meneruskan perjalanan pulang ke Pahang…

Alkisah pada satu hari,dalam tempoh tak sampai 4 bulan, mereka sekeluarga kembali ke Langkawi utk bercuti, dan melalui jalan berkenaan, tapi kali ini pada waktu siang..Atas cadangan isteri nya, mereka mahu singgah lagi di restoran berkenaan untuk makan. Namun setibanya di kawasan restoran itu, ternyata lengang, yang ada hanyalah sawah padi yang sudah dituai.

Akibat tercengang2 ditepi jalan, datang seorang tua penduduk kg kat situ bertanyakan apa yang mereka cari..Mereka mencari restoran kat situ, namun pakcik tu hanya tersenyum dan berkata , hampa kena dah…sambil menceritakan kisah misteri disitu…..terkejut lah keluarga itu sebab memikirkan, apakah yang mereka makan malam itu, dan apakah yang mereka minum, kemanakah duit yang bayar tu pergi?

Banyak lagi kisah pasal restoran ni, ramai yang kena, akan mendakwa makanan yang disediakan sangat lah sedap. Dan pernah satu hari seorang penunggang motorsikal melalui jalan ini waktu malam, pun singgah nak makan, yag menarik katanya pelayan2 kat situ semua pompuan dan comel2..bahasa mereka guna nak macam orang dulu2..dia pun ajak la sorang pelayan tu borak2..tanya asal mana dorang ni, dijawabnya asal dari Gunung Jerai..kawan tu ingatkan kawasan kg dekat gunung Jerai..dia pun buat dono ja lah. Esoknya dia  tu dia pun nak singgah lagi sbb dah tangkap jiwang dgn awek tu..

Tup2 dah x dak kedai tu..dibelek2 tanah dekat situ yang ada hanya daun2 kering dan tadak pun tapak kedai, dalam hati dia rasa haaah…dah kena dah aku…..

Tapi pelbagai variasi misteri restoren 7 relong n.

Sumber:

[zotpressInText item=”{5090062:6GT3NV55}”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.