Cerita Anjing Hitam

Ada kawan bercerita pasal anjing hitam, lalu saya panjangkan. Biasa org cerita pasal mimpi digigit anjing hitam atau mimpi dikejar anjing. Teringat hadith, sehingga tertanya persoalan diri, mengapa Rasulullah (baca selawat) perintahkan umat membunuh anjing yg bulunya berwarna hitam dgn dua titik putih dikeningnya kerana anjing itu adalah syaitan (rujuk HR Muslim, 47/1532).

Awas! Haiwan Juga Melemparkan Penyakit Ain
Awas! Haiwan Juga Melemparkan Penyakit Ain

Pertama

Dalam hadis s.a.w jelaskan, sifat anjing hitam mulus dan ada dua titik putih di keningnya adalah syaitan. Maksudnya ada dua jenis iaitu: syaitan menampakkan diri dgn bentuk anjing. Ciri bulunya hitam dan keningnya ada dua titik putih. Begitu juga dgn ular yg diperintahkan utk dibunuh kerana gambaranya adalah sama dgn anjing yg disebutkan. Rasulullah s.a.w melarang membunuh jin yg berada di rumah, kecuali ular yg berbisa yg ada dua garis hitam dipunggung dan yg pendek ekornya, kerana kedua jenis itu dapat menghilangkan penglihatan mata dan mengeluarkan apa yg ada di dalam perut wanita (HR Muttafaq `alaih).

Kedua

Anjing yg memiliki sifat syaitan, dgn sbb sifatnya seperti syaitan, maka anjing itu disebut syaitan. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar, haiwan juga ada nyawa/nafs. Jiwa-jiwa haiwan ini boleh memandang nikmat yg ada pada manusia. Selama mana haiwan ini memerlukan nikmat yg ada pada manusia, maka blh terdedah utk terkena hasad daripada haiwan ini. Kerana itu, nikmat jg sgt diperlukan oleh haiwan iaitu makanan dan minuman, terutamanya haiwan-haiwan yg ada persamaan dgn manusia yakni perlu makan dan minum. Umpamanya anjing dan kucing.

Ketiga

Paling penting, haiwan juga boleh melemparkan hasad atau `ain terhadap manusia iaitu haiwan-haiwan yg terdedah seperti anjing dan kucing. Ini kerana haiwan-haiwan tersebut lebih dekat dengan manusia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ciri-ciri haiwan yg Rasulullah s.aw. perintahkan ada benar iaitu syaitan menzahirkan dirinya dalam bentuk anjing atau ular atau menzahirkan sifat yg ada pada haiwan tersebut. Oleh itu, penyakit ain juga boleh terkena pd manusia daripada jenis haiwan tersebut disebabkan mereka ada keperluan dan jiwanya.  

Saranan 

Tuntutlah pengetahuan mengenai persoalan penyakit ain, dampingi ulama, solat berjemaah, zikrullah, selawat, bacalah al-Quran (perlu berguru) dan fahami, atau sekurang-kurangnya dapatkan ikhtiar (dapatkan di sini) untuk lindungi diri, keluarga dan masyarakat. 

                         

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.