Kajian ini membincangkan persepsi komuniti muslim terhadap program pengimarahan masjid dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Signifikan kajian ini adalah kerana masjid merupakan institusi yang berperanan dalam membangunkan masyarakat setempat sebagai agen untuk menyatupadukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan umat Islam sejagat melalui konsep ibadah dan pengimarahan dari aspek kerohanian, keilmuan, pusat rujukan dan khidmat kepada komuniti Islam.
Selain itu, penyebaran dakwah Islam melalui masjid, ia juga berfungsi dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Namun, masjid sering kali dikaitkan dengan Islamfobia oleh negara-negara barat, begitu juga timbul pelbagai persepsi dalam kalangan komuniti Islam dalam aspek pengimarahan yang diamalkan oleh pengurusan masjid. Kajian ini merungkai tanggapan atau persepsi komuniti setempat bahawa peranan masjid adalah luas yang tidak hanya terbatas kepada tempat ibadah bahkan sebagai tempat penyatuan umat Islam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermula dari komuniti kecil.
Walau bagaimanapun, kajian ini merungkaikan persepsi komuniti Islam terhadap pengimarahan masjid, faktor kecenderungan kehadiran ahli kariah ke masjid dan tahap sambutan terhadap pengimarahan masjid. Penyelidik telah memilih sejumlah 100 responden dengan menggunakan kajian kuantitatif terhadap ahli kariah masjid dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa program pengimarahan yang dilaksanakan berada pada tahap yang tinggi berdasarkan interprestasi skor min yang diadaptasi oleh Landell (1977).
Manakala nilai Cronbach Alpha melebihi 0.6 digunakan sebagai indeks kebolehpercayaan terhadap soal selidik yang diaplikasikan dalam instrumen kajian ini. Secara keseluruhannya, majoriti responden sangat bersetuju dalam memahami program pengimarahan yang dianjurkan oleh masjid sekitarnya agar diperkasakan. Hasil dapatan kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan lanjutan yang perlu ambil oleh pengurusan masjid bagi merancakkan peranan pengimarahan masjid di setiap daerah dalam negeri Pulau Pinang dengan kaedah yang yang diinovasikan mengikut kesesuaian zaman.
Muhammad Syafiq Wajdi Roslan. (2022). Persepsi Komuniti Muslim Terhadap Program Pengimarahan Masjid Dalam Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Open University Malaysia.
zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial.
PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis.
SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>
✅ Korban = Sunnah paling agung pada Hari Raya Aidiladha ✅ Sedekah = Amalan yang membuka pintu rezeki dan keampunan ✅ Bantu muallaf = Dakwah dan pengukuhan akidah mereka
Gabungan ketiga-tiga ini menjadikan amal kita bukan sekadar ibadah, tapi satu bentuk jihad hati, harta dan kasih sayang!
💸 50 sen sehari x 1000 orang x 59 hari = RM29,500 🐄 Boleh beli lebih 2 ekor lembu untuk korban khas muallaf di Sarawak 💚 Pahala korban + pahala sedekah + pahala dakwah + pahala menjaga ukhuwah = TAK TERHINGGA
✅ Tempoh KEMPEN Korban 50 Sen Sehari:
📅 Mula kutipan: 8 April 2025 (Selasa) 📅 Tamat kutipan: 1 Jun 2025 (Ahad) 📦 Pengurusan korban bermula: 2–5 Jun 2025 🐄 Hari Raya Korban: 6 & 7 Jun 2025
Ayuh ! Sertai Sekarang. Korban Muallaf Sarawak 2025