Awal Bahagia, Akhir Sengsara

Di sebuah kampung yang damai, tinggallah sepasang suami isteri yang bernama Mak Andeh dan Pak Kadok. Perkahwinan mereka dulunya meriah, kenduri satu kampung, nasi minyak lima kawah, hantaran sampai RM25,000, siap ada persembahan silat lagi! Paling best juga siap ada DJ yang sangat mantap !

Pak Kadok, seorang lelaki sederhana, bekerja sebagai penjual goreng pisang viral. Manakala Mak Andeh pula seorang wanita bijak, cantik, tapi garang – lebih garang dari rimau yang tak makan seminggu!

Pada awal perkahwinan, hidup mereka nampak bahagia. Tetapi selepas beberapa tahun berlalu, Mak Andeh mula terasa dirinya seperti pembantu rumah, bukan isteri. Pak Kadok pula makin liat membantu urusan rumah tangga. Bila ditanya kenapa tak tolong, jawapannya selalu:

“Bini aku kan bidadari syurga, takkan nak suruh bidadari cuci pinggan?”

Memang bunyi macam romantik, tapi Mak Andeh makin naik angin. Apa guna jadi “bidadari” kalau kerja rumah kena buat sorang?


Kejadian yang Mengubah Segalanya

Suatu malam, Mak Andeh terjumpa telefon lama Pak Kadok. Bila dibuka WhatsApp, muncul mesej dari seseorang bernama Jebat Si Hantu Raya.

“Sayang, malam ni jangan lupa kita jumpa bawah pokok jambu. Saya dah rindu awak!” 💕

Mak Andeh hampir pitam. Siapa Jebat Si Hantu Raya ni?! Adakah suaminya main kayu tiga?!

Dengan jantung berdegup kencang, Mak Andeh buat penyiasatan lanjut. Rupa-rupanya, Jebat Si Hantu Raya bukan nama lelaki… tetapi nama skandal Pak Kadok! Seorang perempuan kampung sebelah yang Pak Kadok duk mesej manja-manja!

Bila Mak Andeh konfrontasi suaminya, dia boleh jawab dengan muka tak bersalah:

“Eh, awak jangan salah faham. Ni semua kebetulan ja…”

Kebetulan? KEBETULAN?!! 🤬🔥


Perjuangan Mahkamah Bermula ⚖️

Mak Andeh nekad. Dia mahu failkan cerai di Mahkamah Syariah! 🚨 Tapi, Pak Kadok pula tak mahu lepaskan.

“Aku dah bayar RM25,000 duit hantaran! Takkan nak lepaskan macam tu ja?!!”

Tiba-tiba, urusan perceraian jadi lebih mahal dari hantaran perkahwinan! 😩

💰 Kos perceraian mula melambung:
✅ Bayaran guaman RM3,000 – RM10,000
✅ Kos Hakam RM500 – RM2,000
✅ Kos mahkamah, dokumentasi, dan lain-lain RM2,000+
✅ Masa yang diambil berbulan-bulan, malah ada yang bertahun!

Mak Andeh hampir putus asa. Nak kahwin dulu, Pak Kadok yang bayar, sekarang nak bercerai, Mak Andeh pula yang kena tanggung kos?!

“Adilkah ini?!”


🏆 Pengajaran Paling Besar 🏆

📢 Masyarakat perlu tahu!

  • Perkahwinan itu senang, tetapi perceraian itu susah dan mahal jika pasangan tidak mahu lepaskan dengan baik.
  • Suami perlu memahami bahawa memaksa isteri kekal dalam perkahwinan tanpa kebahagiaan bukanlah tindakan yang baik.
  • Wanita perlu tahu hak mereka dalam Islam dan undang-undang Syariah.

Mak Andeh akhirnya berjaya bercerai, tetapi dia terpaksa berjuang habis-habisan untuk mendapatkan haknya.

Jadi, jika anda sedang melalui situasi yang sama, jangan biarkan diri anda tersepit!


ANDA PERLUKAN BANTUAN GUAMAN UNTUK PERCERAIAN?


🔥 Dapatkan nasihat dan khidmat peguam syarie hari ini!
📲 WhatsApp sekarang di: zeckry.net
💡 Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam kesusahan. Ambil langkah pertama untuk kebebasan anda!

“Kahwin biar bijak, bercerai biar berstrategi!”

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.