Cara buat ulasan artikel tanpa sakit kepala (tapi otak kena pakai juga). Pernah kena tugasan ulas artikel sampai rasa nak menangis sambil makan Maggi kari 3 kali sehari? Chill, geng. Aku bantu kau step by step, guna bahasa rakyat marhaen dah ni (kalau tak faham? wasap sini jgn pening sorang2). Tak payah cakap macam nak bentang tesis depan menteri. Yang penting kita faham, boleh buat, dan tak kena redo. Baiklah…
1. Apa objektif artikel ni? Benda apa dia nak cari?
Macam kau tulis status nak cari jodoh kat FB “Aku nak cari pasangan yang setia, tak curang, dan reti masak.” Artikel pun sama, mesti ada objektif. Cuba tengok intro dia, biasanya ayat “Kajian ini bertujuan…” tu macam spoiler awal-awal. Kalau tak jumpa, kau kena jadi Sherlock Holmes sikit, cari apa masalah yang dia cuba selesaikan.
Contoh: Kalau artikel tu tajuk dia “Kesan TikTok terhadap Produktiviti Pelajar Universiti”, besar kemungkinan objektif dia nak tengok pelajar makin rajin ke makin lalai sebab TikTok.
2. Ada guna kerangka teori tak? Kalau tak ada, dia duna apa?
Kerangka teori ni macam Google Maps untuk kajian iaitu tunjuk arah. Kalau ada, best. Biasanya dia letak nama-nama besar macam Piaget, Bandura, atau Bourdieu (baca: bukan jenama baju ya). Tapi kalau tak ada, kau kena agak sendiri. Dia ni berteori ikut siapa?
Contoh: Kalau artikel tu banyak cakap pasal “pengaruh persekitaran“, mungkin dia ikut teori behaviorism. Kalau asyik ulang pasal “struktur masyarakat”, mungkin ada bau-bau Bourdieu.
3. Apa isu besar yang dia bincang? Ada tak hipotesis gempak?
Tengok bahagian ulasan atau kajian lepas, biasanya penulis akan gebang sikit pasal isu panas dalam bidang dia. Kadang-kadang ada hipotesis – iaitu ramalan macam “aku rasa pelajar yang guna TikTok 6 jam sehari dapat pointer bawah 2.5”. Kalau ada, tulis. Kalau tak ada, jangan paksa keluar.
4. Dia guna kaedah apa? Tanya sikit, bukan tukang tilik
Metodologi ni penting, dia macam resipi. Guna kuali ke oven? Kualitatif ke kuantitatif? Kalau dia buat temubual, soal selidik, atau eksperimen, tu semua penting untuk kau ulas.
Contoh: “Penulis buat soal selidik pada 300 orang pelajar lepas final exam sambil pegang air mata.” Ini contoh cara santai ulas.
5. Bukti ada? Cukup ke? atau sekadar cakap-cakap kopi tiang?
Kalau dia dakwa “pelajar makin malas sebab TikTok”, tapi tak ada data atau dia tanya 5 orang je, kau kena persoalkan. Bukti kena kukuh. Tak cukup dengan “rasanya…”, “saya percaya…”, ni bukan tempat buat cerpen.
6. Ada tak nilai-nilai terselindung? (macam drama melayu)
Kadang-kadang artikel ni ada vibe macam nak tunjuk: “Media sosial ni merosakkan generasi muda.” Haa itu nilai tersirat. Kau tulis je, penulis mungkin ada nada moralistik, atau dia seolah-olah berat sebelah.
7. Dia rujuk kajian lama ke main tarik dari langit?
Literatur review ni macam ‘throwback’. Penulis kena buktikan dia bukan baru nak up. Dia kena tunjuk dia tahu kajian lama-lama, dan kajian dia ni bukan copy-paste tapi sambung legasi. Kalau tak nampak jelas, tulis je: “Kajian ini kurang mengaitkan dapatan dengan literatur terdahulu.”
8. Kajian ni tambah ilmu dunia atau saja buang kertas?
Tanya: “Kajian ni bawa angin segar ke atau recycle hujah lama?” Kalau dia buka ruang baru, tu nilai tambah. Tapi kalau macam ulang benda sama dari 2010, mungkin kurang menyinar.
9. Gaya bahasa dia macam tulis rencana sains ke tesis berpuaka?
Bahasa artikel tu penting jugak. Kalau ayat dia pusing 4 kali baru faham, tolong tulis. Tapi kalau dia tulis jelas, flow cantik, tak bosan. puji la sikit. Penulisan akademik pun ada seni.
Kesimpulan
Ulas artikel bukan macam isi borang Sumbangan Asas Rahmah (SARA), tapi juga bukan tulis novel cinta. Gunakan otak dan hati. Jangan takut kritik, tapi kritik dengan gaya cendekiawan yang bergaya, macam kau, tapi lepas tidur cukup.
Nak buat ulasan jadi fun? Mulakan dengan minum kopi, buka artikel, dan bayangkan kau tengah borak dengan penulis tu kat kafe.