Sebelum penah dibincangkan tiga tahun lepas di https://zeckry.net/2022/04/01/teknik-menulis-kajian-lepas/ kali ini mari kita fahamkan semula sebab ramai yang duk pening-pening, wasap bertubi2..

Cara mantap untuk tulis kajian lepas dalam tesis. Fahamkan dulu. Kalau kau rasa “Literature Review” tu kedengaran macam benda yang serius gila, memang betul. Tapi jangan risau. Kita akan olah topik ni jadi santai, logik, dan paling penting, kau boleh faham. Anggap je kau tengah nak buat sinopsis filem, tapi filem tu semua hasil kajian orang lain.

Apa Benda Sebenarnya Literature Review Ni?

Literature Review (atau Kajian Lepas) bukan sekadar “copy paste” ringkasan dari artikel orang. Ia sebenarnya satu cerita ilmiah yang menceritakan:

  1. Siapa pernah buat kajian macam ni?
  2. Diorang buat macam mana?
  3. Apa hasil diorang?
  4. Kat mana lompong (ruang kosong) yang belum dikaji?

Kita bukan tukang simpul. Kita tukang “bedah” dan kritis. Kalau kajian tu mantap, kita sokong. Kalau longgar, kita tegur. Macam food review, tapi untuk artikel akademik.


Kenapa Kena Buat Kajian Lepas?

Sebab:

  • Nak tunjuk kau bukan orang pertama fikir isu tu
  • Nak tahu apa teori dan konsep yang boleh kau guna
  • Nak tahu apa yang orang lain dah buat, dan kau nak sambung dari situ
  • Elak ulang benda yang dah basi

Tiga Benda Wajib Ada:

  1. Apa yang orang lain dah kata – teori dan hasil kajian
  2. Macam mana orang tu buat kajian – metodologi, sample, lokasi
  3. Apa yang kurang – ruang yang boleh kau isi

Langkah Menulis Kajian Lepas

Langkah 1: Cari Bahan dan Baca Sampai Lebam

Cari artikel, buku, tesis, jurnal, apa-apa je yang berkaitan. Guna Google Scholar, ResearchGate, atau perpustakaan digital universiti.

Tips:

  • Tengo tajuk, abstrak, dan kesimpulan dulu
  • Kalau nampak “on point”, baru baca penuh
  • Jangan malas baca artikel yang kau tak setuju – kadang yang ni paling bergunak!

Langkah 2: Tapis dan Nilai Bahan Bacaan

Tanya diri sendiri:

  • Siapa tulis? Dia pakar ke?
  • Kajian tu diterbitkan kat mana? Jurnal akademik ke, atau blog beli ubat kuat?
  • Tulisan tu ada data kukuh ke, atau sekadar cakap kosong?
  • Adakah sumber tu terkini (10 tahun ke bawah), kecuali kalau sejarah?

Langkah 3: Catat Ringkasan Macam Nak Study Exam

Untuk setiap bahan:

  • Siapa penulis?
  • Tahun terbit?
  • Tujuan kajian?
  • Teori dan konsep?
  • Kaedah kajian?
  • Hasil kajian?
  • Apa kelemahan dia?
  • Apa yang kau rasa?

Contoh ringkasan: “Kajian oleh Ahmad (2020) tentang gaya pembelajaran pelajar IPT menggunakan pendekatan kualitatif dengan temubual 12 pelajar. Dapatan: pelajar suka belajar secara visual. Tapi kajian tak sebut latar belakang responden secara terperinci.”

Langkah 4: Gabung Semua Jadi Cerita Padu

Gabungkan semua ringkasan tu jadi satu naratif. Susun ikut tema atau isu.

Contoh:

  1. Tema 1: Gaya pembelajaran
  2. Tema 2: Perbezaan jantina dalam pembelajaran
  3. Tema 3: Hubungan gaya pembelajaran dan pencapaian

Tips:

  • Tunjuk persamaan dan perbezaan antara kajian
  • Mana kajian yang menyokong, mana yang bercanggah
  • Mana yang ada lompong – kat situ la kau masuk!

Cara Tulis:

  • Parafrasa – Ubah ayat orang guna gaya kau sendiri
  • Citing – Letak sumber: (Ahmad, 2020)
  • Bibliografi – Senaraikan semua rujukan ikut gaya (APA/UKM dll)

Kesimpulan:

Literature Review bukan sekadar senaraikan kajian orang. Tapi lebih kepada:

  • Faham medan kajian tu
  • Tahu siapa buat apa
  • Tahu mana ruang yang belum diteroka
  • Dan tunjuk kenapa kajian kau penting

Dengan gaya penulisan yang betul, tersusun dan penuh kritis, Literature Review kau boleh jadi lebih dari sekadar “bab 2 tesis”, ia boleh jadi asas kepada kajian yang bermakna.


Kalau kau rasa lost – jangan panik. Literature Review ni memang macam puzzle. Tapi bila siap, puasnya lain macam.

Semoga berjaya, researcher muda!

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.