“Kita kahwin kerana cinta, tapi cinta tu kadang-kadang tak cukup bila hati selalu luka.”
“Rumah yang dulu syurga, kini jadi sangkar…kerana diam yang membunuh, dan kata-kata yang tak pernah diluah.”

Kak Som dan Abang Man dah kahwin hampir 30 tahun. Dulu mereka sama-sama buka kedai runcit tepi simpang. Kak Som berhenti kerja demi nak tolong suami, “biar kita susah sama-sama, Man,” katanya dulu. Masa tu, cinta masih segar, janji masih wangi.

Tapi sekarang, mereka bukan saja tak tinggal sebumbung… tempat tidur pun dah lama tak sehala. Sejak tahun lepas lagi, bantal Kak Som tidur sorang-sorang.

Anak-anak dah besar. Tapi rumah tu makin sunyi. Yang kedengaran, cuma jeritan Abang Man bila marah. Dan tangisan Kak Som yang tak kedengaran pada siapa-siapa.

Sebelum Kak Som keluar rumah, dia sempat hantar WhatsApp pada Abang Man. Ringkas:

“Saya report polis. Saya tak tahan dah. Saya keluar, jaga anak-anak. Awak jaga diri.”

Ya, Kak Som lari dari rumah… bukan ke tempat baru, tapi ke rumah anak sulung mereka. “Mak tak nak cucu-cucu mak tengok mak kena herdik hari-hari,” katanya. Bayangkan, wanita yang sedang sarat emosi, penat urus anak dan rumah, masih sempat masak nasi lemak setiap pagi dan ke hospital untuk rawatan kanser payudara tahap 3.

Abang Man bukan jenis kaki pukul. Tapi hatinya keras macam simen tak kering. Bila marah…diam. Bila terasa.. diam. Bila sakit hati …terus diam. Tapi diamnya bukan damai… diamnya macam pedang sejuk yang tajam.

Bayangkan silent treatment… bukan seminggu. Bukan sebulan. Tapi satu tahun setengah. Kak Som cakap, “Saya jadi macam penghuni asing dalam rumah sendiri. Macam nyamuk berdengung dalam bilik kosong.”

Abang Man tak pernah jumpa besan. Masa anak kahwin pun, dia cuma hadir sekadar wali. Katanya, dia tak tahu pun detail majlis kahwin anak sebab Kak Som urus semua. “Saya rasa macam orang luar dalam keluarga saya sendiri,” katanya dalam kenyataan mahkamah.

Lebih menyayat, dia kata:

“Saya bukan tak sayang. Tapi saya dah penat kecewa.”

Wakil Kak Som..anak sulung mereka.. kata maknya tak pernah ajar benci ayah. Tapi tiap kali anak minta maaf, Abang Man tetap marah. “Mak ajar kami hormat ayah… Tapi ayah marah macam kami ni musuh.”

Sedihnya, satu demi satu anak jadi penat untuk faham kenapa mak dan ayah macam orang asing. Yang lebih menyakitkan, Abang Man tuduh Kak Som menghasut anak-anak untuk benci dia. Sampaikan setiap kali dia marah, anak-anak lari bilik.

Anak sulung cerita, tiap kali mak kena herdik, mak diam. Tunduk. Tak lawan. Tapi Abang Man makin tinggi suara. Hinggalah anak ni sendiri menangis malam-malam dalam bilik.

“Mak saya dah tak ada kekuatan nak lawan. Tapi ayah anggap mak diam tu tanda bersalah.”

Kak Som kata kalau kahwin ni diteruskan, dua-dua berdosa. Sebab tak dapat laksanakan peranan suami isteri dengan baik. Tapi Abang Man tak setuju cerai, sebab katanya:

“Saya masih sayang anak-anak dan isteri.”

Sayang… tapi sakit. Sayang… tapi membunuh dari dalam.

Kak Som dan Abang Man bukan pasangan biasa. Mereka mewakili ratusan ..mungkin ribuan pasangan di luar sana. Yang masih duduk serumah tapi hati dah cerai. Yang nampak bahagia depan kedai runcit… tapi rumah macam medan perang senyap.

Kalau anda seperti Kak Som… jangan tunggu diri makin hancur.
Kalau anda seperti Abang Man… jangan tunggu isteri tinggalkan pesan terakhir baru tersedar.

Dapatkan bantuan guaman syarie [KLIK SINI]. Bukan untuk bercerai …tapi untuk cari kebenaran, keadilan dan maruah diri.

Jika anda seperti Kak Som… atau Abang Man…
Jangan tunggu 30 tahun untuk bercakap.
Dapatkan nasihat. Dapatkan jalan keluar. Dapatkan keadilan.

Kerana…

“Retak menanti belah, jangan biar sampai rebah.”
“Sesat di hujung jalan, pulanglah bertanya.”
“Kalau takut dilambung ombak, jangan bina rumah di tepi pantai … tapi kalau dah terbangun, jangan biar hanyut tanpa pelampung.”

By Abu Zeckry

Zeckry.net merupakan sebuah platform penyelidikan dan jaringan ilmiah yang berperanan sebagai Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) dalam bidang Sains Sosial Islam. Berasaskan keperluan kepada pendekatan yang lebih berakar pada warisan keilmuan Melayu-Islam dan responsif terhadap cabaran kontemporari, Zeckry.net menghimpunkan penyelidik, penulis, dan pemikir dari seluruh Alam Melayu. Zeckry.net bukan sekadar laman web. Tetapi sebagai ekosistem penyelidikan, pemikiran, dan penerbitan yang memperjuangkan pendekatan Islamik dalam sains sosial yang kontekstual dan membumi di rantau ini. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.