1.0       PENGENALAN

Berdasarkan analisis Napaleon Hill (2014) antara penyebab utama lelaki atau wanita adalah mereka yang tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas kerana mereka yang tidak mempunyai keinginan hidup, cita-cita yang ingin dicapai atau sasaran matlamat yang jelas, tidak mempunya harapan untuk berjaya. Sembilan puluh lapan daripada serratus orang yang pernah beliau analisis adalah mereka yang tidak mempunyai perkara tersebut.

Oleh itu, untuk mewujudkan dan mencapai matlamat terlebih mesti mewujudkan gaya hidup sihat dengan memastikan sistem jaringan dalam badan berfungsi dengan baik. Sebagaimana nenurut Donald J.Trump dan Robert T.Kiyosaki (2012) Kesihatan dan kekayaan diukur dalam bentuk waktu, walaupun tidak mustahil bagi mengukur kesihatan dan kekayaan,namun kebahagiaan tidak dapat diukur.

Tugasan ini akan membincangkan sepuluh langkah dalam mewujudkan matlamat hidup sebagaimana menurut Faridah Hashim (2014) :

2.0       SEPULUH LANGKAH DALAM MEWUJUDKAN MATLAMAT HIDUP.

  1. Penilaian Diri Sendiri

 

Pemerhatian kepada diri sendiri yang mesti diukur melalui Tahap Skala Aktiviti bagi menilai dimana tahap skala aktiviti kita yang boleh dicapai bagi mendapat kesimbangan fizikal dan rohani.

  1. Percambahan Minda

Kewujudan perkongsian idea melalui pergaulan seseorang akan menghasilkan percambahan minda dengan bersumberkan daripada pengalaman dan pemerhatian dari orang lain

  • Bayangan secara visual

Gambaran untuk mencapai sesuatu matlamat mesti melalui proses imaginasi yang divisualkan pada otak kita terlebih dahulu dengan pemerhatian mereka yang telah berjaya, Menurut (Eithel R.Nelson (2010) cuba bayangkan bagaimana matlamat Stu Mittleman membuktikan kemampuan yang menghasilkan lariannya di luar jangkaan yang bermatlamat untuk memecah rekod dunia. Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya melatih tubuh badan dan juga minda untuk berlari lebih daripada 1000 batu selama 11 hari dan 19 jam dengan kadar 84 batu sehari. Teknik membuat bayangan dengan apa yang kita impikan adalah hasil dari tubuh badan kita sihat dan cergas serta tenang agar kita dapat fokus.

  1. Jangan menilai diri sendiri

Membuat penilaian dan keputusan sendiri boleh membawa risiko yang mana kita perlukan sumber atau rujukan agar kita mendapat hasil keyakinan diri dan menyokong kepercayaan Menurut Anthony Robbins (1991) Sekiranya kita tidak tahu nilai sebenar kita, bersedialah hadapi kesakitan, biasanya tingkah laku bukan semula jadi dapat melemahkan atau berpotensi memusnahkan, antaranya : minum dan makan berlebihan, salah guna dadah, cuba mengawal dan menguasai orang lain, menonton televisyen berjam-jam dan sebagainya.

  1. Perhatikan orang lain

 

Memerhatikan orang lain sebagai inspirasi untuk merealisasikan matlamat yang kita aturkan. Ethel R. Nelson (2010) Pada 1976 seorang lelaki bernama Pritikin yang berusia 42 tahun mengidap penyakit kanser limfatik dan koronari arteri yang teruk yang mana peredaran darah berkurangan ke jantung-jantung kerana pembuluh-pembuluh koronari tersembut oleh kolestrol.

Kebanyakan doktor perubatan ketika itu tidak dapat mencari penyelesaian dan tidak boleh diubah. Dengan keazaman beliau mencabar dirinya untuk ubah kembali penyakitnya dengan menjaga pemakanan dan senaman dapat mengejutkan doctor bukan setakat berubah bahkan menurun dari 30 hingga 40 peratus hasil dia sendiri membuat eksperimen.

Akhirnya, pada Februari 1985 pada usia 69 beliau meninggal, ahli patologi yang melakukan autospi itu di Hospital New York terperanjat menemui arteri koronari jantung Pritikin bersih seperti yang dimiliki oleh seorang budak berusia 10 tahun.

Penemuan yang menunjukkan bahawa tiadanya lapisan kolestrol di dalam seorang lelaki berusia 69 tahun dan telah disahkan mengidap koronari jantung 27 tahun lalu adalah amat menakjubkan. Oleh itu dengan pemerhatian hasil usaha orang lain kita menambah pengetahuan sedia ada dijadikan panduan dan disebarkan bagi dimanfaatkan oleh generasi lain.

  1. Tumpuan yang khusus

Fokus merupakan kuasa penumpuan yang mempunyai daya atau tenaga. Dari mana untuk hasilkan tenaga yang baik pasti daripada tenaga tubuh badan kita yang diselaraskan oleh sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dan teratur.

Rajendra Kartawiris (2004) fokus terletak pada otak yang diibaratkan sebagai pusat perniaagan daripada sistem saraf pusat badan. Tugasnya menerima rangsangan gelombang elektrik dari hujung saraf seluruh badan dan mengirimkan pesanan itu kembali ke jaringan saraf bagi menyatakan kepada badan apa yang perlu lakukan.

Menurut Anthony Robbins (1991) menyarankan agar jangan cepat membuat kesimpulan terburu-buru, kita perlu memilih apa yang hendak kita fokuskan dengan berhati-hati.

  • Menyenaraikan Matlamat

Menurut Michael J. Losier (1962) untuk merealisasikan matlamat kita mestilah jelas mengenai apa yang kita inginkan. Walaupun bagaimanapun, cabarannya ialah ramai orang tidak mengenal pasti apa yang mereka inginkan tetapi sangat bagus dalam mengenal pasti apa yang mereka tidak ingini.

Napoleon Hill (2014) Matlamat adalah kaedah bagi pengakhiran pencarian sesuatu, bukan tujuan utama hidup kita. Matlamat hanyalah satu alat bagi menumpukan fokus dan menggerakkan kita ke arah tertentu, Satu-satunya sebab kita benar-benar hendak mencapai matlamat adalah bagi memastikan diri kita terus berkembang. Perancangan yang padu, disusuli pula dengan pelaksanaan yang berturutan merupakan langkah yang diperlukan.

Ketika ini, saya menyenaraikan matlamat perkembangan peribadi seperti kekal sihat. Matlamat kerjaya seperti memiliki kewangan yang stabil dan mengembara mengelilingi dunia bagi mengenal pemikiran sesebuah bangsa serta bermatlamat untuk berbakti berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk generasi yang akan datang.

  • Melibatkan orang lain

Di dalam menelusuri kehidupan, saya merasakan kita saling perlu memerlukan agar kehidupan lebih bermakna. Dengan melibatkan orang lain bagi merealisasikan dan mengesahkan matlamat adalah perlu sebagai sokongan sebagai motivasi agar ia terhasil dengan positif seperti guru, keluarga dan kawan-kawan.

  1. Analisa matlamat yang konflik

Sesuatu matlamat saya akan menjadi konflik apabila wujud cabaran seperti dipengaruhi oleh persekitaran, kebimbangan dan ketakutan. Matlamat kita akan musnah dan konflik jika persekitaran masyarakat yang berfikiran negatif. Kebimbangan dan ketakutan dengan matlamat yang diimpikan tidak tercapai dengan sebab suasana negara yang tidak aman dan konflik kuasa pemerintahan. Sekiranya matlamat yang saya impikan konflik, terus dianalisis dengan teknik mengubah mengikut kesesuaian dan tindakan baru yang positif serta merta serta sentiasa dalam keadaan kesedaran.

  1. Mengkategorikan pemikiran

Klasifikasi pemikiran untuk saya menilai dari segi rasional dan menjadikan seseorang itu mendapat pemahaman yang logik. Terdapat beberapa pemikiran yang dapat dibahagikan seperti berfikiran jauh, berfikiran terbuka dan berfikiran kritis. Pengaruh yang mendorong pembahagian pemikiran berdasarkan latar belakang keluarga, pengalaman hidup, tahap pembelajaran dan hubungan kemasyarakatan.

3.0       KESIMPULAN

Menetapkan matlamat hidup adalah penting untuk mencapai sasarannya Namun, perkara paling penting yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat adalah mencipta momentum secepat mungkin sebaik sahaja kita menetapkan matlamat kita. Keputusan yang betul adalah keputusan yang mempunyai tindakbalas, dan satu tindak balas yng dilakukan sekarang.

 

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.