Apakah perkara yang perlu kita perbaiki apabila bercakap kepada audiens samada secara berdepan ataupun secara online?

1-Kena ada tujuan yang jelas. Jangan berliku liku dan berbelit belit sampai orang pening tak tahu kemana halatuju kita dalam ucapan.
.
2-Ucapan ini macam perjalanan. Ada chek point. Dan jangan banyak undur dan tak sampai sampai pada destinasi tujuan.

3-Ucapan yang baik ada strukturnya. Ada “flow of logic” yang bergerak dari satu poin ke poin berikut. Kepala orang yang mendengar akan rasa tenang dan tak serabut.

4-Terlalu banyak maklumat dan informasi di masukkan dalam satu masa. Ia jadikan seolah makan nasi berpinggan pinggan. Jangan macam tu, kena lah ada lauk dan sayur. Kena ada kuahnya . Baru lah berselera untuk dihidangkan.

5-Perlu ada cerita. Jenaka berpengajaran. Kalimat bijak , analogi, metafora dan seumpamanya. Ini adalah sokongan kepada idea, konsep dan informasi.

Baru ada warna warni pelangi indah dalam ucapan yang jadikan para audiens gembira dan mahu lagi dan lagi.

Ucapan paling membosankan apabila diperkatakan tanpa energi. Bercakap monotone – senada tanpa ada variasi tonality. Dalam Public Speaking ini termasuk dalam “voce and manner of speech”
.

Keenam ini memang padu. Speaker syok sendiri. Fokus pada dia, bukan pada audiens. Ini kegilaan yang banyak berlaku. Terbabas angkat diri sehingga lupa subjek yang perlu diperkatakan.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.