Thesis statement adalah pernyataan utama yang menggambarkan argumen atau pendapat yang akan dibahas dalam tesis. Hal ini kerana tesis adalah salah satu langkah penting dalam menyelesaikan kajian lanjutan. Untuk membuat tesis yang terbaik, langkah pertama yang perlu diambil ialah memperkenalkan topik penyelidikan dengan jelas dan ringkas. Pengenalan ini mesti mampu menjelaskan latar belakang masalah, matlamat penyelidikan, serta relevansi topik dalam konteks akademik atau praktikal.

Selain itu, pengenalan disertasi juga harus mampu menunjukkan kemas kini atau sumbangan yang akan diberikan oleh penyelidikan ini kepada bidang kajian yang sedang dipelajari. Dalam membangunkan pengenalan tesis, penulis juga perlu memberi perhatian kepada struktur dan gaya penulisan yang sesuai dengan peraturan akademik yang berkenaan. Oleh itu, mengeksplorasi kepentingan pengenalan topik yang jelas dan ringkas dalam penulisan penyelidikan, menekankan keperluan untuk menyediakan maklumat latar belakang, matlamat penyelidikannya, dan relevansi akademik / praktikal.

Kemudian, nembincangkan bagaimana pengenalan disertasi harus menunjukkan sumbangan terkini atau baru yang penyelidikan akan membuat kepada bidang kajian. Seterusnya menyediakan arahan untuk membangunkan pengenalan yang terstruktur dan akademik yang sesuai untuk disertasi, dengan mempertimbangkan peraturan dan panduan akademik yang berkaitan dan nengkaji pendekatan yang berbeza untuk menulis pengenalan disertasi yang berkesan dalam bidang kajian tersebut.

Namun, ramai pelajar stress untuk memulakan penulisan tesis mereka kerana kegagalan untuk mendapatkan tips-tips yang berkesan. Oleh itu, kegagalan mengurus penulisan tesis bermakna mereka memulakan langkah dengan menangguhkan penulisan yang akan digarapkan dalam tesisnya.

Dalam perbincangan kali ini, terdapat beberapa tips yang boleh membantu pelajar mengatasi stres dan memulakan penulisan tesis mereka dengan lebih efektif. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah membuat jadual waktu yang teratur, mencari sokongan dari rakan sejawat, dan menguruskan emosi dengan teknik pernafasan atau meditasi. Selain itu, pelajar juga boleh mencari bimbingan daripada penyelia tesis mereka.

Baiklah, perbincangan ini memperkenalkan tips yang berkesan dalam menulis tesis di atanranya:

1- Pengenalan

Perlu susun idea supaya lebih sistematik seperti berikut

-Maksud wakaf tunai (secara umum)

-Apakah kepentingan wakaf tunai (secara umum)

-Bagaimana wakaf tunai dilaksanakan (secara umum)

2. Latar belakang kajian

-Sejarah ringkas tentang wakaf tunai

-Perlaksanaan wakaf tunai/ Telah dilaksanakan pada peringkat mana

-Organisasi melaksanakan wakaf tunai/ Jika ada, apa yang telah mereka laksanakan?

-Apakah implikasi dan kepentingan pelaksanaan wakaf tunai tersebut pada organisasi?

Maknanya…..

-Bincang isu secara umum.

-Kita beri gambaran keselurahan isu-isu yg nk kita kaji

-Beri huraian gambaran secara umum mengenai bidang kajian dengan jelas.

-Bawa pemboleh ubah yang berkaitan dengan kajian (rujuk tajuk kajian) yang disokong oleh literatur.

3. Penyataan masalah

Bahagian ini pengkaji mesti menjawab persoalan seperti berikut:

-Apakah Masalah dan bukti (dalam bentuk data) tentang kefahaman wakaf tunai?

-Implikasi dan bukti implikasi (dalam bentuk data) daripada masalah tersebut.

-Faktor2 yg menyebabkan masalah (untuk tunjukkan sebab akibat yang akan diuji secara hipotesis) berdasarkan kajian-kajian lepas.

-Satu cara lagi nak dapat buktikan perkara tersebut bermasalah adalah dengan merujuk kepada Belanjawan 2021 atau polisis yang berkaitan.

-berdasarkan kajian lepas, apakah kekurangan yang ada sehingga kajian ini sangat penting untuk dilaksanakan?

Maknanya…

-Kenal pasti isu. Nyata dengan jelas dengan sokongan literatur yang terkini dan sesuai dengan isu/masalah yang ingin dikaji.

-Jelaskan jurang kajian sehingga perlu untuk menjalankan kajian tersebut.

-Bawa isu yang berkaitan dengan pemboleh ubah utama.

-Terus kaitkan dengan pemboleh ubah dalam teori kajian yang sesuai dan yang ingin digunakan untuk kajian tersebut.

Kesimpulannya. penulisan pengenalan, latar belakang, pernyataan masalah sebagai langkah permulaan untuk menulis tesis dan memahami konteks kajian yang akan dilakukan. Penulis percaya bahawa langkah permulaan yang penting dalam menulis tesis adalah dengan mengaitkannya dengan pemboleh ubah dalam teori. Tips ini antara lain yang boleh membantu penulis dalam menulis tesis dengan lebih efektif.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.