Macamana nak dptkan cara mudah faham kerangka konseptual dan kerangka teori ? Inilah majoriti bagi pengkaji atau penyelidik baru nak berjinak-jinak dalam kajiannya. Mereka ini bermasalah mcmana nk mula? Tapi dah dibincangkan sebelum ini [KLIK SINI BACAAN LANJUT]

Secara dasarnya. Apabila kita terlibat dalam bidang penyelidikan/kajian sesuatu bidang PASTIKAN ! anda betul-betul hadam Metodologi Penyelidikan, hadam istilah-istilah dalam tu bg jelas. Sebenarnya mudahnya, yang susah tu diajar dgan istilah dalam penyelidikan tu yg jd kita buntu !

Jadi cara mudah faham kerangka konseptual dan kerangka teori tu mcamana ? Ada beberapa pandangan (beza pandangan tu sbrnya beza ayat atau perkataan yang digunakan utk para sarjana nak terangkan kt anak didiknya je).

Ada sarjana kata cara mudah faham kerangka konseptual dan kerangka teori antaranya begini bezanya:

  1. Kerangka Konseptual: merujuk kepada gambaran/gambarajah berkenaan proses keseluruhan kajian yang mengandungi tiga komponen iaitu : Independent Variable, Dependant Variable dan apakah jangkaan/output dalam kajian ingin dijalankan.
  2. Kerangka Teori: Satu gagasan teori/ilmu yang mendasari sesuatu bidang yang dijalankan.

Susah juga nak faham kalau itu yang diterangkan, sbb ada istilah Independent Variable dan Dependant Variable (benda apa pulak ni?)

Beginilah ceritanya, Conceptual Framework) adalah Body of Research iaitu nk bg gambaran menyeluruh mengenai kajian kita buat tu (lukis je gambarajah ke diagram ke) mcam peta lah atau pandu arah kajian tu, dari mana mulanya dan ke mana akan tamat.

Senang citenya, Conceptual Framework (keyword : kena lukis gambarajah/diagram) dlm tu ada rumusan dan perwakilan kpd permasalahan, objektif, persoalan kajian dan hipotesis kajian.

Orang kampung sy panggil Conceptual Framework ni model hipotesis (cadangan sementara utk selesaikan permasalahan yg dikemukakan). Kalau kajian kuantitatif, setiap interaksi antara pemboleh ubah kajian dalam kerangka konsep adalah hipotesis-hipotesis kajian tu lah.

Jadi, Conceptual Framework ni cadangan sementara=jangkaan je utk jawab persoalan kajian sekaligus nk selesaikan permasalahan yg kita bina tu. Oleh itu, penting ke Conceptual Framework ni? penting dan mesti dibuat/bangunkan (plan) ler kalau nk wat rumah.

Kan dah kata td, body of research, ada fungsinya kena bina berpandunkan teori dan dapatan-dapatan kajian lepas yg kita duk baca n hadam tu. Luaskan sorotan keperpustakaan anda !

Apakah beza kerangka konseptual bg kajian kuantitatif dengan kualitatif ?

PERBEZAAN KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian KuantitatifKajian Kualitatif
-Lebih berfokus dan Jelas-Lebih bebas dan fleksibel
-Tujuan kumpul data lapangan utk uji sama ada data dikumpul tu sepadan atau tidak dgn hipotesis yg dicadangkan dlm kerangka konsep. Hipotesis yg diterima dikekalkan. Hipotesis yg ditolak dibuangkan daripada model akhir nanti.-Sifat kajian yg bertujuan utk hurai elemen/unsur nilai yg lbh mendalam dan meluas. Pengkaji lebih bebas teroka data-data yg berada dilingkungan pemboleh ubah yg disenaraikan dlm kerangka konsep yg dicadangkan tu.

Nanti sambung ke siri lain , tapi jika tak de idea utk fahamkan dan siapkan benda ni zeckry.net sediakan perkhidmatan ini nak lukis ke apa hubungi segera TEKAN SINI untuk dptkan talian hayat !

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.