Hari demi hari, kisah rumah tangga Awang Siri dan Cik Timah Kurier semakin jadi bualan di kedai kopi Kampung Batu Basah. Orang kampung dah mula gelar kes mereka “Drama Sembur Tersedak Kopi” sebab penuh kejutan dan perisa pedas.

Cik Timah, makin cekal. Selepas berbulan-bulan simpan luka dalam diam, dia nekad nak failkan tuntutan fasakh. Katanya pada jiran:

“Kalau dulu aku sabar sebab anak-anak… tapi sekarang aku kena kuat sebab anak-anak juga. Aku tak boleh jadi isteri pada lelaki yang hukum aku macam tahanan parol!”

Hari Isnin, awal pagi, dengan tudung senget sebelah sebab Tina tertumpah milo, Cik Timah pergi ke Mahkamah Syariah. Tapi dalam perjalanan, jantung dia degup macam kompang kenduri. Dia takut kalau prosedur rumit, takut kalau kena soal macam dalam rancangan ‘Who Wants to Be a Wife Again?’.

Di ruang menunggu mahkamah, dia ternampak seorang kakak duduk depan papan kenyataan. Kakak itu senyum dan bagi kad:

“Nak buat tuntutan fasakh, hak jagaan anak, tuntutan nafkah tertunggak? Jangan risau. Buka Zeckry.net …semua boleh urus terus. Percuma konsultasi pertama.”

Cik Timah macam dapat nafas baru. “Zeckry.net? Web apa tu? Kedai tudung ke?”

“Bukan… ni tempat dapat khidmat guaman syarie yang cepat, mudah dan telus. Tak payah pening. Ada peguam bantu sampai habis kes. Takde sembang air liur je.”


Di Sebelah Sana, Awang Siri Tak Duduk Diam.

Dia mula buat ‘live’ TikTok:

“Saya suami teraniaya. Saya jaga anak, saya sapu rumah, saya beli gula..tapi isteri saya lupa jasa saya. Abang-abang semua, kita kena lawan!”

Ramai juga netizen sokong. Tapi lebih ramai komen:

“Bro… jaga anak bukan jasa, itu tanggungjawab.”

Dalam diam, dia pun cari bantuan. Tapi salah cari—dia jumpa “Bomoh Buaya Laut Selat Melaka” yang bagi dia kacip emas untuk tawan hati isteri. Dia sapu pada dinding rumah. Malangnya, kucing jiran yang datang lepak hari-hari.


Hari Perbicaraan Tiba

Cik Timah masuk dengan penuh yakin sebab semua dokumen dan bukti dah disusun oleh team guaman Zeckry.net, siap ada rekod nafkah, laporan perubatan selepas jatuh ditolak, dan bukti WhatsApp mesej ugutan ‘siap kau nanti aku datang tempat kerja’.

Peguam syarie Cik Timah bangun dan dengan tegas berkata:

“Anak guam kami sudah bertahan terlalu lama. Nafkah tidak diberi, keselamatan terancam, emosi terganggu. Kami mohon mahkamah memberikan keputusan yang adil demi anak-anak kecil yang masih perlukan kasih sayang, bukan drama orang dewasa.”

Awang Siri hanya tunduk. Dia tahu, ini bukan lagi medan rayu-rayu cinta, tapi ruang menuntut hak dan maruah.


Akhirnya…

Mahkamah serahkan keputusan, dan Cik Timah keluar dengan linangan air mata. Tapi kali ini bukan sebab luka…tapi sebab lega. Dia peluk anak-anak sambil bisik:

“Ibu dah lawan. Ibu dah menang. Kita mula hidup baru.”


Moral Cerita:

💡 Kalau hidup makin sakit, cari jalan keluar, bukan gali lubang makin dalam.
💡 Bila cemburu bertukar jadi racun, jangan tunggu hati reput.
💡 Dalam rumahtangga, hak bukan hanya di tangan lelaki.
💡 Perempuan bukan barang simpan, tapi insan yang berhak dilindungi.


Pesanan Akhir Ustazah Nini:

“Kalau rasa jalan buntu, jangan simpan sorang-sorang.
Pergi je ke Whatapps Zeckry.net
Dapatkan khidmat guaman syarie yang faham hati, faham syarak, dan sedia bantu kamu sampai selesai.
Jangan tunggu sampai hati jadi batu.”

By Abu Zeckry

Zeckry.net merupakan sebuah platform penyelidikan dan jaringan ilmiah yang berperanan sebagai Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) dalam bidang Sains Sosial Islam. Berasaskan keperluan kepada pendekatan yang lebih berakar pada warisan keilmuan Melayu-Islam dan responsif terhadap cabaran kontemporari, Zeckry.net menghimpunkan penyelidik, penulis, dan pemikir dari seluruh Alam Melayu. Zeckry.net bukan sekadar laman web. Tetapi sebagai ekosistem penyelidikan, pemikiran, dan penerbitan yang memperjuangkan pendekatan Islamik dalam sains sosial yang kontekstual dan membumi di rantau ini. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.