Ramai orang hari ini mengeluh dengan ayat yang hampir sama:
“Aku dah kerja kuat, aku dah berdoa siang malam, tapi duit macam tak lekat. Rezeki rasa sempit. Hidup rasa kosong walaupun ada keluarga dan kerja tetap.”

Pernahkah kita terfikir ? mungkin punca sebenar bukan pada dunia luar, tetapi ada “simpulan rahsia” di dalam tubuh kita sendiri? Satu tenaga yang Allah amanahkan sejak lahir, tapi sering disalah faham. Tenaga ini disebut tenaga hidup, atau dalam bahasa moden disebut energi seksual. Jangan cepat salah anggap..ini bukan sekadar soal nafsu. Ia adalah api kehidupan, kuasa besar yang menentukan sama ada kita jadi manusia yang bermakna atau manusia yang tenggelam dalam kekosongan.

Kalau dijaga dan diarahkan, tenaga ini jadi bahan bakar rezeki, semangat, dan keberkatan. Tapi kalau disalah guna atau dibiarkan liar, ia jadi racun yang menyumbat hati, merosakkan fokus, dan menolak datangnya rezeki.

Dan inilah yang ramai tidak sedar iaitu rezeki bukan hanya tentang kerja keras, tetapi bagaimana kita mengurus tenaga batin yang tersembunyi ini. Bila tenaga hidup selaras, rezeki jadi mudah, hati jadi tenang. Lebih indah lagi, bila rezeki itu mengalir keluar dalam bentuk sedekah kecil, walaupun hanya 50 sen sehari , Allah jadikan ia pintu keberkatan yang lebih besar.

Apa itu Tenaga Hidup?

  • Tenaga ini Allah titip dalam badan kita sejak lahir.
  • Ibarat minyak dalam enjin motor, kalau betul cara guna, motor laju dan jimat. Kalau salah isi atau bocor, motor cepat rosak.
  • Tenaga hidup inilah yang menentukan semangat, ilham, fokus, dan juga tarikan rezeki dalam kehidupan seharian.

Kenapa Rezeki Boleh “Tersumbat”?

  • Simpan marah, dendam, atau trauma lama.
  • Lari daripada masalah dengan pelarian kosong (tonton benda tak elok, skrol media sosial tanpa hala tuju).
  • Hubungan suami isteri dibuat sekadar melepaskan penat, tanpa doa atau kesedaran.
  • Badan kurang bergerak, nafas pendek, hati jadi gelisah.

Akibatnya, hidup terasa berat: kerja banyak tapi hasil sikit, doa panjang tapi hati tetap kosong.

Bagaimana Nak Arahkan Tenaga?

  • Bukan menekan nafsu sampai menderita.
  • Tapi mengalihkan tenaga itu ke jalan baik: ibadah, kerja, tolong orang, dan berkarya.
  • Contoh : guna tenaga untuk berkebun, menolong jiran kenduri, atau membina surau. Bila hati ringan, rezeki pun rasa mudah masuk.

Kaedah Praktikal

Amalan Harian (10–20 minit sahaja)

  1. Niat pagi: “Ya Allah, tenaga ini aku guna untuk jalan halal & bermanfaat.”
  2. Nafas 4-7-8: Tarik 4 saat → tahan 7 → hembus 8. Ulang beberapa kali untuk tenangkan jiwa.
  3. Satu kerja bermakna: Contoh, balas mesej pelanggan, tulis catatan jualan, atau ikat rumput untuk lembu.
  4. Puasa gangguan: Kurangkan tengok benda melalaikan. Ganti dengan zikir atau baca doa ringkas.
  5. Gerak badan: Jalan keliling kebun, angkat barang ringan, atau regangkan pinggang.
  6. Sedekah kecil: Masukkan 50 sen sehari ke tabung muallaf Sarawak. Sedikit bagi kita, besar nilainya di sisi Allah.
  7. Zikir penutup: “Alhamdulillah, tenaga ini amanah. Aku guna untuk kebaikan & rezeki halal.”

Amalan Mingguan

  • Mandi garam kasar/garam bukit: Niat lepaskan serabut & beban lama.
  • Tulis & lepaskan: Catat rasa marah/bersalah, kemudian koyak atau bakar sebagai simbol buang jauh.
  • Audit kebocoran tenaga: Bila biasanya tewas pada pelarian? Sediakan gantian (nafas, doa, bergerak).

Amalan Berkesan

Cakra sakral, atau disebut Swadistana, ialah pusat tenaga yang terletak di bawah pusat (perut bawah). Ia bukan sekadar istilah kerohanian Timur, tetapi satu simbol bahawa manusia ada tenaga hidup yang menggerakkan emosi, kreativiti, hubungan, dan keinginan. [RUJUK DI SINI]

Untuk Suami Isteri

  • Mulakan dengan doa & kata-kata baik.
  • Jangan terburu-buru, hadir dengan hati.
  • Niatkan hubungan bukan sekadar pelepasan, tapi sebagai penguat kasih & sumber keberkatan rumah tangga.

Orang kampung selalu kata: “Kalau sawah elok dijaga, padi jadi. Kalau tubuh elok diurus, rezeki pun mari.” Begitulah dengan tenaga hidup dalam badan kita. Bila dijaga & diarahkan, hati jadi tenang, kerja beres, rezeki masuk dengan izin Allah.

Lebih besar lagi rahsianya bila tenaga itu disalurkan untuk kebaikan, misalnya dengan sedekah kecil 50 sen sehari untuk muallaf di Sarawak. Sedikit pada kita, tapi ia jadi cahaya bagi saudara baru yang sedang mencari tapak dalam Islam.

Ingat, rezeki bukan hanya apa yang kita simpan, tapi apa yang kita alirkan. Semakin kita berkongsi, semakin Allah lipat gandakan. Mulakan hari ini … jaga tenaga, jaga hati, dan kongsi rezeki walau kecil. Kerana dari situlah keberkatan hidup bermula.

By Abu Zeckry

Zeckry.net merupakan sebuah platform penyelidikan dan jaringan ilmiah yang berperanan sebagai Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) dalam bidang Sains Sosial Islam. Berasaskan keperluan kepada pendekatan yang lebih berakar pada warisan keilmuan Melayu-Islam dan responsif terhadap cabaran kontemporari, Zeckry.net menghimpunkan penyelidik, penulis, dan pemikir dari seluruh Alam Melayu. Zeckry.net bukan sekadar laman web. Tetapi sebagai ekosistem penyelidikan, pemikiran, dan penerbitan yang memperjuangkan pendekatan Islamik dalam sains sosial yang kontekstual dan membumi di rantau ini. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.