Site icon Wacana Zeckry

Penulis


إنَّ الحمدَ لله نحمدُه ونستعينُه ونستهديه ونستغفرُه ونشكرُه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله الملك الحقّ المبين، وأشهد أنّ سيدنا محمدًا صلى الله عليه وسلم، عبده ورسوله الصادق الوعد الأمين من أرسله الله رحمة للعالمين.

أما بعد عبادَ الله فإني أوصيكم ونفسي بتقوى الله العليِّ القدير الذي أرسلَ محمدًا بالهدى ودينِ الحقِّ لِيُظهرَه على الدِّينِ كلِّه وكفى بالله شهيدًا.

أوصيكم ونفسي بتقوى الله العلي العظيم الذي رحمنا ببعثة محمد وأنزل على قلب حبيبه محمد:” ﴿ص  وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ١﴾ “. اص/1.

اللهمَّ صلِّ وسلِّم وبارك على سيِّدنا محمدٍ وعلى ءالِ سيِّدنا محمدٍ المُنْـزَلِ عليه:” لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ” التوبة/ 128

Pembaca yang diingati oleh Allah SWT,

 

Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Wacana Az-Zeckry merupakan hasil pemikiran penulis yang sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya, Az-Zeckry ini adalah manifestasi dari ilmu-Nya, menjadi medium untuk menggambarkan semua bentuk dan isi komunikasi penulisan. Segala penghasilan bahasa manusia dianggap sebagai wacana, asalkan ia berfungsi dalam konteks tertentu. Wacana ini digunakan sebagai wasilah untuk mencapai dan merealisasikan maksud komunikasi, yang ditentukan oleh faktor sosial dan budaya. Az-Zeckry sebagai kuniyyah berasal daripada perkataan Arab “ذَكَر” yang bermaksud ingatan atau sebutan.

Firman Allah SWT:

هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا١﴾ [الإنسان: 1]

Ayat ini membuka kefahaman kepada kita bahawa Allah berfirman: “Bukankah telah datang kepada insan suatu masa yang mana ia tidak pernah wujud?” Dahulu, kita tiada. Maka, kerana Allah mengingati kita, Dia menjadikan kita wujud sebagai tanda bahawa Dia ingat kepada kita.

Allah mengingati kita sebelum kewujudan kita. Apa tanda-tandanya? Apakah bukti bahawa Allah mengingati kita, sedangkan pada awalnya kita tiada?

Hakikatnya, bukan wujud kita yang mendahului, tetapi wujud ingatan Allah terlebih dahulu dalam ilmu-Nya, sebelum kita dizahirkan. Persoalannya, bila kita tiba di alam dunia ini, yang dikenali sebagai alam fana atau alam syahadah – alam penyaksian, kita terlupa bahawa kita sentiasa dalam ingatan Tuhan. Persoalan ini juga diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahman:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ١٨﴾ [الرحمن: 18]

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Penulis bersyukur kepada Allah kerana Dia mengingati kita sebelum kita wujud – sebelum roh dan jasad kita dijadikan, ingatan Tuhan terlebih dahulu ada. Maka, kita bersyukur kerana Dia mengingati kita sebagai manusia, bukan sebagai makhluk lain. Kita beruntung menjadi Muslim dan Mukmin.

Persoalannya, nikmat Tuhan yang manakah lagi yang hendak kamu dustakan? Dalam surah Ar-Rahman, ayat tersebut diulang sebanyak 31 kali sebagai peringatan. Allah bertanya kepada kita: Apa lagi yang Aku berikan kepada kamu yang kamu dustakan sehingga kamu melupakan Aku? Ayat ini bertujuan mengingatkan kita tentang segala nikmat-Nya, dari roh hingga jasad, agar kita tidak melupakan-Nya. Oleh kerana itu, sempena ingatan tersebut, penulis menamakan wacana ini sebagai Az-Zeckry.

Walaupun begitu, diriku diibaratkan seperti cahaya pada pelita – tiba-tiba ada. Cahaya itu sendiri tidak tahu bila sumbu dinyalakan, siapa yang menyalakan, atau bagaimana ia hadir. Lihatlah betapa indahnya mimpi yang diulit oleh Saudagar Mimpi. Mungkinkah kita juga adalah Saudagar Mimpi itu?

Pembaca yang dikasihi oleh Allah SWT,

Manusia yang teguh pada pendiriannya harus berdiri atas hakikat diri sendiri dan bersama-sama dengan yang wajib wujud. Aku tidak perlu menyalahkan pendapat orang lain kerana itu bukan diriku. Itu caranya mengenali dirinya sendiri, walaupun mungkin belum mencapai pengenalan kepada wujud yang sebenarnya, yang tidak dapat disifatkan. Aku yakin bahawa ada wujud asli yang lebih mendalam daripada wujudku sendiri, kerana aku pernah meminta sesuatu dari yang ‘ghaib’, dan ia memberikannya sesuai dengan hajatku. Oleh itu, aku mengenali diriku sebagai wujud kerana adanya yang wujud dan sentiasa bersamaku.

Aku tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah ayahku atau ibuku, walaupun aku berasal dari darah daging mereka dan terbentuk dari sel-sel yang diwarisi. Ayahku juga tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah dirinya. Namun, hakikat diriku tetap berasal daripada mereka berdua. Nama aku dan nama ayahku tidak dapat dipisahkan, melainkan jika aku melupakan siapa diriku. Namun, ayahku tetap mengenali anaknya walaupun wajah berubah. Seorang anak mungkin sukar mengenali ayahnya jika ia tidak pernah melihat wajahnya sejak kecil. Apabila seorang anak yang lama terpisah bertemu kembali dengan ayahnya, siapakah yang lebih dulu mengenali yang lain? Si anak atau ayahnya?

Teruskan meneroka bersama zeckry.net untuk memahami sesuatu yang lebih mendalam – cahaya-Nya tidak berpisah. Jika cahaya itu hilang, apakah ia kembali ke sumbernya? Cahaya menerangkan kewujudan, seperti cahaya matahari yang menunjukkan wujudnya matahari. Namun, berbeza dengan bulan yang bercahaya, ia hanya memantulkan cahaya matahari, walaupun tampak seolah-olah memiliki cahayanya sendiri.

Akhirnya, setiap manusia yang lahir ke dunia telah ditetapkan takdir kehidupannya – jantina, bangsa, agama, dan sebagainya. Ilmulah yang mengiringi manusia secara berperingkat, sama ada melalui pembelajaran atau secara semula jadi. Dengan berlalunya masa, ilmu yang terkandung dalam hayat manusia akan berkembang seiring dengan akalnya. Akhirnya, perbezaan pemahaman ilmu akan terlihat, meskipun hanya sebesar zarah. Tidak ada yang benar-benar sama secara mutlak.

Mengapa kita sering berbalah tentang ilmu? Mengapa kita menolak apa yang berbeza dari kefahaman kita sendiri? Sedangkan hakikatnya, setiap ilmu itu bersumber dari yang satu – Allah SWT. Maka, siapakah yang sebenarnya dianggap berilmu? Di manakah letaknya kebenaran ilmu?

Mungkinkah… jawapannya adalah tiada prejudis terhadap semua ilmu. Perbezaan pengetahuan, rezeki, langkah kehidupan, atau bahkan bulan dan matahari, semuanya hadir untuk memperlihatkan keindahan ciptaan Tuhan.

ولا حول ولا قوة إلا بالله

Salam ingatan dari,

 

Setitik Cahaya Yang Menerangi Perjalanan

www.zeckry.net

Exit mobile version